Bufet Buka Puasa,

Empat Venue Utama Di Bawa Oleh Felda D'Saji Untuk Pengalaman Berbuka Puasa Yang Berlainan

Ahad, April 11, 2021 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setiap blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih tetap gah kalau kita dengar nama Felda D'saji dalam dunia kulinari ini kerana masih tetap utuh mempunyai beberapa lokasi dibawah seliaan Felda D'Saji sendiri. Kali ini bulan puasa yang tak lama lagi ada empat lokasi yang mereka bukakan kepada tetamu yang mahukan kelianan juadah dari chef yang berpengalaman. 



Pertama adalah lokasi yang menjadi kebanggaan kepada warga Felda iaitu Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Di sini membawakan tema Bufet Ramadan istimewa 'Merentasi Destinasi' yang mana menyingkap kembali suasana dan juadah berbuka puasa di kampung halaman. Rindu lah kerana tahun ini bulan puasa tak dapat pulang untuk berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Jauh melalui alam maya sahaja mengerat hubungan.





Di sini memperkenalkan hidangan seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, Ikan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Pajeri Nanas, Ser Ikan Belanak dan macam-macam lagi. Ini semua membawa kepada juadah setiap negeri di Malaysia. Makan nak kena sikit-sikit baru dapat rasa semua sekali hehehe.







Mereka juga memperkenalkan juga di 'Kaunter D'Saji Specialty' yang menghidangkan Nasi Beriani Ayam dan Kambing Istimewa, Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Percik, Isi Ikan Harum Wangi Bunga Kantan dan Ikan Sri Banding. Ini memang baru bagi Maha tak pernah lagi cuba dan rasa masakan yang agak pelik tapi nampak sangat menyelerakan ini. Jadi nak tahu macam mana kena datang cuba.






Bufet Ramadan tak sempurna kalau tak ada aneka jenis sambal, aneka jenis ulam, aneka jenis kerabu dan pecal. Dilengkapi juga dengan pencuci mulut makanan tradisi kita seperti Onde Onde, Popia Basah dan Kuih Denderam serta banyak lagi lah ada. Juga yang rindu sangat nak makan masakan kampung seperti Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis, Cucur Goreng, Pisang Goreng, Keledek Goreng, Sukun Goreng, dan Keropok Lekor ada kat sini. Boleh pengubat rindu nak pulang kampungkan.



Kalau korang buka puasa di Dewan Perdana Felda ini akan ditemai dengan persembahan daripada kumpulan Nasyid no 1 Malaysia siapa lagi kalau bukan Kumpulan Rabbani. Mereka juga akan menimamkan solat terawih berjemaan sepanjang bulan Ramadan di sini. Jadi kalau siapa yang rindu akan kumpulan ini boleh datang sambil makan kita berhibur dalam keserderhanaan dan juga SOP yang ketat. Untung kalau datang berbuka kat dewan ini kerana sini ada kawasan parking yang sangat luas dan juga percuma. Serta tersedia surau yang besar untuk lelaki dan wanita. 





Harga untuk berbuka dengan Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda adalah RM78++ untuk dewasa dan RM38++ untuk kanak-kanak umur 7 hingga 12 tahun. Manakal kalau nak buat majlis koporat pakej Koporat juga disediakan di Dewan Merak Kayangan. Harga kat dewan ini adalah RM78++ untuk DOME dan juga RM48++ untuk bufet. Harga promosi dengan potongan 30% bagi tempahan 1 hingga 3 Ramadan 1442H. Jadi untuk awal puasa tu dah ada diskaun lagi tau. 





Dua lagi lokasi yang diuruskan di bawah Felda D'Saji untuk buka puasa nanti iaitu D'Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan D'Saji Seksyen 13 Shah Alam Selangor. Dua lokasi ini menawarkan menu set dan juga ala-carte kepada pelanggan. Ada juga tewa iaitu '7 Warisan Salai' membawa sebanyak tujuh pilihan menu utama berasaskan salai seperti Daging Salai, Itik Salai, Ayam Salai, Kambing Salai, Ikan Keli Salai, Arnab Salai dan Puyuh Salai




Seleksi menu salai ini merupakan pilihan masakan masak lemak cili api yang merupakan menu kegemaran ramai kebanyakan rakyat Malaysia. Menu daging salai masak lemak cili api boleh dinikmati bersama 4 pilihan 'topping' iaitu Belimbing Buluh, Pucuk Ubi, Mangga Muda, dan Pegaga yang akan membawa kelainan citarasa masakan Melayu ini.





