Arto Moro Kuliner Indonesia,

Hidangan Asli Dari Negara Seberang Restoran Arto Moro Kuliner Indonesia Di Setia Alam

Selasa, Julai 19, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat masa ni tiada lagi perangcangan Maha untuk pergi bercuti keluar negara kerana kebanyakan negara jiran masih dalam fasa pemulihan dan banyak lagi sektor ekonomi yang baru sahaja nak buka semula. Jadi hanya bercuti dan nikmati apa yang ada dalam negara sahaja. Seperti juga makanan negara jiran yang sedap-sedap boleh jer nak dapatkan kat dalam negara kita.



Contoh kuliner dari Indonesia yang kita cukup kenali memang penuh dengan keaslian dan rasa yang unik. Banyak sahaja restoran yang ada dan dibuka di dalam negara kita. Salah satunya adalah restoran Arto Moro Kuliner Indonesia yang baru sahaja Maha cuba beberapa hari yang lepas. Restoran ini memang membawakan 100% masakan Indonesia pelbagai citarasa. Restoran ini baru sahaja beroperasi tak silap baru dua tahun lepas. Pemilik restoran ini juga memang warga Indonesia yang dah lama menetap di Malaysia. 



Restoran ini terletak di PT8 Persiaran Setia Alam, Eco Ardence Seksyen U13 iaitu bagi yang berada di area Shah Alam memang dekatlah. Alamat penuh Maha sertakan kat last posting ni kalau korang nak Google ke sana nanti. Reka bentuk restoran ini dalam sebuah kontena yang simple tetapi sangat cantik menarik untuk menjamu selera. Ia di buka setiap hari kalau hari Isnin hingga Khamis dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 9.00 malam. Manakala kalau hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum ia beroperasi dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00malam.

Nasi Bakar Ayam


Hidangan kat sini pun banyak pilihan meraka menggunakan bahan segar dan juga ada yang dibawa khas daripada negara asalnya. Sebab itu Maha boleh bagi jaminan ia adalah hidangan asli. Macam hidangan yang Maha cuba hari tu iaitu Nasi Bakar Ayam dan juga Mie Aceh Menggoda. Nasi Bakar Ayam tu ia dibakar dengan bungkus daun pisang dan ditengah nasi ada isi ayam yang dimasak dengan sambal. Tidak pedas dan juga sangat enak dimakan kena dengan selera tekak tempatan.

Mie Aceh Menggoda


Manakala untuk Mie Aceh tu pula ia dimasak seakan-akan mee mamak kalau kat Malaysia kerana ada telur dan juga sikit sayur. Tapi ia disedapkan dengan udang besaiz sederhana yang banyak di atasnya dan juga kerupuk belinjo yang rangup dan sedap. Maha suka kedua-dua menu yang cuba hari tu tidak mengecewakan dengan harga yang berpatutan. Juga pelayan mereka pun bagus melayan dengan mesra.

Sirap Bandung Cincau dan Pandan Serai Lychee


Minuman pula hari tu Maha cuba adalah Pandan Serai Lychee dan juga Sirap Bandung Cincau. Ada banyak lagi minuman lain yang ada tapi tu yang popular kat situ jadi kena cuba. Restoran ni mesra muslim jangan risau mereka dapatkan bahan daripada pembekal yang ada sijil halal. 



Kalau korang datang berjalan-jalan area Setia Alam boleh lah datang cuba makan kat sini. Cuba sesuatu yang baru dan unik lain daripada selalu kita makan bila sebut pasal kuliner dari Indonesia ini. Kalau korang dah cuba boleh tinggalkan komen kat sini nak tahu juga pendapat dan rasa dari tekak korang sendiri. Yer la setiap orang rasa lain-lainkan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Alamat : Lot 30, PT 8, Persiaran Setia Alam, Eco Ardence Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor








0 Pandangan: