Food Review,

Mencari Dan Menikmati Masakan Asli Pakistan Di Restoran Najia's Pakistani Tawa & Grill

Selasa, Jun 14, 2022 Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia sebut sahaja orang kenal denga kaya pelbagai makanan yang sedap dan lazat-lazat beralaka. Kita popular dengan masakan seperti Melayu, China, India, Thailand, Indonesia dan macam-macam lagi. Tapi tahu tak bahawa kat negara kita juga ada masakan popular daripada Pakistan. Mungkin kerana ramainya penduduk Pakistan yang mula mencari rezeki di negara kita ini maka masakan dari negara Asia Selatan ini menjadi popular juga di sini.



Ini sebab kerana ada banyak juga persamaan daripada masakan tempatan yang juga dipengaruhi dari masakan dari sana. Tapi sebenarnya ia lain dari segi bukan sahaja rasa malah juga dari segi bahan rempah ratus yang digunakan dalam setiap masakan mereka. Negara kedua teramai penduduk Islam di dunia Pakistan juga menjadi pilihan makanan yang dimula disukai oleh orang Malaysia. Maha sendiri dah mencuba makan di sebuah restoran Pakistan yang terkenal di sini. Nama restoran tu adalah Najia's Pakistani Tawa & Grill.





Pemilik restoran ini adalah warga Pakistan yang telah lama membuka perniagaan ini sejak dari tahun 2017 yang bertempat di Solaris Mont Kiara Kuala Lumpur. Bagi Maha ini adalah pertama kali mencuba masakan lazat dari Pakistan ni. Kalau korang perasan kebanyakan menu yang ada di restoran ini semua berasaskan kepada nama beberapa daerah yang cukup popular di negara tersebut. Salah satunya yang Maha cuba hari tu adalah Sindhi Chicken Briyani.



Ia adalah masakan briyani dari satu daerah di sana yang popular dan juga sering ada di mana-mana restoran Pakistan. Sindhi Chicken Briyani ni ada pelbagai pilihan boleh ambil daging atau kambing. Ia dimasak dengan beras basmati istimewa dan juga campuran rempah ratus yang pelbagai. Ia adakan dihidangkan dalam bekas claypot bersama penutup untuk mengekalkan kepanasan masakan ini. Sedap sangat makan waktu ia siap dimasak dengan rasa dan bau yang menyelerakan.

Sindhi Chicken Briyani 

Chicken Roll/Beef Roll


Masakan seterusnya yang Maha cuba dan korang juga patut cuba adalah Tawa Keema. Ia adalah resipi ayam atau daging kisar yang dimasak dengan halia, bawang putih, bawang merah, tomato dan rempah ratus. Hidangan yang sedikit berempah, ini adalah pilihan yang lazat untuk dimakan waktu panas-panas. Juga ada Mutton Qorma iaitu daging kambing berjus yang dimasak dalam kuah berkrim yang diperbuat daripada rangkaian masala aromatik, pes kacang gajus, dan rempah ratus yang kuat. Sangat menaikkan selera kerana kedua-dua hidangan ini begitu sesuai dimakan bersama dengan roti atau juga naan.

Tawa Keema

Peshaawari Baigan

Mutton Qorma


Kerana dipengaruhi dengan kedudukan dinegara-negara Timur Tengah jadi kat sana juga begitu popular dengan masakan roti. Antara yang terbaik dan Maha dah cuba makan di sini adalah seperti Garlic Butter Naan, Plain Naan dan juga Lahori Paratha. Istimewa Naan kat sini dimasak dalam periuk tembikar yang besar dengan suhu api yang panas menyeluruh menjadikan roti naan ini masak garing diluar dan juga lembut di dalam. Kalau korang lihat naan kat sini ada gelembung-gelembung pada bahagian luar kerana ia dimasak dengan api kuat. Istimewa Naan di sini. Manakala untuk Paratha ia lebih nipis dan lembut.

Garlic Butter Naan

Lahori Paratha

Plain Naan


Korang boleh tengok berapa ada yang hampir sama tapi rasa lain daripada apa yang kita biasa makan kat restoran lain. Memang Maha rekemen korang kena datang cuba makan kat sini baru tahu kelaianan masakan Pakistan ni. Sebab itu orang Pakistan ni kuat kerja kerana makanan mereka juga banyak protein dan tenaga. 

 Sweet Lassee, Watermelon Juice dan Mint Lemonade


Minuman pula kat sini banyak lebih kepada minuman berjus buah-buahan. Kalau nak cuba macam yang Maha telah cuba seperti Mint Lemonade, Watermelon Juice dan juga Sweet Lassee. Semua segar dan menyegarkan bila dan makan yang berempah bilas dengan minuman ini jadi rasa lapar dan nak makan lagi hehehe.


Restoran Najia's Pakistani Tawa & Grill kalau korang nak cari kat area Mont Kiara ia terletak betul-betul dekat depan dengan Mercato Solaris Mont Kiara dan juga dekat dengan round about tengah-tengah yang satu-satu kat Mont Kiara tu. Nak senang Waze atau Google jer terus jumpa macam dalam Maps ini.


Restoran ini beroperasi setiap hari Selasa hingga hari Ahad dan hari Isnin mereka tutup. Waktu operasi pula dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Ada juga sediakan perkhidmatan penghantaran sampai kawasan yang berhampiran. Kalau jauh-jauh tu tak sampai lah kan. Suasana dalam restoran sangat menari penuh dengan warna-warni kerana kebudayaan di sana. Kalau dine-in pun selesa dan luas tempatnya tak perlu nak booking cuma kalau nak makan ramai-ramai dengan kawan-kawan boleh booking dulu kat no telefon yang Maha sediakan sini ok.

Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut boleh layari :-

9 ulasan:

  1. Gonna give this a try too la, semua makanan nampak tempting giler taw... thanks for the recommendation ni...

    BalasPadam
  2. suka juga menu masakan pakistan..garlic butter naan tu yummy...menu lain pn menarik, bole cuba nanti

    BalasPadam
  3. Mana I? Kenapa I tak dijemput untuk sama-sama merasai lazatnya juadah di situ? Repeat pls

    BalasPadam
  4. Nampak macam menarik untuk dicuba ni especially roti nan dia tu. Gebu je nampak. Boleh masuk list tempat makan ni haa....

    BalasPadam
  5. Uishh fav kita ni... Suka mkanan pakistan sbb dlu penah de jiran pakistan.. Klo masak semerbak.. Bolehla pergi sini nnti cuti

    BalasPadam
  6. mesti aroma herba dia kuat kan hehe....never try Pakistan's foods here in Borneo. Maybe one day..

    BalasPadam
  7. Haritu dah nampak korang semua review, Sis dah share kat kawan Sis di sana, dia memang Lakinya Pakistan, so katanya nanti dia nak cuba makan sini..

    BalasPadam
  8. Best juga tukar angin rasa makanan pakistan ni. Sebab kerap sangat makan makanan western. Blh try Najia's Pakistani Tawa & Grill.

    BalasPadam
  9. makanan kat sini sedap... semuanya nampak menyelerakan// bolehlah one day terjah untuk makan hehehe

    BalasPadam