Harga untuk buka puasa di dua lokasi D'Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan jug D'Saji Seksyen 13 Shah Alam mengikut menu set yang disediakan sesuai untuk 2 orang makan. Kadar harganya pula adalah RM38.00 nett dan pilihan menu set untu 4 orang makan pula adalah RM75.00 nett. Ia juga ada menu untuk yang datang seorang secara walk-in atau take away pada kadar harga berpatutan bermula dari RM8.00 setiap menu.




Tahun ini juga Felda D'Saji memperkenalkan 11 produk 'Ready to Eat (RTE)' bagi memudahkan warga kota yang sibuk untuk sahur dan buka puasa. Ia dalam bentuk pek sejuk beku dan yang dipanaskan terus. Pelbagai masakan seperti Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Itik Salai, Daging Rendang, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. Mana nak dapatkan produk ni semua ada jual di lokasi buka puasa dan juga kafe Felda D'Saji.




Selain itu juga satu lagi produk baru daripada Felda D'Saji memperkenalkan 4 pilihan aiskrim dengan pelbagai variasi rasa seperti Vanilla, Mangga, Keledak dan Strawberry yang mana didalamnya didatangkan bersama tapai. Kalau korang korek aiskrim tu ada tapai pulut kat dalamnya sekali satu yang inovatif dan menarik untuk dicuba. Juga ada perisa Durian bagi yang suka akan rasa Raja Buah tersebut. Ia bakal tembusi pasaran tidak lama lagi tapi buat masa ini boleh dapat di lokasi-lokasi buka puasa yang disediakan ini.

Kalau korang nak buat tempahan atau juga pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi:
Hotline Felda D'Saji : 019-6622525 
Tel : 03-2693 0008 / 03-2698 8302
Email : salesdsaji@felda.net.my

Atau hubungi pegawai jualan mengikut lokasi:
a) Dewan Perdana Felda & Dewan Merak Kayangan
     En Azahari: +60193273011
     Cik Azie     : +60192822933
b) D'Salai KL
     En Zaubairy : +60129304473
c) D'Saji Seksyen 13 Shah Alam, Selangor
     En Amsyar : +60122469517






12 ulasan:

  1. Felda D'Saji tak pernah mengecewakan dari segi seleksi dan rasa. Nampak macam harga berpatutan gak tu - nak share ngan Kak Lek la sebab dia mencari lokasi berbuka dengan keluarga tu

    BalasPadam
  2. Suka ice cream tapai. Mesti best makan kat sini kan Maha?. Ada pulak kumpulan Rabbani dan boleh solat terawih sama2.

    BalasPadam
  3. Dari dulu Ty dengar cerita yang makan dari Felda DSaji sangat tiptop sedap. Tapi ntah la bila leh pi try ni dengan keadaan tak leh rentas negeri ni. Cuci mata je la, the food semua looks tempting.

    BalasPadam
  4. this place is perfect for buka! all the dishes here look amazing and the environment is so comfortable and inviting

    BalasPadam
  5. hopefully kesempatan nak merasa juadah berbuka puasa kat DFelda ni nanti... pernah try foods mereka before this, for Ramadan tak pernah lagi..

    BalasPadam
  6. Betuil ek kata orang, kalau makan di D'Saji ni memang berbaloi dan akan tinggalkaj kenangan, tengok je laa menu dia, harga pun tak mahal.. next year nak laa cuba sini..

    BalasPadam
  7. masak lemak dia memang power..antara yang terbaik makan..ala teringat dekat ais krim tapai dia..sedap betholl

    BalasPadam
  8. Sedap tu daging tetel masak asam pedas, menu2 bufet di Felda D'saji mmg npk sedap dan menarik

    BalasPadam
  9. Bestnye menu dia. Semua best-best. Masak lemak sampai ada banyak jenis

    BalasPadam
  10. pernah sekali pergi makan2 kat Dean Felda.. memang hidangannya sedap sungguh.. kira berbaloi lah kalau nak melabur dari segi makanan.. hee~ rambang mata tengok gambar-gambar maha.. terliur..

    BalasPadam
  11. Fuhhhh makan dekat D'Saji memang berbaloi tak terkata lahhh. Menu makanan pun meriah. Sedap-sedap. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  12. Teringat pula dsaji time ni mcm mana la dorg survive kan? Nasib sempat buat buffet dlu. Anyway minta maaf uols sebab terlepas pandang komen yg ni

    BalasPadam