Penginapan Murah Dan Selesa Sekitar Kuala Selangor Boleh Dapat Di Apps Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha sebagai orang yang tinggal dan mencari rezeki di KL sekali sekala terasa nak keluar dari kesesakan kota ini. Nak cari kawasan yang banyak kehijauan alam semulajadi dan juga tenang jer. So nak pergi luar negara kos mahal jadi pergi lah ker Kuala Selangor.


Ini kerana kat sana Maha dengar masih banyak tempat yang menarik dan juga ada satu bukit yang popular dengan Rumah Api.
Dari KL nak ker Kuala Selangor hanya ambil masa 45 minit sahaja menggunakan higway LATAR. Jadi tak ada masalah nak datang sini pagi balik petang pun boleh tapi tak feel nak jalan-jalan. Sebab tu Maha menginap di Apps Hotel Kuala Selangor.


Apps Hotel ini Maha search kat Google mencari hotel bajet yang harga berpatutan dan selesa. Kemudian jumpa hotel ni dan lokasi pun tak jauh daripada bandar Kuala Selangor dan juga kawasan-kawan menarik sekitarnya. Hotel ini ada lebih kurang 100 buah bilik dan ia bukan sahaja menyediakan bilik bajet tapi juga ada Suite Eksekutif untuk mereka yang ada bajet lebih. Harga bilik sini bermula dari RM65 semalam dan sangat bebaloi.



Korang leh tengok sendiri kemudahan yang ada dalam Apps Hotel ini terdapat juga toiletries jadi tak perlu nak bawa. Walaupun tak ada tab mandi tapi bilik airnya agak luas dan selesa. Juga ada kemudahan seperti local channel television, ada peti keselamatan dan mini bar. Tapi kurang best sikit kat dalam bilik tak ada wifi cuma kat lobi hotel jer.




Kemudahan lain yang disediakan :
1) Parking yang banyak dan free
2) Hot & cold shower
4) Meja menulis
5) Air Meineral 
6) 24 jam receptions 
 
Special sekali kat tingkat paling atas hotel ni korang boleh lihat keindahan Sungai Selangor dan juga boleh menghayati matahari terbenam pada waktu petang hingga ke malam menarik.


Hotel ini senang kerana bahagian bawah depan receptions dah ada restoran untuk korang nak makan tengahari dan juga makan malam. Macam-macam menu disediakan restoran hotel ini korang boleh baca post Maha yang lepas iaitu tempat makan no.1 area Kuala Selangor yang ada Shell Out 4 rasa.  Jadi tak perlu kuar jauh-jauh nak makan sedap-sedap setelah penah seharian dengan aktiviti betul tak.

Melihat Kelip-kelip Dan Memberi Makan Helang


Bila datang kat Kuala Selangor ini apa yang korang boleh buat. Ini Maha nak cite beberapa aktiviti yang Maha sempat buat sepanjang 2 hari menginap di sana. Paling syok adalah kat Sungai Selangor ini popular dengan aktiviti melihat Kelip-kelip dan memberi makan Helang. Lagi best jeti untuk melihat kelip-kelip dan helang ini hanya terletak betul-betul belakang hotel jalan kaki sahaja tak perlu jauh-jauh.



Harga untuk pergi melihat Kelip-kelip adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Waktu sesuai untuk melihat Kelip-Kelip bermula dari pukul 7.45malam hingga 9.30malam sahaja. Pengalaman menaiki bot meredah Sungai Selangor untuk ke pokok yang penuh dengan Kelip-Kelip tu paling best. Sampai sana tambah seronok dapat tengok kelik-kelip tapi tak ada gambar kerana tak dibenarkan ada flash dan kawasan persisir sungai sangat gelap.


Gambar sekadar hiasan

Tapi bila dapat tengok memang best banyak sangat ada satu pokok tu orang sana panggil Krismas Tree sebab penuh dengan Kelip-Kelip bercahaya. Seronok dengan suasana sunyi serta juga dengar deruan engin boat jer tapi masa sampai kat Kelip-Kelip tu boat diperlahankan. Rasa macam nak pergi lagi tengok best sangat. Manakala pergi memberi makan Helang pun ada kat situ pakej harga lain tak silap Maha RM25 seorang cuma tapi hari tu tak pergi sebab tak sempat.

