Bandar Kinrara,

Foodie Gourmet Market & Cafe Bandar Kinrara Pembekal Daging Terbaik

Khamis, Januari 21, 2021 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Jarang kita nampak satu kedai macam mini market dalamnya bila masuk kita nampak pelbagai jualan produk seperti daging, ramuan, sos, rempah, peralatan dapur seperti pisau pemotong kemudian di dalamnya lagi ada sebuah kafe yang menyajikan makanan daripada bahan yang mereka jual. 



Itu yang menariknya sebuah mini market dan juga ada cafe di dalamnya yang sempat Maha pergi sebelum PKP hari tu. Kalau korang pernah dengar pasal Foodie Gourmet Market & Cafe Bandar Kinrara 5 Puchong. Konsep cafe dalam mini market ni jarang ada kat Malaysia dan kalau korang lalu kawasan tu agak susah nak nampak ada cafe kerana nampai mini market sahaja.




Kat mini market ni pun ada macam-macam barang korang boleh dapat kebanyakkannya adalah barang import luar negara yang ada sesetengah ada logo Halal. Mereka kat sini ada menjual daging lembu Australia, daging wagyu, tomahawk, tulang rusuk op, lamb racks, lamb leg, lamb shoulder chops, daging ayam perap, sosej Jerman yang diimport, sosej premium, bahan makanan dan ramuan yang diimport, minyak truffle, dan banyak lagi. 




Kalau korang nak rasa semua bahan mentah yang mereka jual kat mini market ni dengan hidangan masakan dari profesional boleh masuk ke dalam ruang cafe mereka. Ruangan cafe ini tak besar sangat pun kecil sahaja yang boleh muat dalam beberapa orang sahaja pelanggan. Kat situ korang boleh lihat bagaimana mereka memasak masakan yang korang nak makan secara langsung memang menariklah konsep tu.




Konsep masakan kat sini adalah masakan Jepun dan juga Korea style. Selalu kita tengok Jepun makan sushi jer tapi kali ni kat sini mereka menyediakan daging panggang pelbagai cara dengan rasa yang menarik dan berbeza. Korang kena cuba mereka punya specialist kat sini iaitu masak daging lembu Australia yang Halal. Hari tu Maha dan kawan-kawan sempatlah order beberapa menu menarik menjadi pilihan pelanggan setia mereka.



Pecinta daging lembu korang kena cuba antara tiga pilihan menu daging ini iaitu Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet Sauce and side of the day, kedua Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day, dan ketiga Boss's favourite Beef Goulash with Baguette. Nama pun panjang dan juga susah nak sebut. Kesemua menu ni ada rasa tersendiri berbeza selain daripada bahagian daging yang digunakan tetapi juga rempah dan cara masakan itu membuat ia sangat menarik.

Carefully Curated Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop (RM25.90)

Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day (RM32.90)

Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet Sauce and side of the day (RM38.90)


Pada yang suka daging kambing pula boleh pilih antara menu kambing menarik di sini iaitu Carefully Curated Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop. Ada juga pilihan daging ayam bagi yang nak tak telalu heavy rasa dagingnya. Menu kami order hari tu untuk daging ayam adalah Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges dan Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes.

Boss's favourite Beef Goulash with Baguette (RM15.90)

Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes (RM14.90)

Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges (RM14.90)


Maha nak cerita detail pasal makanan kat sini rasanya sangat sukar kerana ia pertama kali Maha makan hidangan seperti ini. Pelbagai rasa yang menarik dan yang Maha boleh katakan cara masakan mereka sangat kena pada sesuatu bahagian daging itu kerana daging tu jadi tidak terlalu keras atau liat. Senang nak makan dan potong. 

Australian Beef Udon, Soft boil egg in Rich Umami Soup (RM15.90)

Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom (RM23.90)


Jangan risau pada yang makan ikan pun ada juga kat sini korang boleh pilih seperti yang kami cuba iaitu Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce. Ini macam lebih kurang hidangan Fish and Chips tapi ia menggunakan potato wedges. Pada yang Vegan ada juga pilihan makanan sihat kat sini korang boleh pilih pasta atau seleksi salad yang sihat. Hari tu kami order satu sahaja pasta iaitu Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom

Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce (RM19.90)


Last but not list wahhh korang kena cuba juga mereka punya Chef Driven Quiche Chicken atau juga Artisan Beef Pie. Masakan panas dalam bentuk nak kata desert tak berapa pencuci mulut kerana dalamnya ada isi ayam dan daging lebih kepada pastri kot. Sangat sedap dan juga memikat hati. Akhir kalau korang tak rasa meraka punya betul-betul pencuci mulut tak sah. Korang kena cuba kesedapan Brownies with Chantily Cream bukan aiskrim di atasnya. 

Chef Driven Quiche Chicken (RM17.90)

Artisan Beef Pie (RM19.90)


Jadi semua menu sini sangat terasa daripada segi rempah dan juga bahan-bahan perapan yang mereka gunakan. Ini kerana mereka sendiri juga menjual semua rempah dan juga bahan mentah itu kat bahagian mini market mereka. So kalau korang rasa lepas makan kat cafe tu tak puas hati nak makan banyak lagi boleh beli dan cuba sendiri. Tapi resipi rahsialah hehehe.

Brownies with Chantily Cream (RM9.90)


Foodie Gourmet Market & Cafe di Bandar Kinrara ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Nak datang naik LRT pun boleh dekat jer turun station Kinrara BK5. Jalan kaki jer dari station LRT tu sangat dekat. Kalau datang hari cuti pun kat sini banyak parking tak perlu bimbang. Sekarang musim PKP tak boleh makan kat restoran korang boleh bungkus bawa balik atau delivery kat Grab Food. Korang nak beli bahan mentah mereka yang jual kat mini market pun boleh juga hantar ke rumah senang. Jadi selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok. 

Info lanjut tentang Foodie Gourmet boleh layari
Tempahan dan booking : 012-2135277







10 ulasan:

  1. Sedapnya brownies dengan Artisan Beef Pie dia! Nak order grab pun jauh sangat dengan subang. Bukak la cawangan dekat sini haha

    BalasPadam
  2. macam menarik je. pie tu nampak sedap. nanti boleh try, sebab dekat dengan rumah ni

    BalasPadam
  3. Tidak ada satu pun menu di atas yang tak sedap. Tengok gambar MM buat I nak repeat makan kat sini la. Huwaaaaa

    BalasPadam
  4. Lamb shoulder tu nampak sedap betul.. macam2 ada dan semuanya nampak menarik

    BalasPadam
  5. Nampak sedap sangat. Nanti nanti akanku terjah. Hehe

    BalasPadam
  6. Waaa brand Kikkoman dia banyak laaa kat sini.. biasa Sis kirim anak je beli kat Jaya Grocer.. tu pun susah nak carinya.. sekarang dah tau mana nak cari dan boleh makan sekali ek situ.. bagus ni...

    BalasPadam
  7. Byk juga produk yang dijual kat sini kan. The makanan pun nampak sedap giler... Boleh try la kalau ada g Puchong nanti...

    BalasPadam
  8. omg, i am loving everything about this place! not only is it clean, comfortable to shop at and offers so many amazing selection of raw ingredients, the food served at the restaurant also looks so delicious. that truffle sauce pasta especially!

    BalasPadam
  9. oh I like what I see from your pic of Foodie Gourmet Market & Cafe Bandar Kinrara 5 Puchong. it looks clean and neat. love to try it out one day

    BalasPadam