Masih Ada Yang Tegar Beli Pinggan Mangkuk Viral Lagi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tergerak hati nak tulis pasal pinggan mangkuk viral ini sebab masih ramai lagi yang tak tahu tentang pinggan ini. Masih ramai lagi yang gila untuk beli pinggan yang harga boleh jadi serendah RM2 - RM5 tu.


Memang betul pinggan tu cantik dan juga pinggan tu sangat unik. Sebenarnya Maha nak bagi tahu tak salah nak beli pinggan tu sebab tu duit masing-masing. Tapi just nak memperingatkan sahaja takut-takut ada yang terlupa.

Telah keluar dalam akhbar MStar online seorang pensyarah kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi memberi tahu bahawa bahan kimia yang digunakan untuk hiasan dan corak di atas pinggan itu diragui kebaikannya. Sekiranya digunakan kerap kali untuk menghidang makanan ia akan memberi kesan buruk jangka masa yang panjang pada pengguna.


Nasihat beliau kalau nak beli tak salah tapi ia dijadikan pinggan hiasan sahaja di rumah atau kalau nak juga guna jangan isi dengan makanan yang panas dan makanan berasid tinggi. Kesan buruk yang datang kepada pengguna bukan jangka masa yang cepat tapi ia memberi kesan untuk masa yang lama dibimbangi ia akan mempengaruhi kehidupan kita terutama anak-anak.

Bagi Maha sendiri pun nak beli pinggan ini tak salah beli lah berapa banyak pun cuma cuba elak gunakan pinggan ini. Sekadar untuk hiasan kat rumah atau nak buat cenderamata boleh lah. Walaupun ia menghakis dengan perlahan tapi kita tak tahu jangka masa panjang. Ini kerena pengeluar pinggan tu sendiri tidak dapat buktikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak atas pinggan itu selamat atau tidak.


Jadi kita sebagai pengguna jadilah pengguna bijak dan bukan kerana ikut perasaan sebab ia dah viral. Ramai lagi kawan Maha hari-hari sebut pergi beli pinggan mangkuk viral tu yang ada jual kat area Pasar Seni. Tambah-tambah sekarang ni ada MRT lagi mudah untuk orang pejabat nak akses ke sana. Ini bukan larangan ok tapi peringatan sahaja jangan salah faham pulak. Selamat membeli semua.


*Gambar daripada carian Google





{ 14 comments.. read them below or add one }

zai zamree zai zamree 15 August, 2017
penah bg info kt kwn2 yg nk beli pinggan mangkuk ni tp di perli2 kita mcm kita ni dengki diorg nk beli pinggan tu
husnalalink husnalalink 15 August, 2017
saya setuju tu..dalam jangka masa panjang punya cerita kita mana mungkin tahu apa yang berlaku..kalau boleh elak, elaklah..nasib saya tak beli..hehe..
Maha Mahu Maha Mahu 15 August, 2017
Tak apa lah kita sampaikan saja nak dengar terpulang.. Sebab tu pun duit mereka hehehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 15 August, 2017
Kita elak untuk diri kita pun dah kira ok lah janji tak susahkan orang lain kan....
adda syuhada adda syuhada 15 August, 2017
tak pernah lagi la terjebak beli pinggan mangkuk viral ni...
Maha Mahu Maha Mahu 15 August, 2017
Tak terjebak bagus lah jimat sikit hehehehehe..
Hernee Nazir Hernee Nazir 15 August, 2017
belum terjebak lagi..tapi berkenan juga tengok corak cantik..hehehe
Maha Mahu Maha Mahu 15 August, 2017
Nak beli tak ada masalah tak salah tapi jangan guna untuk hidang makanan tu jer...
I N A  A I N A A I N A A I N A A 15 August, 2017
Patut ramai org post pasal pinggan ni. Padahal kat rumah ni berlambak ada, cuma mak ena tak guna la. Dia simpan dalam almari je hahahahhaa
Maha Mahu Maha Mahu 15 August, 2017
Hehehehehe... Memang dah lama viral pasal pinggan ni.. Tapi yang orang tua kita guna zaman dulu-dulu tu selamat sebab ia dijamin yang baru dan murah ni susah sikit nak jamin betul tak...
Julia Johari Julia Johari 16 August, 2017
Bagus beli yg ada brand mcm kt mytown baru2 ni julia ada tengok koleksi cmtu tp mahal sikit xpe tp boleh letak brg panas...tq atas peringatan maha... take.note
Maha Mahu Maha Mahu 16 August, 2017
Selalu yang mahal ni mereka declare tentang keselamatan produk mereka dan juga kualiti terjamin saya cuma ingat kan sahaja.
Rose Face Serum Zeeta Rose Face Serum Zeeta 19 August, 2017
Rasanya ni kali pertama dengar pasal pinggan ni. Apa pun, nasihat tu memang betul. Pinggan macam ni, lebih sesuai guna sebagai perhiasan, bukannya guna untuk letak makanan.
Maha Mahu Maha Mahu 20 August, 2017
Terima kasih kerana setuju. hehehe boleh share pada kawan2 nanti ok..