BlueWave Hotel,

Ho Ho Chiak Halal Di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Rabu, Mac 22, 2017 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni nak belanja korang makanan cina halal yang ada dekat Shah Alam. Untunglah orang Shah Alam boleh pergi selalu tapi orang lain yang nak juga boleh datang. Grand BlueWave Hotel Shah Alam melalu Tung Yuen Chinese Restaurant yang berada di tingkat satu menawarkan Ho Ho Chiak Halal.


Ho Ho Chiak dialek Hokkien yang membawa maksud makanan yang bagus dan lazat. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan makanan yang lazat di restoran atau mana-mana kedai makan.
Promosi Ho Ho Chiak disediakan oleh Chinese Chef iaitu Chef Patrick Ng yang memang pakar masakan cina ni.


Kat sini Maha dapat makan macam-macam masakan cina yang tak pernah cuba dan yang sedap-sedap belaka. Mestinya Maha paling suka adalah koleksi Dim Sum yang ada dalam promosi Ho Ho Chiak ini. 10 jenis Dim Sum pelbagai rasa seperti Chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling with Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll dan Pan Fried Shanghai Gua Tie.







Semua ni korang boleh makan sepuasnya kat sini tak tahu boleh habis ker tidak. Juga ser promosi ini datang dengan pulut nasi bersama ayam dan cendawan (Loh Mai Kai). Set ini tidak berakhir di sini kerana ia diikuti oleh hidangan periuk tanah yang merupakan satu set up indah Stir Fried Szechuan Gaya Fish Fillet, tumis Top Shell Abalone dengan sayur-sayuran bermusim, Baked Cheese Udang dengan Mantao dan Fried Rice dengan Daging Ketam.








Semua ini menjadi kegemaran Maha walaupun jarang dapat makan tapi bila dah cuba sekali nak lagi. Dah kenyang makan semua ini korang boleh redakan dengan minuman yang sejuk dan fresh iaitu Chilled Longan dengan Sea Coconut. Minuman ni memang tak boleh lepas memang akan tambah banyak kali selain daripada Chinese Tea.


Kalau korang rasa nak cuba semua makanan cina ini sangat berbaloi dengan hanya harga RM57+ seorang tapi korang kena datang sekurang-kurangnya 2 orang atau kalau nak senang lagi datang beramai-ramai satu family. Jadi boleh booking satu table lagi senang terus hehehe.


Selain daripada masakan cina tu promosi bulan Mac ini juga mereka menyediakan special kek iaitu Opera Cake dengan harga RM89.00 nett untuk 2kg kek. Tapi kek ini disediakan di Royal Songket Restaurant. Tapi boleh booking juga sekali untuk dessert kalau harga 1 slice hanya RM10.00 makan selepas semua hidangan masakan cina tadi.


Nak dapatkan masakan ni ia disajikan setiap hari untuk makan tengah hari bermula pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Jadi korang dinasihatkan untuk booking awal sebelum datang tapi kalau walkin pun boleh tak ada masalah cuma kalau penuh jangan marah Maha ok.




Jadi orang yang berada dekat area Shah Alam atau yang sewaktu dengannya nak datang sangat mudah cari hotel Grand BlueWave Seksyen 14 Shah Alam dan park kat bawah hotel sangat mudah. Lepas tu naik tingkat 1 Restoran Tung Yuen dan dalam tu sangat selesa dan suasana makan yang menyenangkan. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-5511 8811 ext. 2616 / 2724

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




5 ulasan:

  1. teringin nya nak makan nampak sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Kalau teringin kena pergi nanti kempunan hehehe memang sedap..

      Padam
  2. sedapnya.... semestinya halal kn....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kat sini ada halal boleh datang bawa family..

      Padam