Melihat Beruk Kuning Di Bukit Bersejarah


Ini satu lagi tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Selangor iaitu menaiki Bukit Melawati iaitu bukit penuh dengan peninggalan sejarah. Ramai orang tahu kat puncak bukit tu terletak Rumah Api lama yang diguna pakai zaman dahulu kala. Paling sesuai korang datang bukit ini adalah pada pukul 4.30petang kerana dan redup sikit. Tapi naik bukit ni hanya dibenarkan menggunakan Trem yang disediakan. Harga Trem ini hanya RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.



Tapi apa yang menarik perhatian Maha bila naik kat atas ni adalah dapat lihat hidup monyet yang hidup dengan banyak kat atas ni. Dapat tengok gelagat monyet makan dan juga hidup berkeluarga. Paling comel tengok anak-anak monyet ekor panjang ini yang berwarna Kuning. Apabila dah besar mereka akan berubah warna hitam seperti mana monyet dewasa.




Seronok tengok gelagat monyet ini dan juga dapat duduk kat puncak bukit yang tenang dan segar udaranya. Selain tu kat puncak bukit ni ada macam-macam lagi peninggalan sejarah yang menarik seperti Batu Hampar, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Meriam Penggawa, Perigi Beracun dan Muzium Sejarah Kuala Selangor. Jadi tak rugi naik bukit ni korang dapat tengok pemandangan laut yang jauh kat Selat Melaka.




Kalau yang suka pada hutan paya bakau kat Taman Alam Kuala Selangor kat situ ada menyediakan laluan pejalan kaki untuk menikmati flora dan fauna dalam hutan paya bakau. So apa lagi korang nak cari kat Kuala Selangor semua ada. Menarik dan penuh dengan keindahan alam semulajadi. Maha rekmenkan untuk datang sekali sekala Kuala Selangor bagi merehatkan minda. Selamat bercuti semua ok. 

Tempahan dan pertanyaan boleh layari:
Alamat : Apps Hotel, 
              12, Jalan Peninsula Utama 1, 
              Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor
Tel : 03 - 3277 2172





{ 14 comments.. read them below or add one }

Mat Jo Mat Jo 04 April, 2017
beruk kuning, tak pernah tengok lagi nie, :)
Maha Mahu Maha Mahu 02 May, 2017
Ada cuma wifi kat sekitar lobi sahaja mereka nak pecutian fokus pada keindahan alam bukan alam maya hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 02 May, 2017
Beruk tu masa kecik jer kuning dah besar hitam macam mak bapak mereka gak wakakaka..
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari 12 September, 2017
Wah.. murah dan selesa. Dekat juga dengan alam semulajadi yang memang cantik dan mempesonakan. woohoo!
Qbal Ramlan Qbal Ramlan 12 September, 2017
Yang tengok kelip2 tu mesti cantikkan. tdringin nak tengok
Kak Su @KakSu Kak Su @KakSu 12 September, 2017
Akak baca pon dah seronok, lom lagi ke sana tu. Tang naik bot memalam gelap gelita kat sungai tu, tak pa arr, akak fobia.. Gelap n air, tak kira lah air sungai atau air laut
Maha Mahu Maha Mahu 12 September, 2017
Sebagai travel blogger kena pergi sini ok mereka suka...
Maha Mahu Maha Mahu 12 September, 2017
Cantik sebab penuh satu pokok tu sampai pokok tu dipanggil Krismas Tree penuh tapi tak leh ambil gambar...
Maha Mahu Maha Mahu 12 September, 2017
Heheheh tapi tu pengalaman akak best walaupun agak kecut juga...
luqman zakaria luqman zakaria 12 September, 2017
Best nya..teringin nak tengok kelip2..gituhh..hehe
Bro Framestone Bro Framestone 13 September, 2017
Banyak kali juga ke sana.. Tapi just panjat bukit dan dok atas tue je.. sambil tengok haiwan yang ada diatas sana hahahah
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 13 September, 2017
bestnya uolss.. dapat pergi.
sayaiday sayaiday 13 September, 2017
harga start rm65? murah sangat tu and nampak hotel pon cantik banyak kemudahan. Iday dah lama nak tengok kelip2 tu. Nanti la nak ajak Islam pergi sana. hehe