Kecantikan,

13 Penyakit Yang Boleh Diubati Dengan Rawatan Alternatif Terapi Mandi Ais

Khamis, Mac 02, 2017 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita kalau sebut minum ais jer tak baik untuk kesihatan atau mandi pagi yang sejuk pun kita akan elakkan betul tak. Tapi tahukah kita bawa zaman tok nenek kita dulu mereka mandi air perigi lagi yang sangat sejuk setiap pagi.


Mungkin ramai tak tahu yang mandi ais atau minum air berais ini adalah satu alternatif rawatan kepada beberapa penyakit jiwa dan fizikal. 8 penyakit jiwa yang boleh dirawat dengan mengamalkan selalu mandi ais atau minum ais.

1) Penyakit was-was
2) Ketakutan
3) Perasaan bimbang
4) Kesedihan
5) Kegusaran
6) Kemurungan
7) Panas baran 
8) Kejahatan dalam diri


Tu untuk penyakit jiwa yang tak boleh dirawat dengan ubat tapi dengan mengamalkan terapi mandi ais atau minum air berisi ais. Manakala beberapa penyakit fizikal juga dapat dibantu dengan pengamalan rawatan seperti ini.

1) Masalah lemah otot, tulang dan saraf
2) Menyelesaikan masalah kesukaran tidur dan kelesuan
3) Masalah lumpuh dan gangguan saraf
4) Masalah kulit
5) Masalah obesiti

Bagaimana kita nak amalkan rawatan terapi ais ini secara konsisten dan betul. Di Home SPA ICE Therapy Seksyen 11 Shah Alam menyediakan semua kemudahan rawatan alternatif ini. Maha hari tu pergi sekali cuba mandian ais ini kerana nak tahu kebaikannya tapi paling elok adalah mengamalkan selalu.




Masa mula pergi tu agak risau juga sebab tak tahu macam mana prosedure dan juga apa kaedah yang mereka gunakan. Tapi bila dah cuba baru tahu ia sangat mudah, selamat dan selesa. Terapi mandian ais ini ada beberapa proses yang akan dilakukan iaitu pertama adalah mandian air garam. Mereka sediakan satu pool yang besar dengan air garam yang perlu mandi selama 10 - 15 minit.


Selepas itu barulah Maha di bawa ke ruang mandian hidroterapi ais yang disediakan. Buat masa ini mereka ada dua bilik mandian ais sahaja jadi kena datang awal atau buat booking lebih senang. Masa mandian ais tu lah baru kita dapat rasa kesegaran sebenar. 



Semasa nak mandi tu kita masuk kedalam kolam yang disediakan dan akan dialirkan air di atas kepala. Kemudian mereka akan masukan sedikit demi sedikit ketulan ais sehingga habis 2 pek besar. Dalam masa sama juga mereka ada masukan beberapa bahan utama dalam air mandian iaitu seperti nila, garam bukit, madu, kapur dan satu lagi tak ingat lak Maha.


Lepas tu kita akan disiramkan dengan air sambil tu mereka akan masukkan 8 wangian yang memberi rawatan tertentu kepada tubuh. Ada wangian untuk penyeri wajah, wangian untuk merawat bahagian perut, wangian untuk merawat bahagian dada dan banyak lagi. Selepas habis kesemua wangian kita akan direhatkan sebentar dalam kolam.



Lepas tu kita akan bilas badan dengan air Limau Nipis di dalam ruang bilik air yang disediakan. Maka siap sudah satu sesi mandi ais yang berlaku lebih kurang dalam 1 jam sahaja. Mereka juga menawarkan Terapi Fullmoon iaitu mandian ais pada hari bulan penuh setiap bulan. Rawatan fullmoon ini sesuai untuk wanita yang nak berkahwin mendapat seri.


Akhir sekali pula ada sesi bertemu dengan Dr pakar mereka untuk sebarang kaunseling dan khidmat nasihat. Masa tu Maha di terangkan dengan rawatan pengelan warna tubuh. Sebenarnya dalam tubuh kita ini ada warna-warna tertentu yang melambang kekuatan kita. Ini dilakukan oleh Dr yang pakar dalam bidang ini.


Rawatan lain yang juga turut ditawarkan di Home SPA Ice Therapy :-
- Rawatan reflexology
- Urutan tradisional
- Urutan kanak-kanak
- Urutan bersalin

Sapa-sapa nak cuba terapi mandian ais ini Maha galakan kerana memang ia memberi kelegaaan dan lepas mandi boleh tidur lena sangat-sangat. Pada yang nak cuba boleh pergi ker alamat dan berhubung dengan mereka seperti yang tertera di bawah ini. Selamt mencuba semua.

Waktu operasi :
Ahad - Jumaat : 10.00 pagi - 11.00 malam
Sabtu : Tutup

Pertanyaan hubungi :
Tel : 03 5523 7153
CVTSB : 03 5518 9371
Alamat : No 28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, 
               40100 Shah Alam Selangor





1 ulasan:

  1. Saya pun dah cuba mandi ais dari pati bunga mawar yg dibekukan. Rasa dia fuhh kena try sendiri baru percaya hehe

    BalasPadam