Food Review,

Makan Udang Galah Sepit Biru Di Leban Condong Kuala Rompin Pahang

7:00 PG Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ingat lagikan pasal post Maha tentang pergi cuti-cuti Malaysia kat Pulau Tioman. Maha ada kongsikan kepada korang antara aktiviti menarik yang boleh buat kat Pulau Tioman dan juga post pasal tempat penginapan yang menarik di pulau tersebut. Korang boleh lah baca kat posting Maha tu mungkin sikit-sikit boleh bantuk apa yang patut.

Cuma kali ini Maha nak kongsikan satu tempat makan yang sangat menarik bagi Maha kerana pertama kali dapat makan Udang Galah Sepit Biru. Masa perjalanan nak pergi atau balik dari Jeti Tanjung Gemuk korang akan tempoh Kampung Leban Condong. Kat sinilah korang hanya boleh dapatkan udang galah yang Maha sebutkan tu. Sebab daerah Rompin ini memang popular dengan udang galah. 


Ini semua semasa balik daripada rombongan ker Pulau Tioman jadi lapor semua orang penat perjalanan singgah untuk makan tengahari. Jadi mereka cadangkan untuk makan udang galah sebab memang lalu situ. Ia adalah deretan kedai makan yang tak berapa besar tapi cukup ramai orang. Memang sini adalah salah satu yang paling popular untuk makan udang galah.



Semua deretan gerai kat situ jual udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Korang nak Udang Galah Masak Lemak, Udang Galah Masak Sambal semua ada. Kami pun singgah dan tengok ramai sangat orang kami pergi kat Kedai Udang Galah Mak Ngah ni. Memang kalau time lunch sini penuh ramai orang kena datang awal. Kalau lambat takut udang habis lak.


Kat sini mereka dah siapkan udang tu letak dalam piring kecil untuk makan hidang atau kalau yang nak isi dalam pinggan sendiri pun boleh ada juga. Harga juga dipamerkan kat kedai ni. Jadi tips nak makan sini tengok dulu harga masakan lepas tu cukup bajer baru ambil kalau tidak nanti korang bising kenapa harga makanan mahal. Sedangkan mereka dah letak harga kat situ almaklumlah udang galah.


Hari tu Maha dan rombongan makan hidang mereka sediakan Udang Galah Masak Lemak, Udang Galah Masak Sambal, Ayam Goreng, Sayur Masak Lemak, ada Ulam-ulam kampung dan sambal belacan. Memang masakan kampung sangat kat sini. Korang makan mesti akan jilat jari lah kat sini. Harga makan hari tu Maha tak tahu sebab orang dah bayarkan hehehe. 


Tapi apa pun memagn puas hati lah makan kat sini kenyang perut nak balik ker KL. Korang kalau rasa nak makan udang galah murah dan sedap bersaiz besar sini lah tempatnya. Kalau dah memang lalu nak pergi jeti tu singgah-singgah lah mencuba ok. Maha kalau datang lagi mesti akan makan sini terbaik. Ada juga kedai kat tepi-tepi jalan tu yang menjual udang galah segar. Kalau rasa nak bawa balik KL boleh beli. 







4 ulasan:

  1. Aduhai Maha, tengok plak pagi= pagi lepas tu dalam keadaan tengah pantang makan untuk next check up...terliur akak tau...besar2 udang galahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini kat Rompin memang popular dengan Udang Galah banyak boleh dapat dan masakan semua sedap2 belaka..

      Padam
  2. sedapnya
    belanja lah aku Maha
    lama tak makan udang nih
    sob sob sob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe jom tapi kau kena belanja aku ker Tioman wakakakaka..

      Padam