Jelajah Australia Melalui Makan Malam BBQ Buffet Di The Federal International Hotels Kuala Lumpur

7:00 PG Maha Mahu 23 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa pernah pergi negara Australia sila angkat tangan. Maha sendiri secara peribadi tidak pernah sampai ke sana dan memang ada rasa teringin nak berjalan dan bercuti ker sana. Tapi masih tak kesampaian hehehe. Tak apalah tak dapat pergi becuti ke Australia dapat menikmati makanan Australia pun dah ok.



Sempena dengan Discover Australia - A Taste of Australia yang diadakan di Kontiki Restaurant The Federal International Hotels Kuala Lumpur (FIH)  bermula 13-29 Julai 2018 seluruh rakyat Malaysia boleh nikmati juadah istimewa daripada negara tersebut. Kali ini kerjasama antara Grace Hotel Sydney, Suruhanjaya Tinggi Australia, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat & Livestock Australia serta Citibank. 


Sebab tak dapat pergi sana Maha pergi makan kat sini jer untuk nikmati sendiri makanan yang disediakan oleh dua orang Chef yang diterbangkan khas untuk menyediakan makan malam ini iaitu Chef Darren Ho dan juga Chef Tang Hou Chin. Jadi memang korang yang nikmati makan malam kat sini dapat nikmati semua hidangan yang dimasak dengan cara sebenar dari negara tersebut.






Keutamaan kepada bufet makana malam kat sini adalah BBQ yang mempunyai pelbagai pilihan protein yang dimasak menggunakan rempah istimewa. Korang boleh cuba Rack of Lamb yang diasinkan dengan Rosemary & Bawang putih, Tulang Rusuk pendek dengan pernis BBQ smokey, Rump Steak dengan Bawang Devilled; Sosis Gourmet dengan Tomat & Jam Chilli. Ayam Kebab dengan Lemongrass, Halia & Bawang Putih dan Salmon Grill







Selain itu juga Australia begitu popular dengan makanan laut yang segar dan pelbagai jenis. Dibawakan kepada pecinta makanan di Malaysia dengan makanan laut seperti Oyster, Ketam, Udang, Udang Lipan, Kepah dan banyak lagi. Korang boleh makan dengan cara BBQ atau juga boleh dimakan menggunakan sos yang disediakan. Kebanyakan makanan laut ini dibawa dari New South Wales Australia iaitu bandar seperti Sydney dan Canberra.





Walaupun Maha tak pernah pergi tapi tahu jugalah sikit-sikit tempat menarik kat Autralia. Kalau masakan berasaskan BBQ pula populat di Western Australia seperti Perth. Masa korang datang tu korang boleh tengok sendiri chef menyediakan Crepe istimewa yang sangat lembut dan perlu makan bersama krim dan juga buah-buahan segar diatasnya. Sangat lembut dan sedap itu Maha paling suka tapi kena makan panas-panas baru syok.


Kemudian makanan lain seperti salad dan juga sayur segar juga turut banyak disediakan di sini seperti Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives, BBQ Corn on the cob with maple syrup & parsley butter, bakul pelbagai roti termasuk Garlic Bread, Chunky chips with nori salt, Salad bar dengan coleslaw, roasted beetroot, English Spinach, feta & candied walnuts, garden salads, caprese salad dan salad kentang.






Pencuci mulut pula korang mesti tak lepas dengan Pavlova, Puding Caramel dan banyak lagi manisan yang enak dan menyelerakan. Kalau korang nak tahu harga untuk bufet makan malam istimewa ini hanya RM148.00 nett untuk dewasa, RM74.00 nett bagi warga emas dan RM55.00 nett untuk kanak-kanak. Kepada members Gracious Rewards & FHI Privilage Club pula akan dapat diskaun 30% lagi. Juga pemegang kad Citibank akan dapat 25% diskaun juga.





Bufet makana malam ini hanya ada pada hujung minggu sahaja tau iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Kalau hari lain korang akan dapat nikmati bufet biasa. Jadi hujung minggu ni korang boleh lah booking untuk bawa keluarga atau rakan-rakan cuba makanan Australia. Juga korang yang makan kat sini berpeluang untuk menang percutian 3 hari 2 malam dekat Grace Hotel Sydney serta hadiah-hadiah menarik yang lain. Jadi tunggu apa lagi cepat selagi promosi masih ada. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603-2148 0468
Laman web : www.fhihotels.com

Harga :
RM148.00 nett untuk dewasa
RM74.00 nett bagi warga emas
RM55.00 nett untuk kanak-kanak







Anda juga suka post ini...

