Bufet Masakan Padang Di Melting Port Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kali ni kita makan lagi masakan dari negara jiran Indonesia yang dibawakan khas oleh Hotel Concorde Kuala Lumpur. Melting Port Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga  30 November 2018 ini. Semua hidangan ini disediakan oleh Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik.

hover_share

Maha suka dan selalu datang makan kat sini kerana makanan mereka memang rasa sangat original dan memang sedap. Bukan sebab ia disediakan hotel tapi ia disediakan dengan cara sebenar bagaimana makanan ini berasal. Masakan Padang ini adalah antara makanan terkenal di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Semua orang tahu kalau masakan Padang ini mesti popular dengan kepekatan santan dan juga kepedasan cilinya.


Jadi kalau korang nak datang makan tengah hari kat sini memang sangat berbaloi dengan masakan yang banyak. Di antara hidangan wajib masakan Padang adalah Ayam Pop iaitu ayam kampung yang digoreng dengen rempah istimewa. Kemudian Dendeng atau juga daging yang dipotong nipis dan dimasak dengan cili hijau pedas. Cumi Berlado iaitu sotong yang digoreng dengan cili pedas mereka. 




Selain itu juga korang kena cuba Sambal Udang Petai, Kalio Ayam, Sup Tulang Rusuk, Gulai Jariang Pucuk Ubi, Taruang Balado dan Gulai Sayur Kapau. Bagi Maha semua ini memang rasa sangat pure yang tak terkata enaknya dan cukup kesedapannya. Korang kena datang cuba sendiri baru tahu. 







Makanan pembuka selera daripada masakan Padang ini pun ada juga seperti Lotek ini kalau korang tengok macam Gado-Gado tapi ia ada mee kuning dan juga kuah kacang yang ada rasa pedas-pedas. Sedap tau kalau makan macam tu memang best. Ada juga sayur Sambal Lado Buncis, Anyang Pucuk Paku, Uwok Pucuk Ubi dan banyak lagi.





Selepas makan mesti nak ada pencuci mulut betul tak jadi dalam bufet Masakan Padang pun ada beberapa pencuci mulut yang popular seperti Kolak Pisang dan Badak Berendam. Maha suka kedua-dua pencuci mulut ini memang sedap tak manis sangat dan berlemak sangat. Menu lain juga turut ada dalam bufet kat sini jadi tak hanya makanan Padang mungkin ada yang kurang makan pedas boleh makan menu lain yang western, mahupun bahagian mee.




Sambil Maha makan hati tu ada persembahan dari Kumpulan Begema 5 yang memang setiap hari akan buat persembahan untuk tetamu yang datang makan kat kafe ini jadi tak bosan seronok. Boleh request nak mereka nyanyikan lagu apa tau best. Harga bufet untuk hidangan Masakan Padang kali ini sangat berbaloi hanya RM110.00 bersih untuk seorang. Korang boleh makan semua hidangan bufet yang ada dan boleh tambah berapa banyak nak. Jadi jangan lupa untuk cuba makan kat sini ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi : 03-2717 2233








Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. fuhh banyaknya variasi masakan padang kat situ yea! bila tengok dari gambar2 dan description nya tu adoii semuanya nampak sedap2 belaka dan teringin pulak nak rasa, hehe. even qeela tak makan pedas tapi still nampak menyelerakan lah semua lauk pauk tu 😃

    BalasPadam
  2. Hotel concorde, besar juga ye tempat dia..ya ampun makanan close up tu buat air liur menjejeh je..sedap-sedap semuanya walau tengok gamabr je..hahaa

    BalasPadam
  3. Ulam.
    Sayur.
    Sedanya....
    Dessert yummy yummy.
    Aida kalau dtg sini, dating dgn asben la kot, Maha :-)
    Anak2 tinggal. Baru puas nak makan ha ha ha...

    BalasPadam
  4. Perghh..buka je tengok gambar makanan terus jadi lapar lah..ni kalau nak makan kat sini kena perlu kosong betul2 nie baru boleh rasa semua jenis masakan yang ada kat sini kan.Sambil makan sambil dengar lagu pula tu..memang nikmatlah

    BalasPadam
  5. Tengok Maha punye gambar, sure nampak semua makanan jadi sedap tau. Banyak jugka pilihan makanan dia kan. Yang nampak paling best tu sambal hijau tu hehehe

    BalasPadam
  6. Aduh gmbr gmbr makanan ni mengundang betul. Saya mmg suka makanan minang wak. Rindu nk makan. Rasa nk kene try ni. Jom awak repeat ke sini . hehehe

    BalasPadam
  7. Gulai Jariang Pucuk Ubi, Taruang Balado tu memang dah bunyi Minang kan..dah favorite akak la lauk pauk gitu

    BalasPadam
  8. Sedapnya lahai..kita dah la memang pnggemar masakan padang n minang ni..adudu..sedapnya..berkeroncong perut malam2 ni

    BalasPadam
  9. Aduyai.. . Kejam sungguh gambar -gambar Madi ni. Masakan padang antara masakan favorite Nina. Kuah gulai dan sup dia memang sedap. Boleh laaaa Madi belanja kita makan kat Concorde hotel eh.. Hehee

    BalasPadam
  10. Kalau makanan Indonesia, masakan Padang memang saya suka. Tambah pula rasa dan masakan yang hampir sama dengan citarasa Malaysia. Nampak gambar makanannya semua cantik dan buat air liur meleleh. Nak cuba menu yang rare yang belum penah dicuba lagi. Nicee

    BalasPadam
  11. Banyaknyaaa pilihan menu.
    Ni bukan tak tahu nak makan apa.
    Tapi tak tahu nak pilih, nak makan yang mana. Hehe
    Silap silap kena ambik semua sikit sikit then rasa.
    Kita tertarik dengan dessert. Ntah kenapa la. Rasa macam nyumm nyummm jeee.. Hehe

    BalasPadam
  12. Menu masakan oadang memnag sedap sedap. Memnag tak dinafikan tengok gambar maha kat entry ni pun bikin perut lapar terus

    BalasPadam
  13. Tak pernah ajak Rawlins pun makan kat sini. Tapi menu dia memang nampak lazat dan sedap. Please ajak Rawlins next time ye

    BalasPadam
  14. nampak sedap betul menu2 di sini. rasa rugi pulak tak dapat nak join masa tu. kita exam wakk masa tu. okay nangis T___T

    baru haritu makan masakan minang, now padang pulak. ada beza banyak ke Maha kedua2 jenis masakan nie ?
    anyway, pengat pisang tu nampak pekat dan sedap betul yer. rasa teringin nak cuba

    BalasPadam
  15. The food looks really good, I'm so hungry just by looking at it, I can see myself enjoying it.

    BalasPadam
  16. Ya Allah... makanan darah daging ni.. terus teringat makanan arwah nenek liez.. mmg sedap makanan padang ni..dapat dendeng pun dah sedap...

    BalasPadam
  17. Ya Allah lapar betul perut ni . Makanan minang banyak guna cili padi ... Masa mak kita kerja kat Singapore mak pun ade cerita dia selalu masak macam makanan diatas .. Tapi kan MM pernah rase rendang daging padang tak?? .. Rendang daging dia berbeza dengan rendang kerisik ... Rendang dia ade kuah . Makan dengan burasak pun sedap

    BalasPadam
  18. orang malaysia suka sangat masakan padang. mungkin sebab citarasa yang sama. lagi2 kalau rasa yang pure dari indonesia.. saya suka ikan keli dan ayam goreng tu

    BalasPadam
  19. Wah!! Sedapnya.. lapar AM bila tgk menu masakan padang nie.. terutama masak lemak cili padi.. uisshhh.. xleh tahan godaan kalu tgk menu menarik camni.. diet confirm ke lautttt..

    BalasPadam