Baju Melayu,

Walaupun Bersaiz Besar Tetap Begaya Di Hari Raya Dengan Koleksi Butik Bob Rock

7:00 PG Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni Maha dah tak perlu bimbang lagi untuk cari pakaian walaupun baju untuk Hari Raya yang tak lama lagi tiba. Ini kerana sekarang Maha hanya pergi sahaja kat Plaza Masalam atau setengah orang kenali sebagai Plaza Shah Alam, kerana dalam tu ada satu butik khas untuk orang yang bersaiz comel macam Maha ni.

Butik yang Maha maksudkan adalah Bob Rock yang terletak di tingkat 1 plaza tersebut. Sebab hari cuti yang lepas Maha dah pergi sendiri ke butik ini untuk cari pakaian dan tak sangka di sini ada juga baju raya. Jadi senang lah nak beli semua jenis pakaian daripada yang casual, shirt dan juga istimewa untuk musim perayaan. Hanya satu kedai sahaja Maha pergi dah boleh dapat banyak pakaian.





Suasana dalam butik ni juga sangat selesa dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian untuk wanita dan juga untuk lelaki. Susun atur dalam butik juga memudahkan untuk kita mencari pakaian dan juga mendapatkan saiz yang kita kehendaki. Ditambahlah layanan mesra dan pekerja yang sangat membantu untuk kita dapatkan pakaian kesukaan membuatkan Maha rasa seronok nak membeli di sini.

Koleksi Istimewa Syawal Lelaki Melayu Terakhir


Kurang dari seminggu lagi kita nak sambut raya, kat butik ni pun ada koleksi baru sempena lebaran iaitu baju raya untuk lelaki dan wanita. Kalau jejaka bujang macam Maha ni ada pilihan Baju Melayu BobRock dan juga Kurta Adam Long Sleeve. Baju ini semua bermula dari saiz XL hingga paling besar 6XL. So memang Maha boleh pakai.




Baju Melayu tu ada pilihan warna yang korang nak beserta dengan seluar. Maha boleh pakai baju tu dan muat dengan seluar tak ketat dan tak longgar sangat. Ini kerana menurut kata pemilik butik tersebut baju yang dihasilkan oleh tukang jahit yang sudah pakat dengan saiz yang mengikut ukuran khas rakyat Malaysia.




Korang boleh tengok sendiri Baju Melayu dan Kurta yang Maha kenakan sangat lekat di bahu dan tidak jatuh serta bahagian bawah baju pula tidak begitu labuh dan juga nampak gelebeh. Harga pun tak adalah mahal sangat dan masih berpatutan dimana Baju Melayu BobRock sepasang RM169.00 manakala Kurta Adam RM120.00 sahaja.

Kemeja Casual Dan Santai


Selain baju untuk perayaan ada juga beberapa pakaian khas untuk majlis casual dan juga boleh pakai untuk bersantai. Koleksi baju kemeja juga mempunyai lebih kurang 13 design dan juga warna. Macam Kemeja Fish Bone ni sangat santai dan boleh pakai bawa pergi majlis kenduri atau juga pergi jalan-jalan. 



Kemeja Fish Bone ini harga hanya RM99.00, manakala kemeja lain dalam range harga RM89.00 hingga RM99.00 sahaja. Jadi sangat berpatutan untuk dibeli dan buat koleksi dalam almari. Sebab orang lelaki sekarang ni pun perlu bergaya dan tampil menarik bersama isteri. Bukan orang perempuan jer yang banyak pakaian hehehe.


Baju kemeja ni boleh dipadankan dengan seluar yang juga bersaiz besar. Kat butik ni ada seluar jenis Jeans bewarna Hitam, Navy Blue dan juga Khakis. Seluar kat sini terdapat saiz 40 hingga kepada saiz paling besar 60. Seluar ini menggunakan kain jeans yang selesa dan juga tidak terlalu ketat dan boleh digayakan dengan semua situasi. Harga untuk seluar ini hanya RM150.00 sahaja.

Aksesori Lelaki Bergaya


Di butik Bob Rock ini bukan sahaja ada baju dan seluar tapi juga ada eksesori khas untuk orang lelaki. Kalau Baju Melayu mesti kena ada butang baju melayukan kat sini juga ada pilihan butang dari harga RM19.00 hingga RM29.00. Kalau korang rasa nak tampil hebat dan lain daripada orang lain di pagi raya apa kata perkenakan Tanjak. Mereka juga mengghasilkan Tanjak Half Songket dengan harga RM80.00 manakala Tanjak Full Songket harga RM90.00. Ini memang sangat rare lah kalau korang berani pakai Tanjak di Hari Raya hehehe.




Selain itu juga, eksesori lain yang ada di butik ini seperti Tali Pinggang bersaiz panjang dengan harga RM49.00 dan juga ada Suspender dengan harga RM19.00.  So anak mudah juga boleh beli kat sini walaupun saiz kita besar. Jangan malu untuk bergaya kerana setiap insan ada keistimewaannya. Cuma kena berani tampil dengan yang lebih kemas dan exclusive.


Pakaian Wanita Menawan 


Kat Butik Bob Rock bukan sahaja ada pakaian untuk lelaki tau. Macam Maha bagi tahu sebelum ini kat butik ini juga ada pakaian dan aksesrori khas untuk kaum wanita yang bersaiz plus. Tapi walaupun besar tetap masih tampil dengan bergaya dan style. Koleksi untuk wanita ia dibawah jenama Lovelily sebab tu kat butik ni ada tulis BobRock x Lovelily.





Orang perempuan ada koleksi istimewa untuk lebaran iaitu Baju Kurung dan juga Baju Kebaya. Serta pelbagai aksesori yang menarik seperti Bag Tangan, Clutch, Kerongsang, Gelang, Selendang dan macam-macam lagi lah. Banyak juga untuk orang perempuan jadi kalau korang datang beli-belah boleh beli untuk pasangan juga memang sangat sesuai. Tak perlu nak pergi cari kat kedai lain buang masa dan memenatkan.





Silap-silap si abang pergi dengan si isteri habis pokai semua dia nak beli hehehe. Tapi tak apa untuk orang kita sayang juga nak bergaya untuk suami sendiri. Kalau masuk sini tak balik dengan beg yang penuh tak sah rasa semua nak beli hehehe. Puas hati lah kat sini lepas raya boleh datang lagi kerana ada banyak jenis pakaian.

Sekarang ni pula mereka tengah buat promosi kalau korang buat pembelian atas talian di laman web mereka dengan menggunakan kod 'RAYA19' akan dapat potongan RM10.00 untuk jumlah keseluruhan belian. Sebab sudah menjadi trend orang sekarang suka membeli secara atas talian lebih jimat masa dan tidak penat. Jadi gunakan peluang yang ada untuk borong semua. Tiada lagi alasan untuk orang bersaiz besar tidak bergaya bila-bila masa dan dimana jua. Jom kita shopping.  

Pembelian secara atas talian boleh dilakukan dilaman web:
https://www.bobrocklovelily.com.my

Sosial Media Bob Rock Apparel:
https://www.facebook.com/bobrockapparel
https://www.instagram.com/bobrocklovelily

Alamat :
Butik Bob Rock 
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03 - 5513 3588 (Shop)
        011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)







9 ulasan:

  1. Koleksi pakaian syawal lelaki melayu terakhir tu yang sesuai sangat. heheh.. memang banyak betul pilihan dengan harga yang berpatutan. Design dia pun boleh tahan la.. rasanya saya nak pergi sini nak beli tanjak tu.. nampak menarik

    BalasPadam
  2. Semuanya cantik! Bagus ada butik khusus macam ni. Senang plussizers nak cari pakaian. Tapi baju kurung, kebaya dia semua cantik sangat! Walaupun bukan plussizers tapi teringin nak pergi tengok sendiri kainnya. Hehe

    BalasPadam
  3. Kacaknyaaaaa. Bagus ada butik macam ni. Sebab selalunya pakaian plus size macam sedih je. Sekarang dah ada one stop centre. Best best.

    BalasPadam
  4. ehhhhhhhhh seriously lahh bagus giler idea dorg utk provide baju bersize besar ni !! yg pntg mr maha u looks really good in that baju melayu yg light dusty pink tu!! serius klu x pilih yg mmg x patut ni! haha n that shirt tu pun smart! pandai dorg pilih n harga Allahuakbar affordable nyaa, sng la klu ada kwn2 yg tanya insyAllah i suggest kan

    BalasPadam
  5. nampak segak sungguh maha mengenakan busana2 di butik ini ya. wahhh seronoklah mereka2 yang plsu size sebab mudah nak dapatkan kain baju yang ada saiz besar2. mesti awak borong banyak baju kan ?

    BalasPadam
  6. Cantik2 kan pilihan baju suka tengok. Senang lps ni bg mereka yg plus size nak cari baju yang siap di pakai terus hehe

    BalasPadam
  7. Wow, rock betul nama butik ni Maha hahah. Mula-mula ingatkan jual attire lelaki je, rupanya attire perempuan pun ada jual ye. Dekat Plaza Alam Sentral ni memang banyak je butik sebenarnya, cuma kena pandai cari mana yang best kan.

    BalasPadam
  8. It is good to see you enjoy yourself shopping at this outlet. The clothes look beautiful and the prices are relatively affordable. :) Thanks for recommending this place.

    BalasPadam
  9. senang la kan, kalau tak plus size mesti kena jahit. ni ada ready made, mudah.

    BalasPadam