Frozen Food,

Pertama Kali Sediakan Hidangan Jepun Dengan Produk KANIKA Dan Promosi Hari Bapa

Isnin, Jun 13, 2022 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hujung minggu yang lalu Maha satu keluarga ada nak datang untuk jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni kebetulan pula ada sekali dengan jemputan kenduri kahwin sedara di sini. Jadi keluarga mak ayah dan adik datang dan bermalam di rumah Maha ini kerana rumah Maha pun dekat dengan rumah kenduri dan juga memang Maha tinggal berdua dengan adik lelaki jadi senang keluarga nak datang.



Nak dijadikan cerita keluarga datang jadi Maha mulalah dikir nak sediakan masakan untuk mereka datang bermalam di sini. Jadi kelam-kabut dibuatnya masa tu kerana nak masak lauk biasa dah bosan. Buka peti ais dan nampak set makanan sejuk beku daripada #Kanika. Jadi terus dapat ilham kali ini kita hidangakan makanan ala-ala Jepun pada keluarga. Sebab mereka pun tak pernah rasa jadi teruslah masak hidangan ini.



Sebab menggunakan produk dari Kanika ini sangat mudah untuk menyediakan hidangan masakan Jepun. Semuanya siap hanya perlu dinyah bekukan sahaja dan beloh terus dihidangakan dengan pelbagai makanan. Macam hari tu Maha ada Kanika Japanese Fresh Udon, ada juga Prepared Jellyfish (Chuka Kurage), Frozen Seasoned Baby Octopus, Prepared Scallop Lips (Chuka Hotate), Seasoned Seaweed Salad (Chuka Wakame), Kanika Braded Scallop dan juga Sesame Salad Dressing




Semua ini adalah makanan sejuk beku yang hanya perlu dinyah beku dalam masa 30 minit hingga 1 jam sahaja sebelum dihidangkan. Tapi makanan yang ada ni Maha sediakan dengan beberapa lagi hidangan lain untuk tambah kesedapan dalam hidangan Jepun rekaan sendiri kali ini. Macam Chuka Kurage dan Chuka Wakame Maha sediakan bersama dengan Nasi Sushi. Nak buat Nasi Sushi ni senang jer korang beli beras khad ada jual kat pasaraya dan juga macam masak nasi biasa dan bila dah masak campur dengan cuka makanan. Nanti jadi lah lembut dan menjadi hidangan tu lebih sedap dengan adanya Chuka Kurage dan Chuka Wakame di atasnya tu. 



Kalau nak senang makan buat dalam bentuk kecik-kecik macam ni lagi best senang nak kunyah dan juga sekali ngap terus habis. Buat banyak hari tu sebab semua keluarga Maha suka makana sushi rupanya. Kemudian yang kedua Maha sediakan pula Japanese Fresh Udon dengan buat masak goreng. Walaupun goreng tapi bukan goreng biasa macam masakan Melayu kita. Udon ni Maha masak dengan sos kicap pekat, sos kicap manis dan sos bijan juga beberapa sayur untuk lebih rasa dalam udon goreng juga lagi sedap masukkan pula dengan Seasoned Baby Octopus tu. Potong kecil-kecil lagi sedap habis berpinggan keluarga makan.





Lagi makanan Jepun popular dengan makanan sihat Maha juga hidangkan dengan salad hijau yang segar. Daun salad campur dengan tomato ceri, bawang besar sikit dan juga dan lobak merah sikit. Pastu untuk dressing terus sahaja gunakan Sesame Salad Dressing yang dan sedap ni ditambah lagi dengan Chuka Kurage yang bagi ada rasa rangup sayur segar bercampur liat sikit lagi urmmm lazat. 







Akhir Maha hidangankan pula dengan Braded Scallop yang dah siap ni hanya nyah beku sahaja dan terus goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga warna keemas-emasan. Pastu angkat dan juga makan bersama dengan Sesami Salad Dressing perhhhhh dapat rasa rangup di luar dan lembut di dalamnya. Budak-budak memang suka lah makan ni jamin sangat mudah nak sediakan. Video masakan Maha sediakan cara nak buat kat sini boleh tonton dan ikut mesti jadi punya ok. 


Jadi macam Mana resipi yang Maha sediakan kali ini korang rasa pas tak nak jadi chef masakan Jepun hehehe. Ni pertama kali Maha sediakan hidangan Jepun macam ni berani tak berani jer, sebab dah ada produk sejuk beku dari Kanika ini sangat mudah dan membantu menyedapkan lagi hidangan Maha. Keluarga yang tak pernah makan hidangan Jepun pun suka juga dan siap nak beli lagi bawa balik produk Kanika ini.

Promosi Set Bundel Hari Bapa Dari Kanika


Kebetulan keluarga nak bawa balik sekarang ini pula ada promosi jualan sempena Hari Bapa untuk produk Kanika. Bersempena dengan hari Bapa tahun ini, Kanika turut mengadakan promosi jualan set bundle pada harga RM127 sahaja. Dengan harga ini korang boleh jimat sebanyak 10% daripada harga yang ditawarkan di pasaran. Pembelian set bundle ini bermula dari 6 Jun sehingga 18 Jun 2022 ini sahaja.

Antara produk yang ada dalam bundle set ini iaitu seperti:-
1 x Black Jute Bag
2 x Udon
2 x Breaded Scallop 
2 x Sesame Salad Dressing
2 x Chuka Wakame 
2 x Chuka Hotate
2 x Chuka Idako

Kalau korang tanya produk Kanika ini Halal ia ada persijilan Halal jangan risau. Bagi maklumat korang Maha kongsikan sikit tentang syarikat ini. HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun di Malaysia. 



Perniagaan ini berteraskan bekalan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai di seluruh Malaysia. Mereka juga memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. Selan itu Kanika juga telah dieksportt keluar ke Hong Kong dan Singapura.



Kalau rasa nak dapatkan produk Kanika daripada pasaraya berdekatan ataupun di platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan Kanika Malaysia atau Premium Quality Frozen Food Supplier.

Lagi maklumat lanjut boleh layari:-
Laman sesawang : https://kanika.com.my

Boleh juga datang terus ke pengedar mereka iaitu:
Kanika Malaysia @ Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor

Hubungi ditalian:
1300-88-0707
010-2117549
012-9897424

Email:
customersvc@kanika.com.my

#Kanika







8 ulasan:

  1. Sedapnya nampak Maha masak... Nanti nak try jugak laa

    BalasPadam
  2. Menarik gak nie. Boleh la nak try sendiri kan, mana tahu menjadi dan boleh dihidangkan pada tetamu yang datang

    BalasPadam
  3. terliur nampak hidangan yang disediakan, kanika ni banyak gak produk best2

    BalasPadam
  4. aku suka betul dengan produk kanika.. senang nak buat hidangan Jepun.. modal jimat pulak tu

    BalasPadam
  5. Terus rasa hebat woo kalau boleh masak dan buat sendiri.. tak payah nak ke Jepun kann.. nak belilah buat dinner Hari Bapa ni bhehehe

    BalasPadam
  6. nampak sedap la bro masak, bolehla nak try juga, pun nampak simple dan memang nak cuba ni.

    BalasPadam
  7. I like their frozen japanese seafood too, so tasty and easy to prepare

    BalasPadam
  8. wow RM127 for so many items. this sounds like such a good buy which is perfect and convenient as a father's day gift!

    BalasPadam