Crispy Jo Inspirasi Dari Rendang Ayam Viral Satu Keunikan Di Symphony By Chef Jo

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ada lagi isu pasal Rendang Ayam yang tidak rangup hangat diperkatakan, baru-baru ini pula juri program Masterchef UK itu mengubah kenyataan kepada tidak masak dan tidak boleh dimakan. Biasalah orang kalau dah salah macam-macam cara dibuat untuk tegakkan benang yang basah.



Setelah teruk dikritik dan diperkatakan tentang isu Crispy Chicken Rendang ini maka juri Masterchef Malaysia pula tampil dengan masakan yang tular ini. Restoran Symphony by Chef Jo baru-baru ini telah mengeluarkan satu hidangan dengan nama Crispy Jo yang berinspirasi kepada isu ini.

Crispy Jo

Maha hari tu berkesempatan untuk mengunjungi restoran istimewa ini untuk menikmati sendiri menu baru tersebut. Melalui apa yang Maha rasa dan makan ia adalah satu hidangan yang tidak merubah sebarang rasa asal masakan itu cuma ditambah menjadi lebih rangup dengan cara tersendiri daripada chef profesional.


Bila Maha rasa menu Crispy Jo ini memang dapat rasa rendang pada bahagian isi ayam dan juga pada bahagian kulit rangup setelah digoreng. Adalah cara yang dilakukan oleh chef tu untuk mengekalkan rasa itu Maha tak sempat nak belajar tapi dah rasa memang sangat lazat dan rangup.


Menu ini hanya untuk masa terhad ini sahaja tak silap hingga hujung minggu ini. Jadi kalau korang rasa nak cuba ayam rendang rangup yang sebenar apa dikatakan oleh juri Masterchef UK tu boleh datang ker sini. Dalam satu set hidangan tu ada kuah rendang dan tartar sebagai sos untuk dimakan bersama ayam tu. Juga ada Ubi Keledek yang dijadikan seperti fries rangup untuk melengkapi hidangan ini.



Puas hati kalau korang datang makan sini walaupun nampak sahaja restoran ini exclusive tapi masih mampu untuk dinikmati oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia. Maha tertarik dengan konsep restoran ini iaitu gabungan moden dan klasik yang menaikan semangat serta selera untuk makan.

Grilled Steak in Bread Bowl with Meltique Beef Ribeye Steak

Selain daripada menu yang istimewa Crispy Jo tu ada lagi beberapa menu lain yang boleh korang nikmati setiap masa. Paling best yang Maha dah cuba adalah menu terbaru iaitu Grilled Steak in Bread Bowl with Meltique Beef Ribeye Steak. Panjangkan nama menu ni dan memang unik cara penyediaannya. Kalau order ni akan datang dengan cheese yang cair dan akan dituang atas daging tadi bagi memberikan rasa lebih lemak.

POUSSIN FUME

Ini menu terbaru, Maha antara orang pertama yang dapat cuba kalau korang nak kena datang sini. Selain tu ada juga korang kena cuba POUSSIN FUME iaitu menu ayam panggan diasapkan untuk memberi rasa yang lebih aromatik bersama herba istimewa. Ini memang unik dan menarik tak ada kat tempat lain hanya kat restoran ini sahaja. Daging ayam lembut datang pula bersama sos tartar atau sos chimichurri lagi enak.

Asari Clam "Pindang" Pasta

Lepas tu masakan yang modern di tradisikan menjadi seperti masak kalau orang kita panggil masak Singgang tapi menu ini diberi nama  Asari Clam "Pindang" Pasta. Korang dapat rasa pasta ini berkuah seperti kuah singgang dan juga ada lala didalamnya yang banyak. Puas sangat makan dan dapat rasa selera kampung sangat.

Musang King Gelato

Tu baru menu utama kalau datang tak sah kalau tak cuba juga pencuci mulut istimewa di sini iaitu Musang King Gelato dan juga Jack Pavlova. Gelato tu memang mereka buat sendiri resipi sendiri dari chef menggunakan isi Durian yang asli. Bila makan sambil pejam mata seperti makan buah Durian sebenar dan ia bukan aiskrim yer. 

Jack Pavlova

Kemudian Jack Pavlova ini adalah yang pertama Maha jumpa kerana sebelum ini orang letak buah-buah import tapi di sini mereka menggunakan buah tempatan iaitu Nangka bagi memberi kelainan dalam pencuci mulut ini. Tak terlalu manis kerana kita dapat rasa manis dari buah Nangka tersebut.

Nitro Coffee

Watermelon Peach Mocktail

Kalau makan kena ada minuman dah masa Maha datang tu kami dihidangkan dengan 3 jenis minuman istimewa iaitu Nitro Coffee, Watermelon Peach Mocktail dan Rooibos Tea. Maha paling suka mocktail tu memang istimewa disediakan dalam bekas yang boleh goncang dan juga minum sejuk-sejuk sangat segar. 

