Chines Cuisine,

Masakan Cina Peranakan Melaka Di Restauran LimaBlas

Ahad, November 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca yang dimuliakan dan juga rakan2 sekalian yang sentiasa menyerikan dunia blog Mah@mahu. Untuk anda Mah@mahu akan sentiasa update blog pasal makan ni tanpa rasa jemu. Moga kita sama2 dalam nikmati makanan istimewa yang masih byk tersembunyi di Malaysia ini. Seperti dalam review kali Mah@mahu nak cite sebuah restauran yg cukup special dan tersembunyi di celah-celah kesibukan KL.


Mah@mahu bersama beberapa org rakan blogger lain telah di jemput oleh HungryGoWhere Malaysia iaitu satu komuniti makanan di Malaysia. Kalau kawn2 ingat pasal entry Mah@mahu yg lepas [klik sini], tentang applikasi handphone untuk mencari tempat makan sedap seluruh Malaysia, tu lah dia HungryGoWhere. Kami semua telah di jempu tuntuk menikmati makanan masakan peranakan atau lebih di kenali sebagai Baba Nyonya di LimaBlas Jalan Mesui Off Jalan Nagasari KL.


Kalau kawn2 tgk kat atas ni adalah alamat dan contact number untuk nak buat tempahan dan juga nak cari lokasi Restauran LimaBlas ni. Kenapa nama LimaBlas? Menurut pemilik restauran ni nama yg senang iaitu bersamaan dengan alamat restauran ini iaitu no. 15, jadi sebab tu nama dia LimaBlas. Dan pemilik restauran ini berasal dari Melaka dan telah membuka restauran ini lebih daripada 5 tahun. 
  

Firstime menjejakan kaki kedalam restauran ini memang memukau dimana dekoration yg di hasilkan adalah daripada ilham pemilik sendiri. Dengan meletakan susunan barang2 lama yg sesetengah itu sudah tiada di negara kita dan memang seperti sebuah muzium. Kalau kita nak tahu tentang barang2 lama yg di gunakan dahulu kala sesuai untuk dtg sini dan mengenali semua barang2 yg menjadi sejarah ini. Mah@mahu paling suka kat kaunter ada susunan telephone lama yg memang memang menarik dan unik sekali.

 

Dah kenal restauran ini makan kena kenal pula menu yg ada kat dalm restauran LimaBlas ni kan. Mcm yg Mah@mahu cite sebelum ini menu utama kat sini adalah becirikan Baba Nyonya, maka masakan mesti ada citarasa Melayu Cina. First kami di hidangkan dengan pembuka selera yg di beri nama Pai Tee. Itu saja dan sedap and unik.


Lepas tu kami di hidangkan pula dengan main course yg ada kat sana yg cukup popular di kalangan pengunjung restauran LimaBlas ni. Pertama ada Ikan Talapia Goreng Berlada memang rangup dengan isi yg lembut di salut dengan sambal cili tidak berapa pedas pun.

 

Untuk lauk berkuah pula kami di hidangkan dengan dua jenis ayam, pertama Ayam Kari Nyonya dan juga Ayam Ponteh iaitu ayam masak sos tiram bersama cendawa. Ini special dan memang terasa masakan Baba Nyonya dari Melaka.



Kalau makan nasi mesti ada sayur kan kami di hidangkan dengan dua jenis sayuran iaitu pertama Bendi Kukus bersama Sambal Belacan dan juga Kangkung Lemak Keledek. Lagi menyelerakan rasa nak tambah jer nasi hehehehe.



Last untuk add on menu lain kami di hidangkan juga dengan Telur Cincaluk dan juga Sambal Petai. Terasa sgt keMelayuan campur Cina Peranakan memang best lah. Kalau nak rasa suasana makanan Melaka boleh dtg ker Restauran LimaBlas ini.

 


Bagi menyegarkan tekak setelah makan tuan kedai rekmenkan air yg special kat sana tak ada tempat lain iaitu Air Peranakan Ale. Nak tahu rasa mcm mana Mah@mahu cite sikit air ni ada rasa madu dan juga pudina serta campur halia kalau tak silap.


Untuk penutup makan mlm tu kami di perkenalkan dengan 3 jenis pencuci mulut yg special kat sana. Peratama ada Sago Gula Melaka, kedua ada Cendol dan ketiga ada Ais Kacang. Semua desert ni memang sedap dan best makan sejuk rasa hehehe.




Bagi yg nak rasa kelainan bukan sahaja dari segi dekoration malah dari segi rasa makanan tu sendiri boleh try Restauran LimaBlas ini. Tempat ni pun kata pemiliknya selalu di singgahi oleh artis tempatan. Rupanya kat KL ni byk tempat makan best and sedap2 apa lagi jom kita terokainya. Terima kasih kepada HungryGoWhere Malaysia kerana menjemput Mah@mahu untuk makan bersama anda.

Sesi food testing ini di anjurkan oleh HungryGoWhere Malaysia
Terokai, Makan dan Berkongsi sekarang






0 Pandangan: