Afternoon Tea,

Manjakan Deria Rasa Dengan Set Minum Petang Dolly YumCha

7:00 PG Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang kita nak nikmati minum petang waktu berehat setelah penat seharian bekerja atau melakukan aktiviti harian. Ini masa untuk manjakan diri dengan sesuatu yang jarang kita dapat menggabungkan secawan teh panas dan pencuci mulut Dim Sum.

Ini yang Maha cuba ceritakan di sini dimana Dolly Dim Sum menyediakan set minum petang yang juga dikenali sebagai Dolly YumCha. Minum petang dalam bahasa China dipanggil YumCha sebab itu set ini diberikan nama sedemikian. Uniknya set minum petang ini didatangkan dalam sangkar rekaan exclusive berwana keemasan. Terdapat tujuh jenis  kuih muih dan dim sum yang membuat korang rasa ia sangat comel.


Sekali tengok rasa macam sayang nak makan sebab seni pastri yang menarik dan sangat sesuai untuk diabadikan dalam potret korang. Macam Maha buat bergambar dulu sebelum makan comel gilerr. Paling atas sekali adalah tiga ekor Baby Owl iaitu pastri bentuk burung atas sarang yang dibakar keperangan dengan inti didalamnya bijan hitam manis. Sekali ngap jer habis seekor burung ni hehehe.
Baby Owl


Ditingkat dua sangkar pula ada Egg Tart yang dibakar sempurna dan rasa tidak terlalu manis dan tidak terlalu berlemak. Di sebelahnya pula ada Red Velvet dengan keju krim dan pengisian karamel. Kalau korang tengok dalam promo mereka letak Macaroon itu adalah juadah bermusim. Ini pun kalau masuk dalam mulut rasa nikmat sangat walaupun saiz kecil comel molek.
 Egg Tart dan Red Velvet

Bahagian paling bawah sangkar pula ada Hedgehog yang macam rupa landak tu. Sangat cute macam rupa sebenar tapi ia adalah roti lembut warna perang keemasan dan berintikan kastard di dalamnya. Manakala yang dalam cawan tu pula ada Mango, iaitu puri mangga bersama dengan buah laici dan strawberry didalamnya dapat dirasa bila digigit. 
Hedgehog dan Mango


Selain daripada dalam sangkar ada juga beberapa juadah tambahan yang datang bersama set ini iaitu Siew Mai iaitu dumpling yang di atasnya dengan salmon roe. Juga Almond iaitu dumpling Udang Harimau segar disalut dengan serpihan Badam. Tak lengkap set minum petang ini kalau tiada miunuman satu set teh premium Oolong iaitu teh aromatik tanpa gula dan panas. Teh ini korang boleh minta mereka tambah kalau tak cukup. 
Almond 

Siew Mai

Oolong Tea


Dolly YumCha ini sesuai untuk dinikmati 2 ke 3 orang sebab tu korang nampak kuantiti semua makanan tu ada 3 ketul. Harga untuk satu set ini hanya RM125++ dan hanya boleh didapati di tiga cawangan Dolly Dim Sum iaitu Pavilion, Sunway Putra dan Sunway Pyramid dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Set ini korang bukan sahaja boleh enjoy makan tapi juga enjoy untuk bergambar sebab comel sangat geram rasanya. Mungkin ramai yang akan jatuh cinta lepas ni kan hehehe. 

Info lanjut promosi dan menu baru layari :






20 ulasan:

  1. ini kalau nk minum petang, x boleh ada budak kecik ni. x aman nak menikmati.comel pulak tu makanan.x puas makan lak kalau kena kacau..haha

    belum lagi anak mtk sangkar tu buat main.hehe

    BalasPadam
  2. Alahai comel pulak tengok...maaf hang Maha heheh tapi kuih2 tu...

    BalasPadam
  3. Nak makan pun sayang rasanya. Comel nau nau. Hihihi. Kalau bawak asykar 3 ketul tu mau kena order lebih.

    BalasPadam
  4. yummy leh... so syok hi-tea and eat like this.. i also wanna enjoy like u do lo.. hahahahahha

    BalasPadam
  5. Amboi maha.. tersengih dia ye dapat manjakan deria rasa dia dengan set minum petang Dolly YumCha .. adoi.. sedap pulak tengok semua dalam gambar tu.. campak sini skitttt.. haha

    BalasPadam
  6. comel sangat.. rasa sayang nak makan.. haha.. berseni sungguh mereka buat pastri bercorak macam tu kan.. hehe

    BalasPadam
  7. sayangnya nak makan, semua comel sangat especially baby owl dengan hedgehog tu. First time dengar pasal Dolly Yumcha ni, hopefully dapat sambutan ramai

    BalasPadam
  8. Wah. Betul2 minum petang dkt kedai ni. Persoalannya, kenyang ke kalau mahamahu makan? Haha. Tengok portion mcm kecik je ni. Untuk isi perut minum teh petang2 best ni

    BalasPadam
  9. comel2 la dimsum dia.. xpernah makan lagi.. kreatif orang yang buat dimsum ni

    BalasPadam
  10. Terliur dok tengok ni... Kenapa comel sangat? Sayang lula kalau nak dimakan. Semua nampak sedap

    BalasPadam
  11. cantiknya dia punya hidangan. sure sedap kan. elok kalau aturkan corp hi tea kat sini. mesti semua tak sabar nak ngap. but first, mesti ambik gmbr bnyk byk dlu.

    BalasPadam
  12. Comel sgt set ni nak makan pon take time juga kan..dah puas amik gambar baru leh makan..haha next time ajak akak ya nak mkn kt dolly.nhehe

    BalasPadam
  13. heyyyy comel sangat tu..sayang nak makan..btw kreatifla owner dia siap buat ala-ala sangkar yang ada makanan..bila nak belanja aku kat sini maha...birthday ko x lama lagi kan hahahahahaha

    BalasPadam
  14. Wow exclusive nyaaaaa tempat letak makan dia. Sangkar emas tuuu. Haiwan2 pun comel je alahai sayang nak makan. 1st time nampak gabungan udang almond. Mcm mana lah rasa dia kan...

    BalasPadam
  15. Heyyyy kenapa comel sangat minum petang awak. Siap ada tiga ekor burung comel. Rasa tak nak makan tau sebab comel sangat. Nak buat hiasan saja boleh?ermmm nampak sedap semua menu petang yang disediakan

    BalasPadam
  16. walawehhhhh
    teringat-ingat lagi dengan Landak tu
    sedap lah
    sila bawa saya makan2 lagi
    hehehe

    BalasPadam
  17. Alahai, tak pernah tak tegoda kalau dgn Dolly ni tau. Ni buat set Yumcha pulak. Saja nak org habis duit pi makan benda comel comel tu hahaha

    BalasPadam
  18. Ala comel comelnya.. nak makan pun sayang.. tapi nice sangat tengok. Nak minum petang pun eksklusif camni. Bukan saja dapat isi perut, destress pun dapat sebab tengok dimsum comey comey..

    BalasPadam
  19. Comelnya burung tu. Nak makan pun macam kesian pulak haha. Nasib baik bukan burung betul. Macam best je tmpat ni. Terima kasih share ya.

    BalasPadam
  20. ini hi tea set paling comel dan kreatif dengan baby owl. Siap ada siew mai lagi tu. Bestnya kalau dapat lepak gosip sambil ber hi tea kan.

    BalasPadam