Halal,

Dapatkan Keropok Lekor Asli Original Dari Terengganu Kini Di Ramly Halal Mart

Isnin, Mac 06, 2023 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau sebelum ni mengidam nak makan keropok lekor, mesti kita akan terus nak memandu pergi negeri Terengganu, kerana kat sana sahaja boleh dapat keropok lekor asli yang rasa betul-betul sedaplah. Memang negeri pantai timur tu cukup sinonim dengan keropok lekor ini tak boleh dipisahkan. Ialah ia sebahagian dari ekonomi masyarakat kampung dan desa menghasilkan keropok lekor yang enak-enak semuanya.
 

Tapi sekarang ni kalau Maha nak rasa atau tiba-tiba mengidam nak makan keropok lekor yang asli Terengganu, tak perlu lagi memandu jauh-jauh. Buang masa jer, lagi satu nak ke sana pun dah kena keluar banyak perbelanjaan. Kini paling mudah dan cepat, serta pastinya asli Maha dapatkan sahaja keropok lekor di Ramly Halal Mart.



Kebetulan hari tu pergi Shah Alam ada kerja sikit kat sana, dan Maha lalu terjumpa Ramly Halal Mart di Seksyen 13 Shah Alam. Terus singgah ingat nak beli produk Ramly yang biasa macam daging burger, nugget dan juga fries. Pastu ternampak pula banner ada jual keropok lekor resipi asli daripada Terengganu. 
 

Tengok yang dia orang goreng kat situ pun dah nampak sedap, jadi apa lagi terus masuk dalam, dari nak beli barang-barang lain tu, beli juga lah keropok lekor keluaran Ramly ini. Bungkusan pun nampak premium dan juga level-level produk dalam pasaraya besar, dengan berat kat pek tu tulis 500gram. Harga pun bebaloi satu pek RM9.70 sahaja kalau harga member lagi murah RM8.80. Paling penting produk Ramly mesti Halalan Toyiba. Sebab itu Maha yakin nak beli.




Tanya kat abang yang buat promosi keropok kat situ, dia kata produk keropok lekor ini boleh masak dalam macam-macam cara. Paling ramai orang suka mesti lah goreng garing dengan minyak masak. Itu memang paling sedap. Tapi rupanya ada juga cara lain untuk masak keropok lekor ini, boleh masak menggunakan Airfryer dengan 180° selama 10minit. Juga boleh masak dalam Microwave dengan 700w selama 180saat sahaja. Paling rare sekali keropok lekor ini juga boleh di steam atau rebus selama 5minit, macam peniaga kat Terengganu buat. Lepas tu boleh terus makan yang rebus tu rasa pun sedap gilerrr. 
 

Wahhh menarik betul memang keropok ni original dari Terengganu. Pulak tu, dia orang tunjukkan lagi cara nak sediakan keropok lebih berganda sedap ni bila dah siap masak. Ada dua cara selain daripada makan cicah dengan sos sahaja. Pertama tu masak Keropok Lekor Bersalut Sos Korea. Kalau yang nak feeling style orang Korea makan keropok lekor Malaysia, boleh buat cara ini. Maha tunjuk kat bawah ni cara-cara nak buat mudah sangat.
 

Cara kedua pulak keropok lekor Masak Sira Versi Terengganu. Ni pun sedap dah lain sangat caranya. Pada yang nak cuba cara ni, ada dalam resipi yang Maha kongsi di atas ok. Lepas ni boleh lah makan keropok lekor cara yang berbeza, baru dapat suasana yang lainkan. Menarik sangat ni kena cuba kat rumah sediri dengan keropok lekor Ramly.
 

Lepas ditunjuk tu teruslah ambil banyak sekali gus keropok tu, dan bayar kat kaunter. Nak lagi murah hari tu mereka cadangkan pada Maha untuk daftar jadi ahli. Sesiapa yang daftar jadi ahli akan dapat kad Ramly warna hijau ni. Kad ni boleh guna kat mana-mana sahaja kedai Ramly Halal Mart yang ada seluruh Malaysia. Kalau pada tag harga tu ada tunjuk harga ahli dan harga biasa, kita boleh dapat harga yang sangat murah. Diskaun yang diberikan sangat berbaloi kalau beli sebagai ahli.
 



Bukan sahaja produk keropok lekor boleh beli dengan kad ahli, mana-mana sahaja produk yang ada dalam kedai Ramly Halal Mart tu boleh beli dengan harga ahli. Jadi hari tu penuh satu bakul Maha beli macam-macam. Yelah kat Ramly Halal Mart ni ada macam-macam produk yang berkualiti dan juga dijamin Halal. Kena buat stock keropok lekor Ramly ni, nanti boleh juga buat makan moreh dan sahur untuk bulan puasa akan datang ni.




Maha hari tu beli keropok lekor, pastu beli juga karipap inti kentang, beli juga daging burger dan nugget, beli lagi Ramly Cheese Cake ready-to-eat pertama kali nampak menarik dan terpikat. Beli juga fries dan macam-macam lagi lah. Dah macam shopping kat pasaraya besar lak. Bagi Maha bebaloi beli kat Ramly Halal Mart ni. Nanti nak datang lagi sebab dah jadi ahli. Korang jangan lupa daftar ahli juga ok. Selamat membeli belah dan selamat menikmati keropok lekor Ramly tu ok.

Info lanjut tentang produk dan juga promosi di Ramly Halal Mart Seksyen 13 Shah Alam boleh layari:
Alamat :
Ramly Halal Mart, No 1-G Blok B Jalan Polo 13/51 Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia








3 ulasan:

  1. wow it cannot get anymore convenient than this! running to the nearest ramly mart now to get my favourite keropok lekor

    BalasPadam
  2. Wahhh kini Ramly brand more than just patties! Menarik juga ye ada these products baru! Nak try juga la nanti!

    BalasPadam
  3. Wow best lah now they also have keropok lekor, will check out

    BalasPadam