3 Perkakasan Dapur Ini Dapat Membantu Suri Rumah Memudahkan Kerja Memasak

9:00 PG Maha Mahu 30 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni semua orang nak mudah dan nak cepat pulak tu nak pantas. Memasak pun dah jadi makin senang dan makin lebih menjimatkan masa. Kalau korang sendiri masak kat rumah kalau boleh barang-barang tu semua dah ada dan senang nak guna betul tak.


Maha sendiri pun kalau masak mesti nak lengkap semua peralatan kena ada baru nak buat kerja tu cepat dan masak lagi mudah. Maha nak bantu ibu-ibu untuk mendapatkan beberapa perkakasan dapur yang wajib ada kat rumah. Kalau tak ada peralatan ni rugi dan buat kerja memasak lebih susah.

1) Quirky Ventu (Colander + Serving Bowl)
Ventu adalah mangkuk pelbagai guna yang membolehkan ibu-ibu membuat persiapan dan menyimpan dalam satu perkakasan elegan. Gunakannya sebagai penapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan daripada pasta, sayur salad, buah dan banyak lagi. Nak guna untuk letak barang pula boleh tutup bahagian bawah mangkuk ni jadi ia terus boleh jadi bekas yang besar dan banyak boleh isi. 


2) Quirky Pluck (Egg Separator)
Perkakasan  untuk mengasingkan kuning telur dari putih telur dengan cara paling cermat dan terbaik. Sangat membantu kepada emak-emak yang nak buat pastry atau kek dirumah. Lepas ni tak comot lah dapur kalau guna peralatan ni Maha dah ada korang tak nak beli ker.


3) Quirky Decorative Muffin Toppers
Yang ini ramai ibu-ibu suka nak beli sebab senang nak membuat muffin kat rumah. Diperbuat daripada silikon yang mudah untuk diurus dan dibentuk. Bila masuk adunan tepung tu dan akan mengembang bentuk bawah dan atas tu akan bentuk mengikut penutup yang ada lebih cantik. Boleh dapat dalam satu set 6 dimensi pula 2 "panjang x 3.5" lebar x 3.5 "kedalaman.


Mana nak beli semua peralatan ini sekarang ni dah mudah sebab boleh beli online di https://dhause.com. Tambah pula sekarang promosi MYCYBERSALE untuk semua produk jualan di dhause diskaun sehingga 90%. Setiap tahun datangnya promosi hebat ni dan pasti korang tak akan lepaskan pembelian hebat inikan.


Satu lagi laman web yang juga turut terlibat dengan promosi MYCYBERSALE ini adalah http://www.myloveearth.com. Satu laman yang menjual produk semulajadi dan bahan organic yang terbaik dari ladang. Korang boleh jumpa macam-macam seperti kekacang, biji, kismis, bumbu kering, rempah dan bahan mentah. Promosi mereka sempena dengan MYCYBERSALE adalah beli 1 percuma 1 untuk produk terpilih.


Harga lagi hebat sempena dengan promosi MYCYBERSALE yang akan berlangsung bermula hari ni 9 Oktober hingga 13 Oktober 2017. Tak sabar nk beli semua item yang ada dalam dua laman web tu Maha dah dapat ibu-ibu bila lagi hehehe Nanti mereka akan umumkan sebarang promosi hebat. Nak tahu lebih lanjut layari https://mycybersale.mdec.com.my sekarang. Selamat membeli-belah semua.







Anda juga suka post ini...

30 ulasan:

  1. nanti ada rumah sendiri nak beli lah perkakasan ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang lah beli sebab tengah promosi sempena dengan MYcybersale ni

      Padam
  2. Balasan
    1. Menarik kan akak saya tahu akak suka yang bekas muffin tu hehehe..

      Padam
  3. Bagi yang minat pastry pasti pengasing telur kuning dan putih itu amat berguna,
    setakat memasak biasa ni pecah dan pukul untuk buat scramble egg budak-budak suka untuk sarapan. Akan cuba visit site dhause tu, manalah tahu ada yang terbekenan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer akak kadang-kadang ibu kat dapur perlu juga nak buat kek harijadi untuk anak-anak sendiri hehehehe..

      Padam
  4. Sis tertarik pulak dengan produk yg asingkan kuning dan putih telur tu. Selalu buat dengan tangan je, kalau dah ada ni senang lah kerja sisi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni selalu buat boleh lah buat kek untuk kita hehehe..

      Padam
  5. Hahaha ruby paling suka yang asingkan telur tu. Kalau dapat telur segar, lagi mudah diasingkan dan tak lekat pun kat tepi-tepi peralatan tu. Hehehe. Harga dia berapa Maha?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga pengasing telur tu RM19.60 jer akak beli cepat..

      Padam
  6. Sis tertarik dengan egg separator dan serving bowl tu..comel..cantik dan bg semangat nak masak selalu..eh..akak mmg masak selalu pun cuma takde bowl yg menarik bila nak amik gambar...bleh la skodeng...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sekodeng sekarang akak sebab harga tengah murah ni best...

      Padam
  7. Sedapnya kalau dapat makan kekacang,kismis semua tu hahaha bestnya cybersales ni!!! nak kena jengah ni kot2 ada barang yang terkenan dihati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes macam-macam kacang ada semua beli 1 percuma 1 tau..

      Padam
  8. Semua peralatan ni best sangat..lagi lah anak sy suka dengan muffin... Memang wajib ada kat rumah ni. Alang2 dah ada sales ni,memang kena beli ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena beli lah sekarang tengah promosi...

      Padam
  9. semuanya kiut miut bekas nya. bekas muffin tu cantik jugak, ina kalo beli buat sample sabun je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe comel sebab bentuk menarik tapi fungsi bagus...

      Padam
  10. Wah seronok ada pekakas dapur, senang nak masak. Maha buat video please. nak tengok macam mana nak guna yang asing telur tu. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak buat video alah asing macam biasa jer hehehehe...

      Padam
  11. memudahkan suri rumah, banyak kebaikannya...terbaik ^^ nnti share lagi yg best ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti tuan beli lah tuk org rumah satu hehehehr

      Padam
  12. Ala comelnya. Nak beli yang asingkan telur tu walaupun tak pernah buat kek hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheheh kita suka juga senang jer nak guna.

      Padam
  13. betul sangat tu maha.. antara barang yang memudahkan urusan mak mak di dapur.. tapi satu pon akak xde..hahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kena beli tengah promosi sekarang ni..

      Padam
  14. suka dgn silicon bekas muffin ni!
    senang keluarkan!
    happy shopping!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekas muffin tu cantik comel kan..

      Padam
  15. serving bowl tu comel ... berapa ye harga u beli satu tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bowl tu RM79.00 selepas sale memang murah sekarang ni..

      Padam