Berjaya Tioman Resort,

Penginapan Pilihan Bila Datang Bercuti Ke Pulau Tioman

Khamis, Oktober 17, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu dah post pasal aktiviti menarik yang korang boleh lakukan bila berada di Pulau Tioman ini so kali ini pula Maha nak share ngan korang beberapa pilihan hotel dan resort yang terbaik di Tioman ini. Banyak jenis hotel resort mahupun berkonsepkan chalet. Semua ikut kepada bajet dan juga kemampuan korang.

Setengah orang kalau datang bercuti ni mereka nak betul-betul berehat kat bilik hotel dan menikmati suasan tenang dan nyaman tanpa gangguan. Ada pula yang datang nak berhibur dengan aktiviti yang ada hotel ini cuma tempat untuk persalinan dan juga merehatkan badan waktu malam sahaja. Jadi apa pun yang korang nak pilih tepuk dada tanya kemampuan ok hehehe. So jom kita lihat senarai hotel dan resort yang ada di Pulau Tioman.

1108 Tekek Tioman


Bagi yang datang mencari untuk penginapan bajet dah juga tidak begitu mahal 1108 Tekek Tioman ini antara yang sesuai. Terletak di Kampung Tekek hanya beberapa kilometer sahaja dari jeti dan juga kawasan bandar kat Pulau Tioman. Jalan kaki pun boleh sampai tapi berpeluh sikit lah. Kalau nak mudah kat sini boleh sewa motor.



Chelet ini sangat sesuai untuk mereka yang datang berdua kerana tak begitu besar tapi cukup selesa mengadap betul-betul laut. Kalau tanya harga pula dalam lingkungan RM118 hingga paling tinggi RM258 khas untuk family saiz satu malam. Kat sini best mereka ada persisir pantai yang luas dan sesuai untuk mandi manda.




Kalau nak makan mereka boleh sediakan kerana ada cafe sendiri di sini tapi akan ada kos tambahan untuk makan sarapan pagi, tengahari atau pun malam. Maha suka kepada design lukisan pada dinding chalet ini sangat berseni melambang seorang yang kreatif. Kalau korang nak datang bermalam sini boleh hubungi mereka ditalian telefon 012-231 5831.

Damai Tioman Resort Kg Genting


Ini juga adalah salah satu pilihan untuk penginapan bermalam di Tioman pada harga sangat berpatutan dan murah. Terletak di Kampung Genting kalau nak datang resort ni turun sahaja jeti Kg Genting dan jalan kaki lebih kurang 5 minit dah sampai. Betul-betul berada kat kawasan tengah kampung ni dan sangat dekat dengan kemudahan kedai.




Sini konsep lebih kepada rumah kampung dengan bilik yang dibangunkan menggunakan kayu dan juga di lereng bukit. Ada pelbagai jenis bilik untuk korang nak yang bilik berdua sahaja atau juga bilik keluarga pun ada di sini. Bermula dari harga RM90 hingga ker RM210 untuk satu malam. Sini juga selalu dianjurkan Start in Tioman (SIT) yang mengumpulkan diver seluruh dunia.



Mereka juga ada menyediakan cafe untuk pelanggan yang nak makan dan juga ada wifi di kawasan cafe. Susana pagi sini sangat menarik kerana kita dapat lihat matahari terbit dan juga waktu petang matahari terbenam. Banyak port lokasi untuk ambil gambar yang menarik dan cantik kemudian boleh upload dalam Instagram. Kalau nak booking kat sini boleh lah hubungi talian 09-423 1442.

Berjaya Tioman Resort 


Ok tadi kita dah lihat beberapa resort unguk harga yang murah sekarang kita pergi pula kepada hotel dan resort yang high level sikit. Bagi mereka yang merancang percutian mewah Berjaya Tioman Resort adalah pilihan yang sangat sesuai. Resort ini bertaraf 5 bintang dan ini merupakan kali kedua Maha bermalam di sini. Sebelum ini pernah datang Tioman dan menginap di sini.






Kali ini Maha dapat bilik ada Garden View Chalet yang mana ia adalah chalet berkembar dan boleh berhubung antara dua chalet tu. Bilik sini sangat luas dan memang selesa paling best bilik air ada bath tab kalau sapa yang suka berendam. Bilik sesuai untuk 2 orang kalau datang berbulan madu sangat best. Kemudahan semua ada kat sini dari pada pilihan cafe untuk makanan Thailand, China dan juga Melayu memberi pilihan kepada tetamu yang datang. Mereka mempunyai kawasan khas jeti untuk aktiviti snorkeling dan juga menyelam. Mereka juga mempunyai pantai yang luas.

Barat Tioman Beach Resort 


Ini juga tempat penginapan yang Maha suka bukan sahaja keselesaan tapi juga cantik menarik. Barat Tioman Beach Resort ini terletak di Kampung Juara. Kalau nak datang ke sini perlu menaiki 4WD untuk sampai perjalanan lebih kurang 30 minit dari Jeti Tekek. Sebab Barat Resort ni terletak di sebelah seberang pulau dipisahkan oleh hutan simpan.



Kat sini lebih sunyi sikit daripada kesibukan kampung tapi selalu diadakan Tioman SurFestival di bulan Januari. Membawa kaki surfing dari seluruh dunia datang ker sini untuk bermain sky air dengan merasai ombak Laut Cina Selatan. Dari segi bilik pula kat sini lebih konsep modern dan juga mewah. Bilik mereka besar dan ada banyak jenis yang sesuai untuk didiami seisi keluarga.




Kemudahn lain pun ada kat sini iaitu seperti kolam renang yang besar dan juga kafe yang sentiasa ada menyediakan makanan a la-carte. Cuma satu jer kurang kat sini adalah wifi kalau datang memang susah nak dapat juga kemudahan talian komunikasi yang agak terbatas. Sini juga merak ada pelbagai aktiviti seperti sukan air iaitu kayak, untuk menjelajah hutan dengan jungle traking serta macam-macam lagi. Kalau siapa nak bermalam di sini boleh lah layari laman sesawang meraka https://barattioman.com.

Aman Tioman Beach Resort


Ia adalah satu resort yang baru sahaja beroperasi di Pulau Tioman ini tak silap baru 2 tahun dibuka. Aman Tioman Beach Resort terletak di Kampung Paya dekat dengan jeti. Kalau korang perasan pada logo resort ini merupakan sekor Tupai. Ini kerana semasa pemulaan pembinaan mereka terjumpa seekor tupai yang unik di sini dan sebab itu ia menjadi lambang kepada resort ini.




Sini pun sama bilik berkonsepkan modern dan mewah yang mampu memuatkan sehingga empat orang. Jadi ia sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga di sini. Kemudahan kafe dan juga wifi di semua pelusuk bilik. Meraka juga mempunyai kedai bebas cukai sendiri di dalam resort ini.





Kerana ia baru jadi rekaan sangat baru dan juga begitu rasa selesa untuk bermalam di sini. Mereka mempunyai ruang untuk mesyuarat atau juga cafe terbuka di tingkat atas untuk memberi suasana udara segar. Juga di bahagian hadapan resort ada ruang makan tepi pantai yang didirikan bagi nikmati makan mengadap laut. Nak rasai tidur bilik besar dan mewah boleh layari laman sesawang https://amantioman.com.

Tunamaya Beach & Spa Resort


Tunamaya Beach & Spa Resort adalah lokasi yang ideal untuk hari-hari santai di bawah matahari di tepi pantai yang terpencil jauh daripada segala-galanya. Kalau nak datang sini kena menaiki boat khas meraka dan tiada perhubungan darat untuk ke sini. Walaupun jauh ia masih tetap menarik dan memberi ruang exclusive kepada pelanggannya. Maha suka sini sebab ia satu-satunya resort yanga da pantai pasir yang berwarna putih bersih.




Disebabkan ia jauh dari tempat lain makan kat sini mereka ada sediakan cafe untuk makan sarapan pagi, tengah hari dan juga malam. Juga meraka ada infinity pool yang sangat besar serta menghadap laut best. Bilik kat sini pelbagai jenis daripada yang memberi pemandangan laut indah atau pemandangan alam semulajadi. Bilik mereka juga sangat kemas dan cantik luas untuk bermalam bagi keluarga.




Satu keistimewaan sini adalah mereka ada Sarang Spa yang exclusive untuk membuat pelbagai jenis rawatan spa. Ada empat bilik terapi dalamnya dan dibelai manja sambil berehat serta menikmati keindahan alam semulajadi. Kalau dapat duduk sini jauh dari kesibukan kerja dan kesesakan kota ini memang rasa tak nak balik lah hehehe. Kalau nak booking kat sini boleh tengok-tengok kat laman sesawang mereka https://www.careluxuryhotels.com/tunamaya-tioman dan buat tempahan online je.




Ini adalah antara beberapa hotel dan resort yang Maha sempat pergi singgah dan melihat sendiri fasiliti yang meraka ada. Senang nak buat servay untuk bercuti kat Tioman nanti nak yang harga biasa sahaja atau yang mewah semua ada. Cuma sekarang terpulang pada kita sendiri lah. Tioman ini akan buka sepanjang tahun walaupun ada musim monsun kerana ia mempunyai pengankutan feri besar.




Sempena dengan Visit Malasia 2020 nanti korang boleh plan untuk bercuti dalam negara atau memberpekanalkan tempat menari macam Tioman ini kepada keluarga dan kawan-kawan luar negara. Sama-sama kita semarakkan sambutan dan juga Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal membawa anggaran 30 juta pelancong dari dalam dan luar negara

Hashtag rasmi : #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #beyondkl #vm2020 #visitmalaysia2020 #tiomanvm2020 #tourismmywilayahtimur






19 ulasan:

  1. Terima kasih bnyk2 en.maha...

    BalasPadam
  2. Bestnya maha berjalan dan bercuti di Pulau Tioman! Yaya tak berkesempatan lagi nak pergi kesana. Lepas ni kena plan betul-betul untuk cuti kat area laut pula hee mesti tenang kan tengok laut biru cantiknyaaa

    BalasPadam
  3. Wow, bestnya at Tioman Island. Truly a beautiful place to chill & relax & forget about your worries. Bet you had a great time there.

    BalasPadam
  4. Bharat Tioman Beach Resort and Tamaya Beach Resort & Spa looks suitable for me. Wow!!!!!!!! Bagus btul you buat research on Resort in Tioman. Useful post NIe.

    BalasPadam
  5. Okay, dah tahu kt mana nak refer kalau nak cari tempat nk tinggal dkt pulau tioman lepas ni. hehe tak sabar nak bercuti dekat pulau ni. thanks share ya.

    BalasPadam
  6. Hamboi selesanya.. tepi pantai ditiup angin sepoi bahasa. nyamannya

    BalasPadam
  7. Banyak tempat boleh stay ni..lagi seronok kalau depan pantai ye..angin pantai nyaman ..ehhee..semua lawa..okla tulis dlam wishlist

    BalasPadam
  8. wah bestnya bilik dia besar2 jugak. Maha pi sana enjoy betul tu. Syok

    BalasPadam
  9. Belum pergi ke Pulau Tioman! OMG!!! 26 years of living in Malaysia tak pernah pergi lagi!! OMG!!! Nak pergi nak pergi!

    BalasPadam
  10. Wahhhhh bestnya. Ni baru betul nak bercuti. Very beach vibes gitu. Lawa Tioman

    BalasPadam
  11. Boleh tahan juga pilihan hotel/bilik yang ada di Tioman ni. Sis mungkin duduk chalet ajelah. Hehe. Sis belom sampai sini lagi. Bolehla usha list-list yang Maha bagi ni. Thank you awak!

    BalasPadam
  12. Feel like going on a holiday after reading your post the resort looks good and I really love the beach

    BalasPadam
  13. Wahhh.. semua ni Maha dah pernah masuk dan survey ye. Sangat membantu mereka yang tercari-cari tempat nak stay kalau gi Tioman nanti. Cuma sekarang musim tengkujuh. Rasanya kurang orang nak gi Tioman kot.

    BalasPadam
  14. wah
    semua tempat menarik dan ada keunikan tersendiri
    seronok nya dapat bercuti dekat Tioman
    I am so jealous lah
    hahaha

    BalasPadam
  15. Bestnyaaa Mahaaa. Cuma nak tau je, yg penginapan first tu menarik tapi azab tak panas dia time tengahari? Since dia kontena kan?

    BalasPadam
  16. Cantik-cantik resort ni. Bolehlah cuba salah satu kalau ke Pulau Tioman nanti. Next destination memang nak ke Tioman. Complete dah maha cerita ni. Rasa tak sabar lak nak menginap kat sana

    BalasPadam
  17. Thanks maha sebab membantu ena memang tengah survey pon nak check in mana. Yeahhh. Menang percutian ke sana tapi lom pilih nak stay mane

    BalasPadam
  18. Wow!!! Menariknya tengok tempat-tempat penginapan semua tu MahaMahu... memang ada plan nak ke sana... nanti bolehlah kami recce-recce... sekarang ni, suka tengok yang Barat Tioman tu... swimming pool tu menggamit-gamit... dah la anak-anak memang suka benor kalau ada swimming pool... first criteria gitchewwww... thanks Maha for the superb write up...

    BalasPadam