HGWMY,

Bila Lapar Applikasi Ini Dapat Membantu Anda - Hungry My

Ahad, September 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pembaca dan pengikut setia blog Mah@mahu ini. Kita hari2 nak makan dan cuba cari kelainan dalam diet makanan kita. Ye lah nafsu makan kadang2 nak makan yg mahal sikit dan kadang2 nak makan yg pelik2. Itu di katakan nafsu makan tapi kena berpada2 nak makan kena tgk tempat makan yang bersih dan sihat. Dah mcm pakar pemakanan lak Mah@mahu bila sebut pasal makan ni. Bukan apa kali ni Mah@mahu nak bantu kawn2 untuk mencari tempat makan yg sihat, berhampiran, murah dan halal. Mcm mana jom kita baca lagi.


Sebelum ni kalau ni nak cari tempat makan mesti paling busuk pun search kat google atau tgk rancangan JJCM kat tv. Tapi kali ni lebih mudah dan cepat nak tahu mana tempat makan yg berhampiran serta tempat makan menarik untuk kita kunjungi. Hungry MY adalah applikasi yang di bangunkan oleh sebuah orgnisasi daripada laman sesawang HungryGoWhere. Mereka pernah memecahkan rekod dunia dengan membuat Nasi Lemak Bungkus Terpanjang di Dunia, nak tgk [klik sini]. Komuniti ini bermula di Singapura dan kini telah bekembang ke Malaysia dengan membangunkan Hungry My untuk applikasi tempat makan menarik hanya di Malaysia.

Applikasi Installation 

Hungry My boleh di muat turun di dalam telepon pintar anda yang mempunyai data plan. Mudah jer nak muat turun kalau guna Android search sahaja Hungry go Where atau IOS pun sama search Hungry go Where nanti akan keluar download applikasi ini di sana. Muat turun Hungry My ia untuk Malaysia dan terus boleh di gunakan. Cara nak guna pula kena daftar melalui Facebook atau juga boleh melalui Email mudah bukan.

Applikasi : Hungry MY
Support OS : Android & IOS
Pendaftaran : Facebook & Email



Cara Pencarian Restauran
Bila dah daftar, byk sebenarnya boleh di gunakan dalam applikasi ini. Bukan sahaja nak search tempat makan yg menarik tapi kita juga boleh jadi komentar dalam setiap tempat makan yg ada dalam tu. Bila dah pergi makan dan boleh bagi komen dan bitang tentang tempat makan tersebut. Cara mudah untuk cari tempat makan dengan Hungry My boleh pilih tempat makan halal dan berhampiran anda.


Dalam tu juga ada berbagai lagi menu lain untuk di gunakan oleh pencari restauran makan kat sekitar Malaysia ni. Ada side menu seperti Search, Home, Food Guide, About and Feedback. Kalau buka Food Guide korang leh tgk restauran yg ada dalam senarai aplikasi ini lebih daripada 50 restauran dalam tu byk. Kat situ di bagi review tingkas tentang jenis restauran dan makanan yg ada. Kalau korang nak cari lebih detail boleh buat Filter tempat makanan tersebut melalui Price Range, Type Of Food and Type Of Place.



Mudah bukan dan senang segalanya di tangan anda tak perlu cari kat buku atau kena ikut google maps. Sebab dalam applikasi ni di ada bagi lokasi restauran pilihan anda tu. Rasa mcm lebih daripada sekadar direktori kerana segala info yg nak ada and boleh komen lagi tu paling best.  Kalau korang rasa ada cadangan tempat menarik and makanan yg sedap boleh bagi review pada mereka dan akan di upload dalam applikasi ini. Untuk maklumat lanjut layari www.hungrygowhere.my. Mah@mahu pun insyallah akan ada review dlm applikasi ini heheh tunggu jer nanti ok kalau dah kuar..









0 Pandangan: