Baju Raya,

Nak Baju Raya Fattah Amin Ada Jual Kat Elrah Exclusive @ Rania Couture The Curve Damansara

Jumaat, Jun 09, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ingat lagi tak lagu Raya 'Tua muda memakai baju baru warna-warni mengunjungi sanak kaum family'. Bila dengar jer lagu tu sekarang ni terus semangat nak beraya walaupun puasa ada yang terkantoi wakakaka. Tak apa yang penting raya kena bergaya betul tak.


Tapi kat mana nak beli baju raya ala-ala macam artis pakai ni. Tak perlu pening-pening kerana Maha ada satu lokasi untuk beli belah bagi baju lelaki dan wanita special tau. Apa yang specialnya ia adalah koleksi keluaran barisan artis-artis popular tanah air. Sapa mereka mesti lah hero tehangat di pasaran sekarang Fattah Amin.


Selain tu juga ada koleksi dari Amy Search, Saheizy Sam, Michael Ang dan ramai lagi lah. Kat mana ni yang Maha duk cite-cite ni. Ini lah dia yang Maha maksudkan iaitu Elrah Exclusive @ Rania Couture yang sekarang tengah buat jualan di Concourse Main Area The Curve Damansara. Mereka ada buka booth sepanjang bulan Ramadhan sehingga raya nanti dengan pelbagai koleksi baju terbaru.


Koleksi lelaki kat sini banyak Kurta yang pakaian baju sahaja. Kalau korang tengok beberapa design yang menarik dan juga warna yang cukup ceria di Hari Raya nanti. Kain-kain yang mereka gunakan pun boleh tahan lembut dan mudah untuk diuruskan. Lepas ni boleh lah beli bukan satu tapi 3 sekali sebab ada promosi.



Sapa yang beli 3 helia baju mana-mana design akan dapat baucer RM20 untuk pembelian seterusnya. Baucer ni boleh digunakan sehingga 3 Syawal iaitu lepas raya tau. Lagi nak bagi promosi hebat kat booth mereka juga  buat rebate RM10 setiap resit pada hari Jumaat dari pukul 1.00-3.00 petang. Rebate ini untuk semua baju Elrah Exclusive manakal rebate RM30 untuk Abaya Rania Couture.



Manakala untuk kaum hawa pula ada koleksi Rania Couture yang menyediakan banyak Abaya. Koleksi Abaya mereka ini sangat exclusive dan design yang ada sangat terhad. Kalau korang tengok Abaya mereka ini kebanyakan bersulam di lengan dan depan baju. 


Ada design Abaya ini dihiasi dengan batu-batu manik bagi menyerlahkan lagi keayuan kepada pemakainya. Maha tak pandai sangat baju orang perempuan ni tapi bila tengok cantik dan menutup aurat sangat-sangat sesuai nak hadiah pada ibu atau bakal isteri tercinta ehhhh. Tak rugi beli kat sini kerana setiap Abaya didatangkan dengan shawl yang berpadanan. 


Kalau kata student ni susah nak beli baju kerana harga yang mahal tapi tidak lagi di sini kerana mereka memberikan 10% diskaun untuk pelajar dan juga penjawat awam dengan syarat kena tunjuk staff ID atau student ID. Ini kalau korang datang beli kat booth yang mereka buka di The Curve Damansara. Khas buat student juga boleh sertai program 'Jom Elrah' korang email mereka jomelrah2017@gmail.com nanti akan diberi keterangan tentang program ini.


Jom tunggu apa lagi banyak sangat promosi hebat kat sini boleh beli belah dengan senang hati. Ini masa nak dapat koleksi terbaru dari artis kesayangan anda. Jangan ketinggalan ok. Selamat berpuasa semua.

Pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 013-5040 728 (En K)







0 Pandangan: