Briyani Lamb Shank Terbaik Di Bangi Mesti Datang Hanya Di Biji Kopi Cafe

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes time untuk makan Nasi Beriani pula kali ni wow bestnya lama tak makan. Nak pergi Johor jauh tapi rupanya kat Bangi ada jer beriani yang sedap dan terangkat. Bukan sahaja nasinya tapi juga lauknya iaitu betis kambing sebesar alam penuh satu pinggan.


Lokasi makan yang Maha terjah kali ini adalah Biji Kopi Cafe kat dalam Bangi Gateway sahaja. Untung orang-orang Bangi ni kerana kat sini memang banyak pilihan tempat makan best-best. Ni lah antara salah satunya yang mesti kena kunjung. Setakat ini parking kat Bangi Gateway masih free tak tahulah tahun-tahun akan datang jadi korang boleh jimat kalau makan kat sini.



Bila datang ker sini tengok menu mata tertumpu pada hidangan Briyani Lamb Shank yang sangat-sangat menggiurkan.
Selain dari Lamb Shank pilihan beriani lain ada juga seperti Beriani Kambing, Beriani Ayam dan Beriani Ayam Masak Merah. Tapi Maha cuba Briyani Lamb Shank ini kerana korang leh tengok sendiri saiz yang sangat besar. Kemudian daging kambing tu sangat lembut boleh hancur dalam mulut. 
Briyani Lamb Shank

Teliur tak Maha sendiri tengok gambar ni banyak kali pun rasa nak pergi lagi hehehe. Selain daripada beriani bagi yang datang dengan keluarga mungkin juga boleh cuba set-set makan tenghari yang lain. Menarik juga adalah Set Asam Pedas Pari dan Set Ikan Patin Tempoyak . Dua-dua set ini datang dengan minuman Teh O Ais jadi tak perlu nak order air dah.

Set Asam Pedas Pari

Set Ikan Patin Tempoyak

Bagi Maha dua hidangan set ini tetap ada rasa keaslian dan originaliti sendiri. Layankan makan tenghari atau korang nak makan malam pun menarik juga menu-menu ni. Bak kata iklan lah bagaikan sedap menjilat jari. Pada yang datang nak makan hidangan tak terlalu berat sangat still boleh cuba dua hidangan mee iaitu Soto Johor dan Mee Rebus Daging.

Soto Johor

Mee Rebus Daging

Tengok Soto tu ada seketul Bergedil dan juga kuah sup yang ada rasa rempah juga tidak terlalu masin. Manakala Mee Rebus tu memang kuah cukup pekat likat dan melekat hehehe best. Sangat puas datang makan sini banyak pilihan untuk seisi keluarga.

Jus Kalamansi

Kopi 434

Dah kenyang makan kena ada minuman pulakan menurut kata pelanggan minuman best kat sini Kalamansi. Jus Kalamansi ni adalah air limau kasturi jadi dah kenyang perut makan ia dapat flush balik atau nak buang lemak tadi hehehe. Kalau amalkan boleh kurus tau hehehe. Kalau dah nama cafe mesti ada minuman kopi dan special kat sini adalah Kopi 434. Mereka akan hidangan kopi ini satu teko memang puas minum.


Leganya dapat makan semua yang sedap-sedap ini baru bebaloi dengan harga yang kita belanjakan betul tak. Suasana kat cafe ini pun menarik dengan dekorasi yang simple dan menambah selera nak makan. Ada tersedia rak buku untuk baca novel dan buku-buku kat sini sambil santai makan dan minum.


So lepas ni boleh lah letak cafe ini dalam list kedai pilihan korang kerana bagi Maha ia sangat menarik. Biji Kopi Cafe ini buka dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari tak ada tutup ok kecuali cuti Raya kot hehehe. Nak maklumat lanjut atau promosi boleh pergi ker laman sosial media mereka seperti di bawah. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan maklumat lanjut layari :
Tel : 012-203 0779

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





{ 18 comments.. read them below or add one }

Mat Jo Mat Jo 30 March, 2017
makan sambil baca buku novel, siap haribulan sorang-sorang makan habiskan sejam dua, baru siap makan sebab nak habiskan baca novel, :)
Maha Mahu Maha Mahu 30 March, 2017
Hehehehe tu yang bagus habis makan habis baca novel menggalakkan minat membaca.
Ayu Ayu 30 March, 2017
Menarik menunya. Wajib g cuba ni
Maha Mahu Maha Mahu 30 March, 2017
Menarik Ayu ni baru sikit tau ada banyak lagi yang sedap2..
Uncle Zuan Uncle Zuan 30 March, 2017
haha siap ada port membaca lagi ek
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Mesti lah nak didik rakyat sambil makan boleh membaca hehehehe.. tahu uncle suka baca sambil travel wakaka...
Akim Akim 31 March, 2017
Sukanya nasi beriani memang kegemaran boleh datang cuba sini.
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 31 March, 2017
Jus Kalamansi tu nampak menarik. Dah makan benda lemak-lemak haruslah ambil air yang masam2 sikit kan? Saya tak boleh makan kambing... huhu
calrase patrick calrase patrick 31 March, 2017
Kalau abe Maha sudah kata menarik, kira memang terbaiklah. :) :) ..
Rabiahtul Adawiyah Rabiahtul Adawiyah 31 March, 2017
Memang sedap makan nasi beriani
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Kena datang Akim memang best.
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Betul tu jus tu macam detox untuk kita dah banyak ambil lemak kan hehehe. Tak apa ada ikan juga boleh pilih..
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Hehehehehe nanti pergi cuba ok..
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Sedap sini sebab kambingnya lembut dan ada juga pilihan ayam.
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Soto tu menarik bergedil tu sedap..
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 31 March, 2017
Wahhhh...nampak dr gambar macam sedap je...nampak gaya kena cuba jugak ni.
Terlioq tgok lamb shank n patin tu
Maha Mahu Maha Mahu 31 March, 2017
Lamb Shank tu best akak memang terbaik saya suka juga..