23 ulasan:

  1. Memang sedap dan seafood nya pun segar-segar

    BalasPadam
  2. wah.. tak payah terbang pun boleh 'pergi' australia makan makanan yang sangat sedap... yummy! seafood nampak segar!

    BalasPadam
  3. sedapnya semua menu dia ! gambar makanan pun cantik je semua. rasa terliur tengok. airah dah la memang peminat seafood

    BalasPadam
  4. Terliur tengok pavlova dan makanan laut tu. Udang lipan tu tak pernah makan. Sedap ke makanan australia ni? Saya gi Australia masak makanan sendiri. Hehe. Takpun makan kebab. So tak tau la masakan negara mereka.

    BalasPadam
  5. Aussie sebenarnya dia famous dengan seafood. Tapi tgk hidangan yg ditawarkan semua nampk menarik dan sedap... uiksss

    BalasPadam
  6. Omg. you photography is just too tempting and I am now hungry. Well, the price is quite reasonable. Gonna add this place to my list of places to celebrate my sister's birthday. Thanks

    BalasPadam
  7. Rindu sangatlah the lamb rack there... Sedap and memang can't forgwt the juicy texture. Wanna go back there makan again!

    BalasPadam
  8. Wahhhhh sedap sedap menu dia. Teringat rancangan my kitchen rules. Hope one day dapat ke sana merasai sendiri makanan mereka

    BalasPadam
  9. Gambar2 ni dah menghantui mind lia sebab semua nampak sedap Dan menyelerakan je .Lamb + seafood tu lazat lah. Nak pergi kl skrg lah .

    BalasPadam
  10. ya ampun..sedapnya tengok gamabr ni..ahhahaa..tak pernah rasa lagi makan mentah-mentah tu..nampak sedap je..mengiurkan..bolehla nanti kalau nak pergi..ke sini..sambut birthday , anniversary ke

    BalasPadam
  11. Nyesal wei tak pergi hari tu, kalau tak sure sis dah menjelajah Australia dengan Mahamahu..:D.
    Nampak makanan diorg sedap2, nanti bolehlah try makan kat sana

    BalasPadam
  12. Bestnya makan di Kontiki! Dah lama tak makan kat sana. Entah bila boleh pergi makan lagi sebab dah pindah ke Terengganu ni..hurm..

    BalasPadam
  13. Terkecoh abby selintas baca judulx nih, kirain traveling jelajah Australia heheee... ternyata jelajah lewat makanan ya. Good idea.

    Btw rasa Australia bisa nih via food ala Australia di Federal International Hotels.

    BalasPadam
  14. Meleleh air liur tengok menu-menu yang ada. My favorites definitely lamb and seafood. Looks so yummeh! Rugi rasa tak dapat join merasai sendiri Australia Food. Meriah betul tengok

    BalasPadam
  15. Maha ada try dia punya crepe tak haritu? Emi suka gila dia punya crepe, sedappp! Siap bertambah 2 kali, hehe. Menu2 lain pun tak kurang best. Udang dia segar2.

    BalasPadam
  16. Omg sedapynye the food looks so mouthwatering must have been really good, if there's a chance I would try it out.

    BalasPadam
  17. alamak.. kalau pi blog maha tak sah nak meleleh air liur tengok gambar-gambar dia... jahat betul maha ni.. buat TB lapo je.. hahahahha.. by the way.. nak komen semua dalam gambar tu nampak lazat sangat.. ada kambing.. ada dessert.. fuh ada baclava tuu.. nyum2.. sdapnya ..

    BalasPadam
  18. Ala. ...baca blog Maha mesti up pasal makanan. Rambang mata tengok semua seafood. Kepala otak dah duk bayang macam macam masakan dengan seafood nih

    BalasPadam
  19. Nak tey la makan kat Federal Hotel..mana tau kot boleh menang kan..dpt pergi Sydney..hehe

    BalasPadam
  20. OMG ! Pavlova tu nampak sedaaappp nya, mmg sy suka sgt dessert ni. Ada beza ke cara masakan Chef Australia ni? Terliuh nampak grilled daging tu!

    BalasPadam
  21. Ya ampun, tergodanya kita tengok gambar madi haaaaa! gambar tak pernah tak letoppppppppp. Onie pun suka makanan barat. Tekak barat gamaknya, haaa tepuk! hahaha

    BalasPadam
  22. Pepagi tengok blog MM memang menyebabkan terliur non-stop tau. Bila MM nak belanja Rawlins makan nie?

    BalasPadam