Sazzy Falak Dan Aishah Sinclair Buat Bento Cara Mudah Untuk Anak Dengan Produk Mission

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha hadiri satu majlis khas untuk para ibu nak bagi idea bagaimana menyediakan bekal makanan kepada anak-anak. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan oleh ibu memberi bekalan yang sihat dan selamat kepada anak. Kali ini dengan menggunakan produk Mission beberapa barisan artis menyediakan Bento yang comel dan buat anak-anak suka.


Bertempat di The Cooking House Bangsar baru-baru ini 2 barisan artis juga dan seorang pakar permakanan juga ibu kepada anak mereka berkongsi ilmu menyediakan bekal Bento yang sihat dan sedap. Sapa tak kenal Sazzy Falak dan Aishah Sinclair juga Indra Balaratnam memang seorang yang sibuk hari-hari dengan pelbagai altiviti dalam dunia seni.




Macam kita ketahui bekal dalam bentuk Bento ini sangat sesuai menarik minat kanak-kanak untuk makan walau apa pun kita letak kat dalam tu. So seorang ibu kena jadi lebih kreatif dalam memupuk minat anak untuk makan semua jenis makanan dalam piramid makanan seperti protein, vitamin, serat dan banyak lagi.




Pakar pemakanan Indra Balaratnam, juga seorang ibu kepada seorang anak perempuan berusia 11 tahun Skyler, berkata salah satu pelaburan terbaik ibu bapa boleh membuat adalah untuk mewujudkan hubungan yang positif dengan makanan supaya kanak-kanak membesar untuk menjadi sihat dan yakin.

 


Pada hari tu Indra menunjukkan cara menyediakan ayam dan Keju Quesadillas menggunakan Mission 6-Grain Wraps, dibentuk menjadi dinosaur ragut di taman bunga. Taman bunga dibuat daripada salad berdaun hijau berselerak dengan bunga yang boleh dimakan. Dalam bento tu juga ada sarang dinosaur terdiri daripada asas Misi Tortilla Chips, kacang campuran dan telur rebus dengan titik berwarna menggunakan jus ubi bit. Pasti anak-anak suka menarik.



 


Sementara itu, juruhebah radio dan hos TV Aishah Sinclair mencipta menu lazat Tandoori Chicken Pizza dengan Mission Mil penuh Pizza Crust dalam bentuk bunga untuk dua anak perempuannya Soraya Ann yang berusia 7 dan Aina Elisabeth berusia 3. Dalam Bento Aishah juga ada pelbagai makanan lain seperti sayur, buah-buahan dan yogurt untuk memastikan pengambilan seimbang untuk anak-anaknya.



 


Akhir sekali Sazzy Falak yang selalu sibuk tidak menghalang beliau daripada menyediakan makanan untuk anak kembarnya Tiara Rose dan Iman Lily  berusia 6 tahun. Beliau mencipta satu katil manis daripada nachos Mission Original Tortilla Chips dengan avocado dihancurkan dan keju cair dihidangkan dengan salsa segar. Juga pelengkap dan Bento beliau adalah telur rebus dan juga buah-buahan yang boleh dijadikan pelbagai bentuk dan rupa mesti anak-anak suka. 


Semua idea kreatif ini menggunakan produk dari Mission yang pastinya selamat dan sedap. Ibu-ibu kat Malaysia ni kreatif dan pasti nak terbaik untuk anak-anak. Jadi bekalkan makanan yang sihat setiap hari biar dan kalau boleh lebihkan bekal tu supaya mereka dapat berkongsi kesedapan makanan tu bersama rakan-rakan. Ini akan meningkatkan hubunga dan pergaulan sihat bersama kawan-kawan mereka. Selamt mencuba semua ibu-ibu kat luar sana ok.






2 comments.. read them below or add one

Ainul Malik Ainul Malik 08 March, 2017
Senang bento dengan roti ni. Sedap pun sedap. Sesuai makmak macam saya yang nak cepat