Ayam Brand,

Ayuh Kita Cuba Resipi Kuih Seri Muka Jagung Manis Di Bulan Puasa Ini

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan juga amalan puasa yang datang setahun sekali. Nanti kita akan meraikan Syawal walaupun dalam keadaan yang lain tahun ini kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walau pun jauh dan tak dapat pulang beraya di kampung tetap kita akan merinduai saat indah bersama keluarga di pagi raya.

Tiba-tiba pulak emo hari ni bila bicara pasal raya. Dah lah lupakan tu semua apa kata hari ni kita sama-sama belajar membuat satu resipi kuih tradisional yang digabungkan. Wakakaka Maha suka buat experiment macam ni kalau jadi boleh cuba lagi kalau tidak kita buat lain wakaka. Kali ini Maha nak mencuba buat resipi kuih Seri Muka gabung dengan Puding Jagung Manis. Maha panggil kuih ni Seri Muka Jagung Manis dan pastinya menggunakan produk berkualiti yang terbaik dari Ayam Brand.

Bahan-bahan untuk membuat kuih ini tak banyak cuma cara jer agak leceh sikit. Jom kita tengok bahan yang Maha gunakan.

Bahan untuk lapisan pulut:-
300 gram Beras Pulut
200ml santan kelapa Ayam Brand
Garam secukup rasa
Air kosong 

Bahan untuk membuat lapisan jagung:-
1/2 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
100ml santan kelapa Ayam Brand 
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
Garam secukup rasa
Air Kosong

Ada dua part untuk buat kuih ini dan juga ada dua proses untuk memasak resipi ni. Korang boleh tengok video yang Maha sediakan ini Insha Allah akan menjadi yakin sangat wakakaka.


Macam mana faham dan mudah tak cara nak memasak kuih Seri Muka Jagung Manis ala Maha ni hehehe. Tak menggunakan pandan sebab musim PKPB ni susah nak dapat lak. Paling penting tips sebelum tuangkan puding jagung tu kat atas lapisan pulut korang kena garis-gariskan sikit pulut tu dengan garfu kalau tidak ia sukar melekat dan mudah tetanggal. Tips biasa jer wakakaka. Ayam Brang pun tengah menganjurkan peraduan 'Kongsi Resipi Dan Menang' di Facebook rasmi Ayam Brand Malaysia boleh lah cuba masuk hehehe.

So selamat mencuba semua di bulan puasa ini dan juga selamat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir ini. Moga ibadah puasa korang dilimpah keberkatan dan juga kerahmatan. Maha nak ucapkan selamat Hari Raya juga in advance kepada semua yang mengenali diri ini dan sepuluh jari disusun mohon kemaafan harap halalkan segala yang terkurang dan terlebih. Janganlah sedih-sedih ok Maha pun tak dapat balik raya. Beraya ngan adik beradik jer kat KL ni. Waaaa....









16 ulasan:

  1. alahaaiii...sedap je tgok kuih seri muka.terbayang yg toping atas kaler hijau tu. faveret tu

    BalasPadam
  2. tk pernh mkn kuih serimuka jagung..biasa puding jagung la...nanti bole la cuba resepi ni

    BalasPadam
  3. Wahh rasanya first time dengar seri muka jagung manis ni. Konfem sedap! Btw selamat hari raya juga, bang Maha! Maaf zahir batin ya. #teamrayaKL

    BalasPadam
  4. OMG sedapnya! Aaa yaya memang favourite apa sahaja yang berkaitan jagung! Haha tak pernah try lagi seri muka jagung macam ni maha ni buat Yaya teringin lah! Open order please :p

    BalasPadam
  5. sedapnyaaaaa.. haritu bae dah buat tak jadi la maha. nanti nak try resepi ni plak

    BalasPadam
  6. Klu bab seri muka ni kak lebih suka atasnya pandan atau seri kaya sbb kurang minat jagung

    BalasPadam
  7. Simple je bahan dan rasanya memang ada kat dapur bahan-bahan ni. Tengok petang ni seandainya sempat Sal try buat. Nampak sedap sangat tu kejadiannya!

    BalasPadam
  8. Selalu makan yang warna hijau.. Kuning jagung ni jarang..tapi anak2 suka sebb kadg bapak diaorang belikan. Boleh la buat sendiri nanti.

    BalasPadam
  9. Wowww mesti sedap ni..terasa-rasa enaknya jagung dalam talam tu...waduh udah kepingin ni ...

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Wah!!! Tak la susah sangat rupanya nak buat kuih seri muka ni ya... dulu masa kecik-kecik, selalu fikir, macam manalah nak buat ada dua lapisan tu... suami saya suka sangat kuih seri muka, nanti bolehlah cuba buat... thanks for sharing Maha... p/s: typo tadi... tu yang remove comment tu... hehehehe...

    BalasPadam
  12. Selalunya makan kuih seri muka yang hijau tu. Yang ni seri muka jagung pulak ya. Nampak menarik ni Maha. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  13. sedap ni. pasal seri muka semua jenis saya minat. sgt kreatif

    BalasPadam
  14. Sedapnya.. dah lama x buat kuih tradisi macam ni. Nampak menarik sangat

    BalasPadam
  15. Hebatlah abam memasak. Kagum saya..untung bakal isteri nanti

    BalasPadam
  16. Boleh lah Cuba resepi maha lepas ni. Macam mudah je kan. Tak sabar pulak nak buat. Kena tunggu free time

    BalasPadam