Asam Pedas,

Kenapa Maha Suka Asam Pedas Melaka Letops Hawow

7:00 PG Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha kalau nak cari Asam Pedas sedap mesti kena turun ke Melaka kerana Asam Pedas sana jer yang kena dengan tekak ni. Tapi kalau setiap hujung minggu nak kena turun sana untuk makan Asam Pedas parak juga mahal lagi kos pergi balik daripada harga Asam Pedas tu.

Nasib sekarang ni Maha tak perlu lagi nak travel jauh-jauh untuk nikmati Asam Pedas Melaka sebab dah ada usahawan Melayu yang menyediakan lauk masakan sebijik macam dari Melaka ni. Maha tahu ni pun sebab cari kat Facebook jumpa page mereka iaitu Asam Pedas Melaka Letops Hawow. Nama pun dah letop rasa mesti lagi letopkan. 

Bestnya kerana mereka ada dua jenis lauk iaitu Asam Pedas Ikan Pari dan Asam Pedas Ikan Kembung. Harga pula untuk ikan pari RM7 sebungkus dan yang ikan kembung RM6 sebungkus. Bukan sahaja dapat lauk dan nasi putih tapi akan dapat sekali dengan telur masin dan juga sayur kobis goreng.

Jadi set mereka ni lengkap lah memang cukup sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Kalau korang tanya Maha dari segi rasa Maha boleh bagi full mark kat tukang masak ni kerana Asam Pedas mereka cukup rasanya pedas ada dan juga masam. Kalau sekali makan tu memang korang boleh berpeluh satu kepala kerana rasa kepedasan kuahnya. Dalam kuah tu pula mereka tak kedekut letak lagi kacang bendi, tomato dan juga daun kesum yang menaikkan lagi aroma makanan tradisi ni.


Bagi Maha lauk dan kuah yang diberikan tu sangat banyak tak kedekut punya tokei. Ikan bersaiz besar kalau tengok ikan pari tu boleh makan dua orang dengan kuah yang banyak. Ikan kembung tu pula seekor yang saiz besar bukan anak ikan diletak dalam tu yer awassss. Kalau tak habis kuah Asam Pedas ni Maha tak buang akan simpan dalam peti sejuk dan boleh dipanaskan untuk hari esok makan pula dengan roti canai perhh terangkat.

Cuma syarat mereka letak kalau nak makan untuk tengah hari korang kena order sebelum pukul 8.30 pagi hari yang sama atau lebih selamat korang order sehari sebelum nak makan. Begitu juga untuk makan malam kena order awal sekurang-kurangnya sebelum pukul 2.30 petang hari sama. Ini kerana nak jaga kualiti sebab mereka akan masak ikut order. Tempat pula kena minimum 2 bungkus baru mereka akan hantar ke tempat korang dengan kos penghantaran dikira mengikut jarak dan juga kawasan korang nak mereka hantar. 

Hari tu masa Maha order kos penghantaran RM5 sahaja sebab dekat tak silap Maha mereka punya dapur kat Cheras. Kalau korang nak senang order banyak sekali seperti satu pejabat biar banyak kerana kos penghantaran mereka kira sekali jer. Juga kalau korang buat majlis seperti doa selamat ker, Majlis Tahlil ker atau Majlis Pertunangan yang perlu makanan mereka boleh sediakan untuk kuantiti yang banyak dan hantar sekali. Setakat ni yang mereka hantar area Cheras, Ampang, Hulu Langat dan yang berhampiran termasuk KL. 

Maha babel panjang pun tak guna kalau korang tak rasa sendiri nanti kata nak jual produk lak. Tapi Maha cerita ni base on apa yang Maha rasakan dan alami sendiri. Kongsi untuk kegunaan korang juga mana tahu ada yang mengidam nak Asam Peda Melaka. Maha pun dah repeat order sebab sedap dan puas hati dengan masakan mereka. Siapa yang dah cuba nanti kongsi pengalaman korang kat sini. Kalau ada makan sedap-sedap macam ni boleh roger Maha mana tahu boleh order dan kongsi cerita kat blog hehehe.

Kalau korang nak order juga boleh ke laman sosial media atau whatsapp kat sini :
Tel/Whatsapp : 012-9987658





   

4 ulasan:

  1. Mahaaaaa...sedapnya asam pedas ...fav akak ni...tp skrg blom bleh makan lagi sebab akak ada gerd..x leh makan pedas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak Gerd tu apa hehehehe tak tahu.. tak apa nanti dah sihat akak order banyak2 sekali untuk kita hehehe..

      Padam
  2. sedap nye! rasa lapar pulak bile tengok... Huhuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap gilerr boss memang dua bungkus tak cukup...

      Padam