Sembur Bukan Buang Perfume Anda Tips Penggunaan Minyak Wangi Yang Betul

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang pakai perfume macam mana sembur sebanyak mungkin kat pakaian korang betul tak. Itu bukan pakai ok tapi itu membuang perfume namanya. Ini kerana kesalahan tempat semburan membuatkan minyak wangi anda tidak begitu menyerlah baunya.


Maha sekadar nak kongsikan sahaja hasil daripada pemerhatian dan juga beberapa bacaan yang dibuat. Tapi tak semestinya ia sangat berguna kepada semua orang mungkin lain orang lain pula kesannya betul tak.

Beberapa tips penggunaan minyak wangi yang betul boleh diamalkan :

1) Pastikan badan kita kering daripada mandian sebelum mengenakan minyak wangi.
2) Sembur pada tubuh badan dan bukan pada pakaian ini kerana pakai menghidrat wangian anda dengan cepat.
3) Beberapa lokasi untuk sembur minyak wangi adalah pada bahagian titik nadi seperti pergelangan tangan, tengkok, siku dan belakang lutut.
4) Sembur minyak wangi saja tidak perlu gosok kerana ia akan menghilangkan molekul wangian itu.
5) Jangan gunakan banyak jenis wangian dalam satu masa.

Tu beberapa tips yang Maha rasa semua orang tahu kot. Tapi ada satu yang sangat penting iaitu mengunakan minyak wangi yang Halal kerana senang untuk solat. Jadi nak cari yang halal ni macam mana sangat susah dengan pelbagai produk dari luar negara. Sebab tu Maha sekarang ni menggunakan minyak wangi MoZFemes ini.


Minyak wangi ini dijamin halal dan ia tahan sehingga 8 jam sebab Maha pakai dari pagi sampai petang masih berbau wangi di pejabat. Paling best baunya yang sangat exclusive dan tiada pada pewangi antarabangsa yang lain. So bila pakai orang sebelah akan tegur korang pakai minyak wangi apa tak pernah bau pun wangian ni, ha yang itu bestnya.

MoZFemes ini sekarang ada 3 variasi wangian yang mereka keluarkan. Bagi lelaki boleh guna yang VIP by MoZFemes ini memang sesuai. Ia memberikan bau woody spicy dan juga oriental spicy. Nak tahu kena cuba sendiri lah Maha cite pun susah juga kat sini tapi Maha dan ada satu botol memang guna sendiri.


Dihasilkan dalam 3 saiz yang Maha guna ini adalah 30ml berharga RM70 manakala 10ml harga RM25 dan untuk yang kecil percubaan saiz 5ml harga RM15 jadi beli yang ni dulu untuk percubaan. Bila dah suka nanti korang guna yang besar macam Maha ni.


Bagi orang perempuan pula ada wangian Sweetheart by MozFemes sangat sesuai. Harga dan saiz sama cuma bau sangat lembut untuk wanita bau bunga dan buahan. Ketiga pula mereka ada ZF Miracle by MoZFames ini unisex sapa-sapa boleh pakai. Harga pun boleh tahan untuk botol 50ml harga RM115.


Sebab apa mereka keluarkan dalam bentuk botol kecil ini kerana senang nak bawa mengembara tak perlu bimbang. Juga boleh letak dalam kocek jer atau dalam beg nak guna bila-bila masa. Maha dah dapat satu korang tak nak ker cuba. Boleh dapatkan daripada kawan Maha pengedar perfume ini nama dia Izwan Isa. Contact seperti dibawah ini ok.

Pertanyaan dan tempahan hubungi :-
Whatsapp : 013-404 0045 (http://www.wasap.my/60134040045)




{ 11 comments.. read them below or add one }

Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 07 November, 2017
botol kecil tapi ada tempat penyembur. bestnyaa. bau mesti sedap :D
Bella Jamal Bella Jamal 07 November, 2017
Betul tu tips pakai parfum. Btw, kalau dah selalu pakai, hidung dah jadi lali. Tu yang sembur macam nak habis sebotol. Hahaha. Boleh tahan jugak harganya untuk 50ml.
MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman 07 November, 2017
Walaupun kecil tapi mesti wangiannya best kan?
Amanda Suria Amanda Suria 07 November, 2017
Setuju tips tu maha..minggu ni ramai post pasal perfume..maha x nak bg akak ke perfume tu ha..hehehehe
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 07 November, 2017
Tips yang berguna . Minyak wangi ni ada 2 jenis yang CCL pakai . Satunya botol spray & roll - on . Selalu spray dkt baju je ..kalau roll on baru sapu pada nadi
Wai Yee aka Rane Wai Yee aka Rane 07 November, 2017
I love perfume. this one is so cute and petite. will try it one day
penaberkala nuar penaberkala nuar 07 November, 2017
Cantiknya botol dia. Mesti wangi kan

Biasa sembur di pergelangan tangan dan leher je. Sebab tu perfume lambat habis, haha. Ni pun dah lama tak beli perfume.
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 08 November, 2017
Akk kalau sembur minyak wangi, satu badan akk sembur, org kata mandi perfume gitu...hahaha. Tips yg Maha bg tu mmg betul tapi mmg dah terbiasa sembur bebanyak..:D.
luqman zakaria luqman zakaria 08 November, 2017
Selalu kalau sembut perfume mesti nak gosok2..Lepas nih takleh buat la nanti membazirkan pulak..hehe
Bro Framestone Bro Framestone 08 November, 2017
Dulu zaman muda, dok calit minyak atar je.... sembur2 nie bila dah berkeluarga...
Liez Deariescouple Liez Deariescouple 09 November, 2017
Selamanya ni main bedal je sembur hihihi