Rooibos Tea

Roibos Tea pula adalah minuman teh herba yang dapat memberi kesegaran kepada perut yang kenyang. Tak sama macam Chinese Tea yang selalu kita minum ini lebih ringan dan lebih sedap minum tanpa gula. Best satu pengalaman baru bila datang makan kat restoran macam ni selain daripada makanan yang sedap kita juga boleh dapat cara penyediaan makanan yang unik dan menarik.


Maha cerita panjang lebar pun mesti korang tak percaya tapi nak tahu memang kena datang sendiri cuba makan kat sini. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan dapat makan di restoran milik chef yang berpengalaman luar negara ini. Chef Jo kalau tak ada apa-apa event beliau akan ada sentiasa di restoran ini dah boleh berjumpa, bergambar atau beramah mesra bersama chef.


Maha juga sempat juga cuba satu minuman daripada jus anggur yang diimport luar negara. Nampak botol macam sesuatukan tapi ia adalah minuman yang Halal dan memberi satu rasa yang luar biasa. Nak datang restoran Symphony by Chef Jo ini dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dan Ahad tutup. Operasi pulak dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00 malam. Selamat mencuba semua ok.

Maklumat lanjut dan promosi layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Nampak bestnya masakan chef jo.. dah rasa lapar.. nak makan ni.. yummy and delicious!

    BalasPadam
  2. Wahh, memang exclusive habis. Nak tahu, harga crispy rendang tu berapa? Kalau ok boleh pegi nanti.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap semua makanan yang Chef Jo buat ni. Crispy jo dan grilled steak nampak sedap sangat..mcm terasa terasa di tekak

    BalasPadam
  4. Wah semua nampak menyelerakan. Asyik twist word je kan kalau dah salah. Mengaku jela. Hikmahnya satu donia tahu what is rendang actually.

    BalasPadam
  5. Maha!!!!amboiii..best betul la dapat peluang pi restoran chef jo ni...jeles hakak...semua makanan tu nampak sedap la..nanti nak pi terjah la...

    BalasPadam
  6. Bestnya dapat makan makanan dari chef terkenal ni.hebatkan dia,semua makanan yang dihasilkan semuanya idea dari dia yang unik sangat dimata saya

    BalasPadam
  7. Fuhh!! Memang nampak menggiurkan betul! Cukup menarik! Pandai gunakan strategi rendang ayam crispy tu ya. Tapi buat teringin jugak untuk merasa. Kena cuba juga ni!

    BalasPadam
  8. crispy jo ? I tengok macam ayam goreng bercrispy je.. tapi disebabkan viral ramai dah chef mencuba menu rendang ayam berkrispy hahahaha... adush... tapi kalau rendang still i prefer lembut je.. apa pun teringin nak cuba resepi chef jo ni :)

    BalasPadam
  9. Duh.... foto foto di blog ini mengundang selera makan saya. Ayam crispy tp rasanya ayam rendang yak. Pasti nikmat nih

    BalasPadam
  10. MasyaAllah menyesal terjah sini tau...ish ish Maha ni, serius ckp AR xtau citer yg ayam rendang crispy tu. Betul2 ada la menu tu ye. chef jo boleh buat tanpa menjejas kan rasa rendang tu. hehe

    BalasPadam
  11. Walawey bang..ayam crispy tu nampak rangup gila.steak pun nampak sedap gila. Tak pernah lagi ke rest.Chef Jo ni..teringin gak nak bergambar dgn masterchef ni..

    BalasPadam
  12. Pandai chef jo terus buat resepi ni. Dah Alang-alang viral rendang crispy. Resepi fusion camni baru la syok makan. Kalau kak zaleha buat resepi ni confirm tak tersingkir. Hahaha.

    Suka tengok chef jo masak hari tu. Rileks je. Tapi presentation food dia amazing. Maha bleh belajar. Soon buka restoran. Hehe

    BalasPadam
  13. asalnya, rendang is rendang la kan. no crispy.
    but, bila da viral, chef jo takkan nak dok diam.
    dgn kebijaksanaan dia, otai dlm dapur, hah jadik jugak ekk ayam rendang crispy.
    hmmm pasti sedap ni.
    tgk gambo food yg lain pun, yummy!

    BalasPadam
  14. Bestnya Maha pengalaman mcm nke. Makanan2 nmpk sedap dn eksklusif. Yes, botol tu nmpk sesuatu sgt tp yakin ianya bukan itu. Nak try juga lh mkn di sini

    BalasPadam
  15. Ish kau ni, asyik share gambar makan best je. Jeles aku tengok tau. Nak juga makan macam kau.

    Tapi betul sedap ke rendang crispy tu?

    BalasPadam
  16. Cantiknya gambar2 yang maha ambil.. rasa macam nak sorok je DSLR bro nie... Tapi sampai la nie, nak tengok macam mana rendang crispy yang dia maksudkan tue

    BalasPadam
  17. Pandai chef Jo ni promokan benda yang dah viral..hehehe. Harap sedap le rendang crispy tu kan

    BalasPadam
  18. YaAllah Maha. Memang sengaja buat kita lapar kan. Mencik la cam ni. Nak kena p cari la camni

    BalasPadam
  19. Tak ajak pun try makan rendang ayam crispy tu. Mesti lazat kan dan sangat berbeza ye tak?

    BalasPadam