Kota Buku Umum Pemenang Utama Pertandingan Page To Pitch Media 360 Di KLTCC 2017

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ini Maha ada update satu picture kat Instagram tentang majlis pengumuman pemenang utama pertandingan Page To Pitch Media 360 di KLTCC 2017. Majlis yang berlangsung di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur di hadiri oleh media dan juga pengiat dalam dunia percetakan dan penerbitan buku di Malaysia.



Korang mesti tanyakan apa tu pertandingan Page to Pitch Media 360 ni? Ia adalah pertandingan dimana siapa-siapa yang ada idea untuk diterbitkan sebagai buku mahupun media digital akan mencurahkan sinopsis idea mereka kepada penganjur. Kemudian idea yang terbaik akan dipilih oleh barisan juri yang profesional dalam bidang penerbitan buku, broadcast, Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak universiti dan ramai lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar

Lebih daripada 150 penyertaan yang diterima sepanjang pertandingan berlangsung pihak juri telah menyenarai pendek 10 yang terbaik sebelum mereka dipanggil kali kedua untuk membentangkan idea dihadapan juri profesional. Akhirnya pada tarikh 29 April 2017 baru-baru ini bersempena dengan Kuala Lumpur Trade and Copyright Center 2017 keputusan pemenang telah diumumkan.


Maha dijemput untuk sama memeriahkan majlis tersebut dan juga mendapat sedikit pengetahuan tentang pertandingn P2P Media 360 tu. Tahniah kepada pemenang setiap kategori Maha senaraikan kat sini senang korang nak tahu. 

Pemenang Kategori 1: Idea Kepada Buku
Juara : Monaha Gill (Hayley's Happylicious Series)
Tempat kedua : Zamri Mohamad (Gamificaition)
Tempat ketiga : Maisarah Mohamad (MBoo)

Pemenang Ketegori 2: Idea Kepada Media Digital
Juara (Pemenang bersama) : Abdul Nazir bin Harith Fadzilah (Tinjauan Sejarah Sastera Moden Malaysia) & Nurul Aizam bt Mat Nasir (LiteraCity)
Ketiga : Nazihah Ab Mumin (Baba Batik)

Sedikit tentang pemenang Mohana Gill yang merupakan seorang penulis dengan pelbagai anugerah antarabangsa mengideakan siri buku masakan untuk kanak-kanak yang memperkenalkan makanan sihat kepada kanak-kanak. Sisi ini menceritakan tentan dua sahabat Hayley dan Zac yang menemui rakan-rakan baharu dan lama dalam setiap buku dimana mereka berkongsi resipi makanan berkhasiat. Sebagai pemenang utama Mohana menerima peluang untuk menerbitkan buku ilustrasi penuh warna, serta wang tunai RM7,000 daripada Kota Buku dan peluang pemasaran antarabangsa.

Wakil pemenang kategori pertama Mohan Gill

Ini adalah kali pertama pertandingan ini mengumumkan pemenang bersama. Abdul Nazir pemilik kedai buku di Ipoh Perak menampilkan idea beliau untuk menghasilkan sebuah dokumentari mengenai budaya membaca di Malaysia - untuk melihat bagaimana latar belakang mempengaruhi pilihan pada pembaca, berdasarkan pameran beliau pada 2016 bertajuk 'Tinjauan Sejarah Sastera Moden Malaysia' di Festival Sasatera KL.

Nurul Aizam dua dari kiri pemenang bersama kategori kedua

Manakala Nurul Aizam yang merupakan seorang editor untuk sebuah syarikat penerbitan menyatakan bahawa idea itu juga mengupas pandangan dalam pembangunan bandar melalui kesusasteraan. Kedua-dua pemenang akan menerima kombinasi hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM3,000 daripada Kota Buku serta peluang permasaran antarabangsa.

Wakil pemenang kedua Zamri Mohamad

Pemenang tempat ketiga Maisarah Mohamad

Pertandingan ini diadakan sempena penganjuran Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) ke-10, bertujuan untuk membuka peluang dan menyediakan platform unik kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka dan mengembangkan idea para penulis sedia ada kepada pelbagai kandungan media digital.


Jadi memang mereka ini layak untuk menang bagi setiap kategori yang dipertandingankan. Lepas ni sapa yang ada idea untuk diterbitkan menjadi buku atau media digital boleh sertai pertandingan ini tahun depan. Tahu ramai yang kat luar sana ada idea bagus-bagus yang berpotensi menjadi penulis yang berjaya.






0 comment... add one now