Crispy Chicken Rendang Memang Wujud Juri Masterchef Malaysia Tunjukkan Resipi

11:08 PTG Maha Mahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Minggu ni kecoh pasal isu Crispy Chicken Rendang hampir kat semua sosial media ada dan menjadi tular. Maha cuma tahu resipi Rendang Tok jer kalau korang nak cuba bolehlah. Maha mula-mula tak tahu isu ini tapi bila selalu naik kat timeline Facebook dan twitter tu tengok-tengok juga apa kesnya.


Sebenarnya ia bermula apabila seorang peserta program realiti Masterchef UK dari Pahang membuat masakan Nasi Lemak dengan Rendang Ayam. Kemudian seorang juri Masterchef UK iaitu Gregg Wallace membuat komen menyatakan rendang ayam yang disediakan tidak rangup.


Ia membuatkan peserta tersebut tersingkir pada minggu itu. Akibatnya ramai netizen dan juga peminat makanan ini diluar sana mengkritik komen yang dibuat oleh chef tersebut. Tidak kurang juga Chef No.1 di Malaysia iaitu Datuk Prof Chef Wan juga mengkritik kenyataan itu dan menyindir juri program tersebut.


Baru-baru in juga ada kenyataan daripada pelbagai pemimpin besar dalam dan luar negara menyatakan pendirian yang sama. Tidak bersetuju dengan komen juri tersebut terhadap hidangan paling disukai rakyat Malaysia. Malah juga turut dihasilkan parodi dan sindiran dilaman sosial syarikat makanan tekemuka di Malaysia.


Namun Juri Masterchef Malaysia iaitu Chef Jo pemilik Restoran Symphony by Chef Jo ini tampil berlainan dengan menyatakan bahawa memang ada resipi Crispy Chicken Rendang. Beliau siap menghasilkan video bagaimana rupa dan cara resipi ini dihasilkan bagi memberi penerangan kepada juri dari program masakan luar negara tersebut.


Korang boleh tengok video berdurasi 3 minit lebih ini menunjukan cara sebenar dan bagaimana rupa Crispy Chicken Rendang. Video ini telah mendapat tontonan lebih daripada 10 ribu orang. Moga juri Masterchef UK yang kekwat tu mengetahui tentang perbezaan Rendang Ayam dan juga Crispy Chicken Rendang ok. 





Anda juga suka post ini...

1 ulasan:

  1. cerita ni serius lawak. Chef tu mungkin belum cukup ilmu..hahah ayam rendang should be crispy?? maybe his version..

    BalasPadam