Ayam Goreng,

6 Menu Baharu Terhebat Daripada Texas Chicken

Selasa, November 13, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha selalu kalau nak makan bubur mesti time tu mencari-cari lokasi yang ada jual kerana tak semua kedai makan sediakan menu bubur. Tak adalah nak bubur berlauk macam yang popular kat Kampung Baru tu. Cukup sekadar bubur nasi ada daging ayam dalamnya bersama dengan sayur diatasnya.



Tapi sekarang ni Maha dah tahu kat mana nak menikmati hidangan bubur paling mudah dan cepat kat Texas Chicken lah. Kat sini ada Chicken Porridge iaitu bubur hangat dengan potongan isi ayam yang lembut, dihiasi dengan minyak bijan, daun bawang, bawang goreng rangup dan cili yang dihiris nipis. Nampak simple tapi cukup menyelerakan tambah-tambah kalau time selera tak berapa nak ada akibat sakit hidangan bubur sangat sesuai.

Chicken Porridge


Kalau nak cuba bubur yang lain pun kat sini pun ada iaitu Spicy Thai Porridge. Bubur ini kata orang agak sedikit pedas. Maha tak sempat rasa lagi sebab hari tu rasa yang bubur ayam tu jer. Sama juga mengandungi bubur panas dengan potongan ayam lembut, cuma dihiasi dengan parutan kentang berperisa Tom Yum kat atas bubur tu nak tahu kena korang kena order Maha tak order tu hehehe.


Hari tu Maha makan bubur ayam tu bersama dengan satu lagi menu baru kat Texas Chicken iaitu Spicy Korean Rice Bowl. Hidangan ini adalah daging ayam yang dipotong dan goreng rangup dituang dengan sos manis dan pedas serta taburan bijan. Kat atasnya pula ada potongan tomato dan juga lettuce segar bersama dengan nasi beras wangi kat bawahnya. Walaupun ada nasi dah tapi tetap sedap makan dengan bubur hehehe. Cuma bagi Maha sos Korean ini sangat pedas dan tak bagi Maha susah nak habis walaupun satu mangkuk jer.

Spicy Korean Rice Bowl


Menu rice bowl ni ada satu lagi bergunya yang datang dari Jepun sebab tu namanya Japanese Roasted Sesame Rice Bowl. Tadi Korea ni terbang ke negara jiran mereka Jepun dan menu ini mengandungi daging ayam yang dipotong dan goreng rangup bersama dengan sos istimewa dan dihiaskan juga dengan potongan tomato dan lettuce segar bersama dengan nasi beras wangi kat bawahnya. Ini pun Maha tak sempat nak rasa cuma tengok promosi yang ada kat kaunter jer, sambil tunggu order sampai baca menu baru ni.

Japanese Mash Bowl


Ada dua lagi menu baru yang tengah promosi kat Texas Chicken sekarang ini iaitu Japanese Mash Bowl dan Spicy Korean Mash Bowl. Ini unik sikit sebab selalunya kita makan kentang putar dengan sosnyakan tapi ini ada sekali dengan daging ayam yang dipotong. Kalau Jepun punya tu ada rasa yang unik pada sos kentang tu mungkin korang akan rasa sesuatu yang baru, manakala yang Korea tu pula macam tadi sos pedas dan manis bersama taburan bijan.


Rupanya promosi enam menu baru ini hanya untuk masa terhad sahaja tak tahu sampai bila selagi stock masih ada kot. Manakala harga pula dari RM3.80 hingga RM5.80 semangkuk dan harga berbeza mengikut restoran kalau makan kat atas Genting Highland lain tau. Bagi Maha ok lah berbaloi juga makan kalau nak rasa kenyang kena ambil 3 set macam yang Maha makan ni. Kalau bawa anak-anak pun rasa sesuai sebab tak terlalu besar sangat dan boleh habis kalau semangkuk untuk seorang. Cepat korang kena cuba ia sangat menarik dan tiada kat tempat lain hanya cawangan Texas Chicken seluruh Malaysia jer. Selamat mencuba semua ok.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini layari laman web atau ikuti laman sosial Texas Chicken Malaysia







17 ulasan:

  1. oh dear.. after seeing this post... Racheal terus buka boost nak order deliveryeats.. hahaha adoi.. craving pula now!

    BalasPadam
  2. Nampak bubur tu teringat ingat bubur ayam....err err.....Tak pernah lagi makan kat sini. Maybe satu hari leh try apa yg sedap kat sini.

    BalasPadam
  3. iena suka semua yg korean spicy..paling suka yg mash spicy korean mash bowl

    BalasPadam
  4. wownya menu baru dia ni wak..pulak-pulak porridge tu..leh makan ngan sambal hitam pahang..wakakakaka..

    BalasPadam
  5. syok nya dapat makan menu terbaru dari texas chicken... looks yummy and delicious... gonna go and try it out..

    BalasPadam
  6. wah kelas ada yang jimat! sedapnya kalau dapt ni sebab memang fav! tapi macam sama je dengan satu jenama itu hahaha

    BalasPadam
  7. Amboi sedapnye tengok gambar maha makan. Tempting nak try. Harga pun boleh tahan murahnye. Pantang pun dah habis ni hahahha

    BalasPadam
  8. Nampk sedap giler!!!! Ingat nak try makan la bubur kat sini. Bawa yara mmg excited sbb dia pencinta bubur yg tegar

    BalasPadam
  9. kejammmmm.... dah la favourite kita bubur..saje je tau..after habis battle nnt liez nak cuba jugak bubur texas chicken ni..banyak pilihan pulak

    BalasPadam
  10. TexAS chicken ni makin lama makin banyak menu baru, bubur dia pun nampak macam macam ala bubur ayam bubur ayam mcd. yang ayam ketol ketol tu macam ala-ala kfc lak dah... hmmph... macam bowsan pula fast food lebeh kurang je rega style fast food lain....

    BalasPadam
  11. The Japanese Mash Bowl looks super good, I guess I'll be having Texas Chicken today for lunch

    BalasPadam
  12. Texas is my favorite GO TO everytime i am at midvalley - perhaps will need to try more of the other choices.

    BalasPadam
  13. Aduh2 bubur nasi is my fav laaa.. Tengahari ni nk keluar cari chic texas la harga pun tak mahal kikikk

    BalasPadam
  14. Lapar la bila tgk menu texas chicken.. betul2 mggoda tgk bubur nasi tue.. bila Maha nak belanja AM mkn texas chicken.. hehehe..

    BalasPadam
  15. wowww ada bubur sekali ye kat texas ni macam best jee. dah lama x makan kat texas chicken ni.. ada macam2 boleh try ni.. syoknya

    BalasPadam
  16. Kak pernah beli at an kat Texas ni,depan umah jer

    BalasPadam
  17. Promosi terhad kan ni.. so, sape nak rasa kena cepat. Kang abis dah promosi

    BalasPadam