Wonderfood Muzium Makanan Unik Yang Wajib Dikunjungi Di Penang

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Menjejaki muzium makan pertama di Malaysia yang mempamerkan warisan makanan Malaysia. Termasuk kepelbagaian masakan dan makanan tempatan yang menjadi kebanggaan kita.


Kali ni Maha nak bawa korang ker Pulau Pinang untuk masuk ke muzium makanan yang mempamerkan replika maknan yang ada kita tak sangka ada di Malaysia. Wonderfood Museum yang terletak di Lebuh Pantai Georgetown cukup popular dan antara 7 muzium wajib dikunjungi bila korang jalan-jalan ker Penang. 



Muzium ini juga mepamerkan seni membuat replika makanan yang realistik daripada makanan zaman dahulu kala kepada makanan moden yang kita nikmati sekarang. Nak masuk musium ni harga RM 15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak warga Malaysia. Kalau pelancong RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak. Muzium ini buka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. 



Firstime Maha nak jejak kaki kat muzium ini ingat ia satu bangunan yang gah tapi ia adalah diantara deretan kedai tinggalan lama yang bersejarah. Muzium ni ada 3 tingkat dan di bahagikan kepada beberapa bahagian. Masa mula nak masuk tu jer dah teruja kerana ada replika cendol gergasi yang menjadi kebanggaan warga Penang.




Masuk sini jangan lupa bawa kemera kalau yang ada monopod lagi bagus korang boleh ambil gambar sendiri. Kita boleh kenal makanan tradisional Malaysia yang cukup popular dari pelbagai bangsar seperti makanan Melayu, makanan Cina, makanan India, makanan musim perayaan dan macam-macam lagi.





Ada makanan yang dipamerkan bukan setakat atas meja malah kat dinding muzium juga digunakan untuk menjadikan ia begitu interaktif. Ada sesetengah tempat tu kena ambil dengan sudut yang betul baru dapat angle yang cantik untuk bergambar. Suka bahagian trick makanan dimana kita boleh bergambar dengan makan yang sedang jatuh. 



Pastikan korang ambil gambar setiap sudut dalam muzium ini. Part paling menarik adalah makanan bersiaz gergasi yang memang besar 5 kali ganda saiz asal. Ini paling mengujakan boleh tengok ABC, Sate, Asam Laksa, Rojak Buah, Roti Canai dan macam-macam lagi. Ada sesetengah part tu mereka tinggalkan beberapa masej yang menjadi pengajaran kepada kita jadi baca dan hayati. 



Akhir pengembaraan korang jangan lupa untuk ambil gambar dengan patung gelandangan yang dalam keadaan tengah mendapatkan makanan di tepi jalan. Bersyukurlah kita kerana masih banyak makanan dan banyak orang diluar san tiada makanan dan dalam kelaparan. Jadi jangan bazirkan makanan pastikan makan sampai habis. Selamat bercuti semua.











{ 10 comments.. read them below or add one }

I N A  A I N A A I N A A I N A A 07 August, 2017
Nampak macam real! Haishh kenapa la masa pergi penang ritu, tak masuk sini. Stressnyaaa
Maha Mahu Maha Mahu 07 August, 2017
Heheheh tak apa nanti ada masa lagi boleh datang. Kat Penang ada lebih dari 10 muzium yang kita boleh lawati...
adda syuhada adda syuhada 07 August, 2017
replika pun nampak sedap...
Maha Mahu Maha Mahu 07 August, 2017
kannn sedap tu heheheh....
Maha Mahu Maha Mahu 07 August, 2017
nanti dtg penang singgah lah sini ok....
Rahab G Rahab G 07 August, 2017
wah pengen nyicipin makanan itu....sedapp pastinya
salam dari food bl;ogger Indonesia..
Maha Mahu Maha Mahu 08 August, 2017
Jemput datang blogger Indonesia ke Malaysoia salam dari blogger makanan di Malaysia juga..
Farah Alina Farah Alina 09 August, 2017
Sedapnya Yong Tau Fu tuuuuu! Please post ke sini! Melting beb
Maha Mahu Maha Mahu 14 August, 2017
nak post tu kena bawa lori besar kot hehehehe..