Kahwin,

Tuah Anak Muda Siti Jamumall Perkahwinan Tajaan RM500 Ribu

Selasa, April 09, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata pepatah 'Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu'. Itu satu peribahasa yang boleh diberikan kepada gadis muda yang baru sahaja berusia 19 apabila majlis perkahwinan beliau mendapat tajaan bernilai RM500 ribu. Siapa beliau ini adakah selebriti atau pernah mendapat anugerah?.


Mesti ramai yang tetanya anak gadis bernama Siti Suriani atau nama glamor Siti Jamumall ni. Bagi pengusaha dan pengguna produk kosmetik atau produk-produk kesihatan dan fesyen dah sinonim dengan nama ini. Beliau adalah usahawan muda yang hanya pada mulanya suka-suka buat video dalam sosial media dan kini telah menjadi terkenal. Ini kerana niat mulia beliau membuat promosi produk usahawan lain secara ikhlas di sosial media sehingga viral kini dibalas semula.


Apabila ramai daripada pengusaha produk dan juga pemilik restoran atau makan mahu menjadi penaja kepada majlis perkahwinan beliau ini. Tajaan ini merangkumi daripada hari pre-wedding, majlis berinai, majlis pernikahan, majlis perkahwinan sehingga kepada pakej berbulan madu. 




Betul juga orang kata selalu kita nampak rezeki itu hanya dalam wang ringgit sahaja tapi sebenarnya tajaan majlis seperti ini juga adalah merupakan rezeki yang datang tanpa salah alamat. Maha bercerita ini kerana Maha sendiri mendapat jemputan ke majlis Meraikan Cinta dua mempelai ini yang berlangsung pada 7 April lepas bertempat di Laman Kayangan Shah Alam



Masa masuk dewan perkahwinan tu sendiri dah nampak gahnya majlis ini kerana semua cukup lengkap tersedia untuk meraikan raja sehari ini. Daripada pelamin dan dekorasi dewan yang ditaja khas oleh Wedding by Emma, siapa tak kenal selalu buat majlis perkahwinan artis-artis popular tanah air. Kemudian pula makanan yang sedap dalam tu juga semua mendapat tajaan.

Maha senaraikan semua vendor yang sudi menaja untuk majlis perkahwinan yang meriah ini.

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal
    Grand Cake dari Mad About Cake
    https://instagram.com/madaboutcake_official
      VIP Menu dari Rumpun Selera

      Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

      Jamu dari Seri Lady Empire Resources

      Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal

      Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

      Telekung dari Pretty Aini

      Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

      Scarft dari Scarft By Mehrun

      Printed Box dari Art Creation Printing

      Perfume dari  Luxe Essencia Resources

      Honeymoon Pakej dari Arwana Resort

      Pulak tu untuk kelengkapan raja sehari ini daripada busana yang mewah dan elegen pada hari persandingan ini ditaja daripada Dlia Jean Bridal Collection manakala kek yang tinggi melampai korang nampak tu juga ditaja oleh Mad About Cake (M.A.C). Bestnya kalau Maha kahwin nanti dapat macam ni juga hehehe bila lah tu yer wakakaka. 




      Tadi Maha ada cakapkan yang pakej bulan madu mereke juga ditaja iaitu daripada Arwana Resort. Maha hari tu memang kenyang sangat sebab dapat makan makanana yang sedap-sedap daripada penaja makanan majlis terebut. Antara yang Maha sempat nampak adalah Apam Balik daripada The Vaggiess, Pasembok Penang daripada Jocker Cendolz, Otak-otak daripada Fadli, satay daripda Satay Ros, Mee Kari Kriuk Kriuk dari Chef Nar Kitchen dan banyak lagi. Dalam tu pula ada banyak booth airkrim antaranya aiskrim potong daripada Icely Aiskrim Potong, booth Khairul Aiskrim dan booth AA Ice Cream







      Kalau korang nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang berlangsungnya kemeriahan majlis perkahwinan yang grand ni boleh layari laman Facebook Jamumall.com. Sebab Siti Jamumall ni dulu menjadi promoter atau host untuk produk-produk dalam Jamumall.com ini. Ramai selebriti dah mengunakan perkhidmatan Siti Jamumall ni antaranya Che Ta, Faizal ismail, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan Lana Nordin.

      Sempat bergambar dengan CEO Jamumall.com En. Khairul Nizam

      Maha nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Jamumall dan pasangan Syafiq yang juga sama muda ni moga terus kekal melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan bahagia. Moga dikurniakan cahaya mata yang comel dan soleh. Juga terus berjaya dalam kerjaya yang beliau ceburi sekarang ini. Selamat Pengantin Baru. 






        

      0 Pandangan: