Bread Maker,

Resipi Roti Coklat Dengan Kismis Yang Mudah Dan Sangat Gebu Menggunakan Bread Maker

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama juga Maha tak buat blogpost resipi tengok semua kawan-kawan aktif menghasilkan resipi sedap-sedap dan berjaya. Kalau buat tak jadi pun jangan bimbang boleh post kat Facebook group Masak Apa Pun Tak Jadi Hari Ni. Viral dah group ni memang semua orang menyebut group ni time PKP dan Ramadan termasuk sekali PM kita pun sebut pasal group ni.

Ok lah kali ni Maha nak update satu resipi yang dihasilkan oleh kawan Maha dari Facebook. Terima kasih Abang Muhamad Muktamin kerana sudi bagi Maha kongsikan resipi abang yang sangat mengujakan. Maha buat post ni atas keizinan abang ni sebab tertarik dengan hasil yang terjadi selepas siap memasak roti buatan sendiri ni. Maha yakin bukan sahaja gambar yang cantik tapi juga rasa mesti sangat sedap dan menarik. 

Resipi yang abang ni hasilkan iaitu Roti Coklat Dengan Kismis katanya ia adalah roti kesukaan anak beliau yang paling kecil sekali. Jadi Maha pun rasa teruja nak kongsikan resipi ni sebab memang nak buat juga nanti satu hari tapi sekarang ni tak ada Bread Maker sebab kat kampung. Nanti dah bawa balik bread maker tu Maha cuba resipi abang ok. Jom kita tengok bahan-bahan yang beliau gunakan sebijik-bijik Maha ambil dari resipi abang ni tak ubah ok.

Bahan-bahan utama resipi ini :
320ml Air Suam (40°c-50°c)
2 sudu teh Garam
5 sudu besar Gula
35g Marjerin dicairkan *4 scoop yg disediakan
500g Tepung Roti
1.2/1.5 sudu Instant Yeast
4 sudu Serbuk Koko
2 sudu Susu
Segenggam Cherry dan Kismis (dipotong kecil)

Tak banyak pun bahannya untuk buat roti ni tapi ada beberapa tips penting semasa korang nak masukkan bahan itu. Seperti apa yang abang tu kongsikan tips penting adalah pertama masukkan bahan basah di bahagian bawah dahulu seperti air, minyak, majerin cari dan susu. Kemudian bahagian atas baru masukkan bahan kering seperti tepung, manakala gula, garam dan serbuk koko letak di bahagian tepi sudut bekas bread maker. Kemudian buat lubang pada tengah  tepung dan masukkan yeast kemudian timbuskan yeast tu. Pastikan tidak bercampur bahan-bahan lain tadi. 

Lepas tu hidupkan bread maker dan biar ia uli bahan tu secara automatik. Tunggu sehingga ada bunyi beep baru korang masukkan bahan buah iaitu cherry dan kismis. Semasa awal proses menguli tu, kalau nampak macam ada lebihan tepung di tepi dinding bekas bread maker tu, tuangkan sikit susu. Ia akan membuatkan bekas bread maker tu lebih bersih licin tanpa ada lebihan tepung yang melekat ditepinya. 

Itu lah tips dan juga cara membuat roti ni yang abang tu ajar pada Maha dengan menggunakan Bread Maker Russell Taylors. Nak gunakan mesin pembuat roti ni korang boleh cari kat Youtube ada banyak orang kongsikan cara penggunaannya. Macam mana nak setting berat, berapa lama nak masak dan juga warna roti yang korang nak dihasilkan pasti ok punya. Selamat mencuba dan terima kasih kepada abang Muktamin kerana sudi berkongsi resipi ni dengan Maha. Korang boleh ker FB beliau kerana banyak juga resipi yang telah beliau dihasilkan semua enak-enak. Gambar pun Maha ambil dari FB beliau sangat cantik dan menarik. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa. 










14 ulasan:

  1. Kalau ada BM ni Maha, memang suka buat roti kan, kejadian dia gebu giler, dulu Sis ada, kemudian rosak, pindah sini buang terus..nak laaa beli satu lagi...nnti skodeng Shopee..

    BalasPadam
  2. untngla ada bread maker..bole wat roti geboooo...sis tgk je la...nk mkn roti beli je ..almaklumla tkde bread maker...hehe

    BalasPadam
  3. Wow! Pqrutla food blogger siap ada beeadmaker lg... patut hari tu jual roti masa time org tgh gawat beli roti sampai habis Gardenia haha...

    BalasPadam
  4. Wahh nampak gebu betul roti dia buat. Dahlah gebu nampak lembut pula. Nak juga buat roti tu tapi kena beli breadmaker macam Maha la.

    BalasPadam
  5. Woww bestnya ade bread maker. Kalau iena ada hari-hari buat roti sendiri ni. Takyah beli roti lagi hehe

    BalasPadam
  6. ha.. ni lah yang kakak nak beli bread maker ni.. tapi tak de tempat nak letak, rumah kecik.. hee~ maha buat lebih lah, hantar kat akak sket.. hahahaha~

    BalasPadam
  7. Serius kita trngok kita terliur. nak pulak makan dengan aiskrim vanila kan. Allahu sedapnya wak. letak kismis banyak2 hehe

    BalasPadam
  8. oo sedap ni, guna BM siap ya. selalu saya buat roti uli sendiri. memang lenguh la

    BalasPadam
  9. BM kita ada kt umah persinggahan mak kita kt sepang la plak.. Klu tidak boleh da buat roti sendiri.. Roti kismis sedapnya lahai

    BalasPadam
  10. Sedapnya, anak² Atul suka sangat roti kismis ni. Tapi tula, breadmaker xda. hehe kena letak dalam whishlist tahun ni la breadmaker ni 😍

    BalasPadam
  11. aduh aduh lama nyer aida tak meroti, Maha.
    mixer heavy duty aida tu lama naw berehat!
    next week lah nak start meroti. boleh beri jiran sebelah, kan :)
    makan roti cicah air kopi.

    BalasPadam
  12. Benda pertama sis nak puji, gambar cantikkkk tauuuuu... pastu kejadian roti tu pun helok. Bab rasa?? yang tu tak leh nak puji sebab tak dapat rasa..sob sob. kalau buat sendiri confirm tak sesedap Maha buat..

    BalasPadam
  13. Bestlah ada bread maker mcm2 jenis blh buat klu rajin

    BalasPadam
  14. Kita teringin nak beli bread maker gak tapi dapur dah tak cukup ruang dah dgn segala AF lah, PC lah huhu

    BalasPadam