DITP,

Lebih Daripada Empat Puluh Produk Halal Di Pavilion Thailand MIHAS 2022 Harus Di Kunjungi

Jumaat, September 09, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sudah masuk penganjuran tahun ke-18 MIHAS atau Malaysia International Halal Showcase dan kali ini adalah yang terbesar. Bertempat di MITEC Jalan Dutamas Kuala Lumpur membawa lebih daripada 1000 pempamer dari dalam dan luar negara.



Termasuklah dari Negara Thailand yang diwakili oleh DITP Malaysia (Department of International Trade Promotion) di bawah Kementerian Perdagangn Thailand. Sebab kita tahu yang produk Halal Thailand juga penyumbang besar kepada Industri Halal global. Memastikan bahawa produk Halal mereka terus menjadi pilihan bukan sahaja di Malaysia malah serata dunia.




Maha hari tu sempat pergi MIHAS untuk hari pertama pembukaan dan nampak Pavilion Thailand ini. Tertarik dengan produk Halal mereka yang banyak merangkumi bukan sahaja makanan dan minuman, malah juga produk kosmetik, penjagaan kesihatan, pakaian, seni dan juga kraf. Ada lebih daripada 40 jenama produk Halal yang dijual dan dipamerkan pada MIHAS kali ini.





Matlamat utama Thailand sertai pemeran kali ini bukan sahaja untuk memperkenalkan produk Halal mereka kepada dunia malah nak menjalinkan padanan perniagaan dan juga eksport produk Halal mereka kepada negara baru. Sebab itu kalau datang MIHAS ni bukan sahaja nak kenal dan beli produk mereka tapi juga kita boleh buat hubungan perniagaan yang lebih jauh untuk masa akan datang.

Mr Worawan Wanwil Pengarah DITP Malaysia Bersama Chef Tasapol


Tapi kalau datang nak tengok dan nak menikmati serta nak beli produk mereka pun ada juga jual kat sana. Selain itu juga kat pameraan itu banyak aktiviti yang menarik boleh kita sertai. Macam Maha hari tu sempat lah tengok dan merasai demonstrasi masakan Thailand yang menggunakan produk Halal mereka depan mata.





Yang masak tu bukan kaleng-kaleng merupakan Chef Profesional yang diundang khas untuk memasak makanan yang menjadi makanan tradisi di utara negara mereka iaitu Curry Noodle With Chicken.  Sempat lah Maha nikmati makanan tu sebab mereka akan hidangkan makanan tu pada semua tetamu yang datang. Memang sedap giler rasa kari yang pekat dan melikat dan juga mee yang digunakan pun lain daripada lain memang kena cuba. Kalau korang nak rasa boleh singgah kat Pavilion Thailand. 





Macam-macam produk makanan yang kita tidak pernah tahu tapi ia Halal seperti Pattaraporn iaitu produk Cashew Nut halal Thailand pelbagai perisa, kemudian KETO iaitu sambal ikan bilis dan udang kering yang rangup dan pedas. Lagi yang Maha suka seperti Doi Kham iaitu jus buah-buahan segar, JELE iaitu minuman Vitamin A, B, C, produk aiskrim pun ada jenama PILOT perlbagai rasa ada 7 perisa aiskrim yang sedap-sedap belaka. Juga jenama yang paling popular dan diminati ramai iaitu Ampawa yang membuat santan kelapa segar, hari tu mereka masak resipi pun menggunakan santan ni.
 




Penyertaan negara Thailand dalam acara ini akan membantu dalam meningkatkan imej produk Halal mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran global serta meningkatkan permintaan untuk mengimport produk berpotensi ini dari Thailand dalam masa terdekat. Kalau korang ada nak buat business dengan produk Thai boleh datang sini berbincang macam-macam peluang ada. 



Separuh hari juga lah Maha berada di Pavilion Thailand sebab banyak produk dan tengok mereka masak. Kalau korang nak datang ke MIHAS 2022 ini masih sempat lagi kerana ia berlangsung bermula dari 7hb –10hb September 2022 dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke 7.00 malam. Sini parking banyak kena datang awal lah senang sikit. Kalau datang jangan lupa singgah Pavilion Thailand ok. 


#DITPMalaysia #ThinkHalalThinkMIHAS #MATRADE #MIHAS2022 #ThaiFoods #FoodsandBeverages #OverseaTrades #ThailandMalaysiaBusiness #ImportExport #ThaiExhibitors #thinkhalalthinkthailand









0 Pandangan: