Relax Dari Kesibukan Di Brew & Stone Featuring Pokok Kelapak @ Kota Damansara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari-hari tempoh jem pergi atau balik kerja memang membuatkan kita stress dan kadang-kadang terbawa-bawa ke rumah dan tempat kerja. Jadi bila dan stuck dalam jem tu apa kata cari tempat untuk meredakan ketegangan dengan singgah sambil minum dan makan yang sedap.

 

Alang-alang tu singgah lah ke Brew & Stone kat Kota Damansara yang simple dan tenang ni. Restoran ni kalau korang masuk akan nampak banyak dekorasai spare part kereta sebab pemilik restoran ni adalah peminat kereta. Tengok meja dan kerusi semua ada unsur-unsur kereta dan motor menarikkan.



Tapi hari ni Maha nak cite pasal keistimewaan menu yang ada kat restoran ini. Sesuai untuk korang peminat kopi bolehlah singgah sini sambil menghirup kesegaran rasa kopi dan aroma yang menenangkan jiwa membuat hati lebih tenang dan relax betul tak.


Di restoran ini ada macam-macam jenis kopi pilihan dengan cara tersendiri. Recommended daripada pelanggan yang pernah datang sini korang boleh cuba Cafe Mocha with Marshmallow dan juga Cappuccino. Maha kurang sikit kopi tapi Maha cuba hari tu adalah Hazelnut Latte jer hehehe.

Cafe Mocha with Marshmallow

Cappuccino

Ice Drip Coffee

Kalau korang macam dah lambat nak sampai rumah tu alang-alang dah malam boleh cuba makan malam kat sini banyak juga pilihan. Makanan ala barat yang mengikut citarasa tempatan sebab kita boleh pilih nak rasa pedas lebih dalam hidangan barat ni. Macam yang Maha makan ini iaitu Spicy Creamy Soft Shell Crab dan juga Spicy Creamy Prawn. Ini memang saja pilih pedas-pedas sebab tak nak rasa muak sangat kalau makan boleh lah habis sepinggan tu.

Spicy Creamy Soft Shell Crab

Spicy Creamy Prawn

Yang ni pun pedas juga iaitu Spicy Seafood Medley Olio tapi boleh pilih yang tak pedas kalau nak kasi untuk kanak-kanak. Selalu kita makan pizza banyak cheese dan tak pedaskan tapi kat sini mereka ada sediakan Spicy Tuna Pizza memang rasa orang Malaysia sangat. Maha hari tu boleh habis satu slice jer tu pun jenuh nak kunyah hehehe.

Spicy Seafood Medley Olio

Spicy Tuna Pizza

Scallop with Tomato Salsa

Kalau korang nak makan daging atau ayam sini memang best sebab konsepnya makan lebih tidak akan pernah puas. Korang leh tengok set Meat Platter ni punya lah besar ada 4 mangkuk pasta bersama dengan daging ayam panggang dan juga daging kambing panggang ditambah lagi fries dan jagung rebus dalam tu lengkap satu set boleh makan satu keluarga.

Meat Platter

Chicken Morakanskii

Lagi korang boleh pilih Chicken Morakanskii ni set ada roti bakar, daging ayam bakar dan juga coleslaw salad. Cara nak makan yang set ini korang kena letak salad tu atas roti dan juga letak daging ayam tu pastu masuk dalam mulut dan kunyah mesti puas. Maha suka datang makan sini sebab best bayak pilih ni dan juga pelbagai citarasa.


Selain daripada minuman kopi ada juga minuman fresh seperti juice, Milkshake dan juga Mojito. Semua ni boleh buat korang tenang kalau sesak dalam lalulintas mai singgah sini rehat-rehat bagi reda baru teruskan perjalanan. Restoran ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin buka dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam.



Pada yang nak cuba semua menu ini boleh lah datang ke Brew & Stone kat Kota Damansara. Senang korang boleh waze sahaja restoran ni. Ia betul-betul berdepan dengan pejabat D'Herb milik Dato terlajak laris tu. So kalau korang dah ada area tu boleh lah singgah ok. Jom mencuba semua selamat menjamu selera. 

Maklumat lanjut dan promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5



2 comments.. read them below or add one

Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 10 March, 2017
Wahhh, memang kesedapan tu nampak sangat lah Maha
Maha Mahu Maha Mahu 10 March, 2017
Heheheh sedap boleh nampak ker wakakak bukan kena rasa huhuhuh....