Food Review,

Makan Seperti Restoran Dalam Drama Korea Di SeoulNami Korean BBQ

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yang peminat dan penonton setia drama Korea selalu melihat pelakon mereka akan makan dalam sebuah restoran dengan konsep di mana daging, makanan laut, dan makanan lain dimasak di depan meja makan. Mereka akan memanggang sendiri setiap daging dan juga makanan mengikut citarasa yang dikehendaki. 


Sekarang ini korang boleh merasai suasana makan seperti dalam drama tu hanya di Malaysia sahaja. Sebab Maha dan pergi makan kat restoran seumpama itu di The Gardens Mall. Restoran tersebut adalah SeoulNami Korean BBQ yang terletak di level 1 mall ini. Tak perlu risau kerana restoran ini mesra muslim dan diilhamkan orang tempatan untuk memenuhi kehendak makanan Korea di Malaysia. 




Bagi korang yang suka memasak live depan mata dan makan makanan yang panas-panas wajib cuba datang sini. Restoran ini menyajikan BBQ Korea dengan arang di panggang di atas meja. Kat sini terdapat pelbagai jenis makanan istimewa Korea untuk dipilih. Korang boleh makan daging, makanan laut, mee yang sangat pedas hingga ke pencuci mulut. Bagi memulakan hidangan mereka akan melayani korang dengan salad segar, kimchi, dan juga telur kukus. Telur kukus ni wajib memang mereka akan hidangan dan masak depan korang.

Telur kukus 

Honey Butter Chicken - RM59.00

Ganjang Chicken - RM59.00


Hidangan sampingan dan sos boleh diisi semula kalau korang rasa tidak cukup. Hidangan utama mereka adalah Famous Chuncheon Chicken ikonik dari Korea Selatan! Ayam chuncheon boleh didapati dalam empat perisa rempah tapi yang Maha makan hari tu ada dua iaitu Honey Butter Chicken dan Ganjang Chicken

Beef Platter - RM119.00



Ayam ini akan dipanggan di atas arang mengikut kehendak kita lah. Lepas tu balutkan ayam panggang dengan salad segar dan ditopping dengan sos. Tapi kalau korang nak makan macam tu sahaja pun dah cukup sedap ayang ni kerana dapat rasa perapan rempahnya. Selain ayam korang boleh juga ambil Beef Platter yang ada 3 jenis hirisan daging. Itu pun korang kena panggan atas arang. Ikut citarasa nak masak berapa lama janji korang makan masa ia masih panas-panas baru urhmmm.

Spicy Octopus - RM39.00

Fist Rice - RM29.00


Fire Ramyeon - RM39.00

Kalau yang suka panggang makanan laut korang boleh pilih Spicy Octopus macam yang Maha makan ni. Cuma sotong ni tak perlu panggang lama nanti ia akan liat macam getah. Semua ni korang boleh makan dengan pilihan antara Fist Rice dan Fire Ramyeon. Kedua-dua memberi kelainan rasa kerana yang nasi gumpal tu sangat lembut sebab beras merekakan macam pulut sikit kenyal-kenyal. Kemudian yang Ramyeon tu sangat pedas ok bagi orang tak tahan pedas jangan cuba memang berapi tapi masih sedap dinikmati.



Kimchi Trio - RM29.00

Kalau restoran Korea tak ada kimchi tak sahkan tapi kat sini ada 3 jenis Kimchi Trio iaitu Fresh, Fried dan Smoke. Orang suka Korea ni memang akan suka Kimchi ni lah hehehe Maha kurang sikit tapi bolehlah makan lagi. 

Binggrae Banana Uyu Colada (Rm24.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM19.00),  Out-of-This-World Lemonade (RM24.00) dan Sparkling Orange Cream Soda (RM19.00)

Bila dah makan pedas-pedas dan panas-panas nak kena ada minuman yang segar dan juga menyejukan baru padan. Kat sini mereka ada 4 jenis pilihan signature drink iaitu Out-of-This-World Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda dan Fizzy Sour Plum Cooler. Paling ramai orang suka adalah yang sour plum tu memang sangat kena dengan makanan Korea. 

Charcoal Burnt Cheesecake - RM12.00

Akhir sekali korang kena cuba Charcoal Burnt Cheesecake mereka. Cheesecake ini dimasak dalam arang, di bawah gril semasa korang memanggan daging dan ayan tadi. Setelah lebih kurang 10minit keluarkan dari arang tadi dan makan panas-panas sangat sedap menyelerakan. Maha suka ok boleh habis 2 bekas cheesecake tu hehehe. 


Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi boleh bila-bila masa jer nak nikmati hidangan di sini. Maha rasa nak repeat makan kat sini lagi hehehe walaupun tak berapa minta drama Korea tapi makanan mereka ada rasa yang berbeza. Sekali sekala nak makan hidangan yang sihat kena datang ker restoran SeoulNami Korean BBQ.

Promosi dan juga menu lain layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





19 ulasan:

  1. peminat drama korea is hereee hahaha..wahhh mmg pernah npk lah kedai mcm ni dlm drama2 korea..eh ada tak diorg nak bukak kat penang ni..teringinnya lahai nak panggang2 bbq mcm dlm drama tu ha..sedapnya semua menu tu

    BalasPadam
  2. Eh bestnya. Sebijik macam orang korea dalam tv makan kan kedai dia. Kalau nak berangan pergi korea, boleh lah datang makan sini lepas tu tulis caption "I'm in korea" hahahha. Mesti orang percaya punya

    BalasPadam
  3. Nak datang sini lah nanti. Nak fefeeling macam running man. Main masak2 mcm orang korea. Tp spicy octopus & kimchi trio tu plg menarik perhatian kita. Sedapnya.

    BalasPadam
  4. Rawlins dah cadangkan pada rakan-rakan untuk buat reunion kat sini masa puasa kelak. Nampak macam best dan ruang besar untuk lepak dan main UNO. Harapnya diorang tak marah sebab kami semua suka buat bising.

    BalasPadam
  5. Wah makin banyak pilihan restoran makanan Korea sekarang! Bolehlah nanti nak cuba yang sini pulak. Nampak macam banyak juga menunya sampai boleh rambang mata! Banyak sangat menu terasa nak mencuba tu. Hihi

    BalasPadam
  6. Yes dekat je sepelaung dari rumah I nak ke Korea di dalam Garden Malls. Sedapnye makan tak ajak kita ye. Nampak telur kukus tu cam menarik. Boleh tak nak cuba buat sendiri. Awak ada resepi tak? Nanti sis terjah ke SeoulNami.

    BalasPadam
  7. Charcoal Burnt Cheesecake ni nampak sedaaappp sangat! Terliuh saya.

    BalasPadam
  8. Apasal tak jemput I..I kerja kat mid valley kot. Next time I pergi try dengan colleague I tau. Nampak memang authentic korean food ni. Sedapnyeee grilled camni.

    BalasPadam
  9. Sedapnya makan segar-segar macam ni. Masak sendiri je senang hehe. Banyak pilihan pula. Cheesecake tu.. sedapnya., Sesekali boleh juga mencuba makan di sini nanti.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. wow, memang nampak macam kat drama korea la setting restoren ni. teringin yer nak datang makan kat sini, tak dapat pergi korea dapat makan kat sini pun jadilah..hehe..

    BalasPadam
  11. wahh… teringinnya.. sebelum ni selalu ke seoul garden je kalua nak feeling2 korea.. bolehlah lepas ni try kt sini. harga pun mcm boleh tahan. in shaa Allah akan singgah restoran ni :)

    BalasPadam
  12. Tak pernah lagi makan makanan korea masak depan mata. Syok nye tengok daging tu nampak sedap. Mesti bertambah2 kan. Betol2 feeling korea ni. Tak perlu pegi jauh2 ke sana.

    BalasPadam
  13. Alaaa tiba tiba rindu plak nak ke Korea lagi. Pi lepas rindu kat restoran SeoulNami ni lah dulu hehe. Nampak sedap sungguh panggang panggang gitu.

    BalasPadam
  14. Kita belum pernah sampai korea dan tak berapa reti masakan korea ni. Tapi nampak sedap lak tu.. Mana menu paling Mahadi suka? Air tu semua nampak mengiurkan. Huhuuu

    BalasPadam
  15. Nampak sedap semua makanan tu. Tapi tuhlah tak oernha try lagi masakan korea ni .Adik saya cakap sedap .Harga makanan pun boleh tahan jugak ya .

    BalasPadam
  16. Ya alllah nampak sedap betul bbq di seoul nami ya. Rasa mcm betul2 berada di korea. Nasi gumpal2 tu nampak sedap betul. Nanti nak terjah lah. Dekat je dgn rumah. Jom temankan kita !

    BalasPadam
  17. Drama korea tak tengok. Makanan korea tak pernah rasa. Haha..
    Ketinggalan betul kita ni kan. Kalau la first time rasa agaknya mcm mna la rasa dia ni. Hehe
    Kalau yang pedas memang tak makan dah.

    BalasPadam
  18. Adoi terliurnya tengok semua menu kat sini. Kenapalah takde cawangan kat Penang jugak. Nak gak cuba makan kat sini. Memang kena ke KL gak ni.

    BalasPadam
  19. Sedapnya menu kat sini.. AM suka sgt.. Nanti AM nak try ajak adik mkn d sini pula la.. Dia mmg suka mknan Korea..

    BalasPadam