3 Damansara,

Makanan Jim Jum Muslim-Friendly Pertama Di Malaysia Kalau Korang Nak Cuba Di Baan 109

Selasa, Januari 22, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti tahu Jim Jum iaitu makanan Tradisional Thailand siapa yang selalu ke sana mesti nampak makanan popular ini. Tapi sekarang ni susah nak cari makanan ini yang boleh dinikmati oleh semua orang terutama orang muslim ni.


Jim Jum Hotpot adalah gaya dip dan dunk yang datang dengan pilihan set. Ia juga mengandungi sayur campuran yang juga boleh dimasukkan kedalam sup yang tersedia. Kat Malaysia ni ia lebih dikenali macam Steamboat selalu masukkan bahan makanan dan rebus dalam sup. Cuma kat sini bukan sup Tomyam ia sup sangat berbeza.




Kali ni Maha nak bawa korang semua ke satu restoran yang menyajikan Jim Jum Muslim-Friendly pertama di Malaysia ni. Restoran ni terletak di 3 Damansara atau sebelum ni kita kenali sebagai Tropicana City Mall. Korang boleh naik kat Level 1 akan nampak Restoran Baan 109. Maha makan kat sini lah Jim Jum yang bukan sahaja sedap tapi juga tanpa menggunakan MSG.




Special Jim Jum ni mereka akan masak sup dalam periuk tanah liat pada api perlahan. Kemudian bila dah panas kita masukkan semua bahan dalam set ini. Kat restoran ni mereka sediakan Jim Jum dalam dua set iaitu Chicken Set atau Chicken + Seafood Set. Hari tu yang Maha cuba adalah chicken dan seafood set dan juga ada sayur-sayuran segar. Rasanya sangat sedap kerana kepanasan dan juga sup yang tiada menggunakan bahan merbahaya.

Nang Kai Tod (RM9.90)

Kai Ded Deow (RM9.90)

Nam Kai (RM9.90)

Selain itu juga, kat restoran ni korang kena cuba kudapan ringan mereka seperti Nang Kai Tod iaitu Deep Fried Chicken Skin, juga ada Kai Ded Deow iaitu Deep Fried Chicken Meat dan last Nam Kai iaitu Deep Fried Chicken. Yang ini semua menu tambahan jer untuk korang makan sambil sembang-sembang ngan kawan-kawan sambil tu kunyah memang sedap. Tak kenyang kot bagi Maha kalau makan ni sahaja.

Mama Nam Chicken (RM12.90)

Mama Big Praw (RM10.90)  

Mama Seafood (RM9.90)

 Mama Scallop (RM10.90)

Mama BBQ Chicken (RM12.90)

Kalau nak kenyang korang kena order sekali MAMA Special. Ini adalah set mee special yang dihidangkan dengan beberapa pilihan seperti Mama Big Praw, Mama Seafood, Mama Scallop, Mama BBQ Chicken dan Mama Nam Chicken. Satu mangkuk ni cukup lah makan untuk seorang dan memang mengenyangkan. Paling best mee ini tiada menggunakan juga MSG dan kalau korang order sempena promo akan dapat satu botol Lemongrass Drink.

Goong Cher Nam Pla (RM16.90)

Yam Voonsen (RM12.90)

Ini sepatutnya starter tapi tak apa korang boleh order juga Goong Cher Nam Pla iaitu udang segar mentah yang di sediakan bersama dengan Thai Sauce. Korang kena makan begitu sahaja tau memang rasa lain sangat. Satu lagi ni Yam Voonsen iaitu Thai Glass Noodle Salad dalam nya ada sayur segar bersama dengan sos special. Kalau kita kat Malaysia ni lebih kurang rasa Kerabu sangat rangup.






Restoran ini bagi Maha sangat selesa kalau nak makan time waktu lunch sangat sesuai kerana restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Biasalah restoran dalam mall ni memang kawasan larangan merokok ok hehehe. Tapi parking banyak kat sini tau tak perlu risau. Cuma lunch time kena datang awal sebab takut tak cukup tempat kerana kawasan agak terhad. Apa pun Maha dah cuba kat sini sangat menyelerakan dan puas makan sebab semua rasa korang boleh rasa. Mungkin korang boleh mencuba juga satu hari makan kat sini nanti ok. Selamat menjamu selera semua.

Info lanjuta promosi dan pertanyaan boleh layari :-
Facebook  : https://www.facebook.com/baan109malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/baan109malaysia

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






19 ulasan:

  1. Tropicana City Mall now known as 3 Damansara??? since whenn??? haha nmpk sangat lama dah x pergi sana.. but my hubs suke makanan mcm ni.. so boleh la try something different plak.. gonna share this article with him.. hehe

    BalasPadam
  2. Dekat malaysia ni macam macam jenis makanan dari luar boleh makan. tak payah pergi ke luar negara untuk cuba. dalam malaysia sendiri pun dah ada. tapi selama hidup ni tak pernah pulak tau pasal jim jum ni. nanti boleh lah nak pergi cuba

    BalasPadam
  3. First time dengar makanan thai tanpa MSG ni..nampak menarik la Jim Jum ni...lain dari kebiasaan...akak nak cuba la nanti..rasanya tak la jauh dari rumah sewa akak..dari last month tengok ramai blogger duk up pasal Baan 109 ni...

    BalasPadam
  4. haaaaa akhirnya jumpa pun yang halal. nanti boleh ajak geng pergi sini. biasa alasan dorang takut tak halal.

    BalasPadam
  5. menariknya kedai ni. tak pernah dengar pun selama ni. hehe. tapi boleh tahan menarik dan mengancam makanannya. kalau sampai ke sana, boleh laa nak cuba.

    BalasPadam
  6. Jim Jum?....Jommmm.....tak pernah dengar la jim jum ni. Best la seleksi Mama tu...Mama seafood tu alehaiiii mesti sedap. Tak tahu pula Tropicana City Mall dah tukar nama. Lama dah tak pergi area sana...

    BalasPadam
  7. Owh baru tahu Tropicana City Mall dah rebranding. Tahun lepas selalu jugak lepak sana. Restoren ni baru kan, sebab sebelum ni pergi macam tak perasan jer. Unik sungguh la menu makanan kat sini. Nak kena try ni nanti

    BalasPadam
  8. adududu sedapnyer menu2 ni semua..harga pun oknot bad..taapi jauh la pulakkkk

    BalasPadam
  9. Hehehehe..BC dh makan jgk kt sana...super sedap!!...xtipu!!...nk p makan lagi nanti nk bwk family plak...

    BalasPadam
  10. masa ni tengok entri madi, memang mengundang sokmo la,haha.. Then onie pun baru tahu Jim Jum tu makanan Tradisional Thailand. Dah jom makan lagi awak :D

    BalasPadam
  11. Melampau..melampau ..melampau sedap hidangan restoran Baan ni.. hadoi tak tahan tengok gambar-gambar makanan ni tau! ishh ishh kena cuba makan dekat situ nanti

    BalasPadam
  12. Nang kai tod tu nampak sedapnya wak hehehe ni ke event yg awak kata aritu? Yg awak tak ajak kte tu? Eh! Hahahhaah..

    BalasPadam
  13. Another concept makanan yang Rawlins tak pernah try lagi. Macam best kan - dapat makanan nan segar dan dimasak ikut kesukaan memasing ye tak. Dah terliur dah pepagi tengok makanan kat sini.

    BalasPadam
  14. kemain menu thai ni, tpai i teruja lah tengok dia punya periuk tanah tu... rasa macam nak beli je sebab mesti sedap kalau masak tomyam dalam periuk tanah... makanan thai memang tak pernah mengecewakan I, dorang lepas bahan apa eh nak bagi rasa sedap sedap lemak pedas dorang ugh kena belajar ni ! makan sekali sekala okeylah kalau makan hari hari tak mampu sis thanks for sharing !

    BalasPadam
  15. Jahat jahat...!! Semua nampak sedap! Kenapa laaaa kita selalu tergoda dengan gambar awak. Huhuuu...
    Kalau lah ada sayap, sekarang kita dah terbang ke sana. Btw restaurant dan konsep nya menarik.

    BalasPadam
  16. Bestnya !! Teringat2 sup jim jum yang sedap itu. Serious mmg sedap sangat. First time rasa dan terus jatuh cinta. Yg penting ia Muslim friendly dan tiada MSG. Nanti nak singgah lagi. Jom Maha !

    BalasPadam
  17. Saya rasa saya macam pernah nampak lar restoren ni, tapi taklah terfikir nak masuk. Wow...rupa-rupanya makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Goong Cher Nam Pla nampak sangat cantik, macam art lar. :D

    BalasPadam
  18. alaaa Maha.. kenapa tunjuk entry ni time perut wawa lapo.. hahaha... kedai baru ke ni... wahhh owner dia ni muslim ke? ni yang tak teragak2 nak makan kt sini kan... tgok menu dia mak aii selera betul laa..

    BalasPadam
  19. Ingatkan Jim Jim Jum ni macam Dim sum. lain rupanya. first time dengan nama menu ni. Nampak sedap semua bila MahaMahu review.

    BalasPadam