Bufet Buka Puasa,

Kambing Golek Dan Kari Kepala Ikan Kedah Sajian Istimewa Sempena Ramadan Di Hotel Royal Signature

Khamis, Februari 01, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tinggal kurang dari 50 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadan. Mesti korang tengah tengok-tengok tempat berbuka puasa mana yang best dan juga penuh dengan makanan sedap-sedap. Tidak kurang juga yang merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga atau rakan sekerja di tempat yang menawarkan harga berpatutan.



Kalau masih tak jumpa lagi mana jom kali ni Maha bawa kepada korang satu tempat berbuka puasa di tengah kota Kuala Lumpur. Hotel yang baru sahaja siap pengubahsuaian dan juga penjenamaan yang lebih segar dan begitu gah. Hotel Royal Signature merupakan nama terbaharu dalam industri hospitaliti di Kuala Lumpur. Holte ini terletak di Jalan Bukit Bintang ini adalah merupakan tahun pertama mereka memperkenalkan bufet buka puasa.




Membawakan tema "Sajian Titian Desa"masa untuk abadikan kenangan terindah ketika berbuka puasa bersama orang yang tersayang sambil menghayati keasyikan rasa santapan tradisional Melayu. Juga ada pelbagai lagi makanan lain yang istimewa di sini iaitu Kambing Golek. Sebab ini menjadi menu yang dicari-cari oleh orang ramai dan menjadi tumpuan setiap kali ada bufet buka puasa. 




Juga istimewa yang tiada kat tempat lain di sini adalah Kari Kepala Ikan Kedah resipi khas chef utama yang disediakan dengan sentuhan magis. Kalau boleh tengok Kari Kepala Ikan meraka sangat besar seketul kepala ikan kalau setengah orang boleh habis seorang makan tapi ada yang boleh kongsi 2 ke 3 orang makan juga tu. Kari yang pekat dan juga penuh dengan rasa masakan tradisi Melayu.






Itu yang menjadi tarikan menarik kat sini, tapi ada juga menu lain yang isitimewa seperti Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate. Biasalah bila bulan waktu puasa ini semua makanan nampak sedap dan juga semua nak dicubanya. Cuma kena beringat makan berpada-pada dan juga jangan membazir bulan mulia nanti.






Pada yang suka makanan laut segar “Seafood on Ice” satu bufet yang memang dinantikan dalam majlis buka puasa, ada Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang dan macam-macam lagi. Makan pula dengan nasi putih atau juga nasi Hujan Panas memang satu padanan yang terbaik kat sini. Makanan-makanan lain seperti pencuci mulut tradisional dan moden juga ada serta buah-buahan segar dan juga minuman yang sejuk melegakan tekak seharian berpuasa.




Masa majlis berbuka puasa nanti tetamu yang hadirkan akan dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa. Hotel Royal Signature juga akan menyumbang RM1.00 dalam jualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah.



Semua menu ini disediakan oleh eksekutif chef iaitu Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinarinya. Menurut chef ada lebih kurang 200 jenis makanan dari pelbagai bahagian dan rasa boleh dinikmati. Juga setiap hari menu akan diubah mengikut pusingan dan akan ada selangan menu jadi kalau datang hari-hari pun tak akan bosan makanan yang sama.




Ditanya pula berkaitan harga bagi yang nak tempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, pada harga RM128.00 bersih untuk setiap satu orang dewasa. Kalau ikutkan harga normal adalah RM178 bersih untuk seorang dewasa. Sangat berpatutan dan berjimat bagi sebuah hotel bertaraf empat bintang ini. 




Harga normal lain pula untuk Warga Emas (60 tahun ke atas) RM128.00 bersih. Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM98.00 bersih. Manakala diskaun 20% untuk pemegang kad RHB serta yang buat pembelian berkumpulan Beli 10 dapat Percuma 1.  Bufet buka puasa ini akan bermula 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam




Juga Hotel Royal Signature sediakan juga Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan dengan harga RM488. Ini sudah termasuk penginapan dua orang, sahur, bufet makan buka puasa, snek Ramadan dalam bilik. Kalau nak tahu lanjut boleh hubungi mereka di talian dan juga email yang disediakan di bawah. Selamat melalui bulan puasa dengan tabah dan penuh kesedaran.

E-mel: fb.secretary@hotelroyalsignature.com. 
Tel atau WS : +60 16-808 3188


 





0 Pandangan: