Applikasi Telephone,

Pilihan Smartphone Baharu Di Pasaran Malaysia GT Mobile 888

Sabtu, Februari 04, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama Maha tak cite pasal produk teknologi ni sebab Maha ada satu lagi blog khas untuk produk berteknologi ini iaitu Mahateknologi.blogspot.my. Tapi kali ni sebab phone ni terbaru daripada negara jiran Singapura Maha cite kat sini dulu ok.


Dengar nama pun mesti ramai tak tahu pasal phone ni GT Mobile 888. Model phone ini adalah keluaran GT Group yang juga sebelum ni ada mengeluarkan beberapa produk seperti GT Dollar iaitu mobile apps, GT Robot, GT Watch dan banyak lagi. Tapi kali ni nak fokus kepada GT Mobile iaitu telephone pintar pertama keluaran mereka. 

Telephone model GT 888


Telephone ni ada dua warna sekarang ni iaitu Metal Gray dan Silk White, yang Maha dapat ni warna Metal Gray nampak cantik dan eligen kan. Telephone ni hanya sebera 160gram jer kalau nak compare dengan telephone lain ia lebih ringan dan senang nak bawa.
Selalu orang kalau nak beli phone baharu mesti saiz skrin antara faktor yang diambil kira. Makin besar skrin makin seronok nak guna dan phone ini dengan saiz yang sesuai iaitu 5.5' sahaja dengan Gorilla Glass 3 yang lebih licin dan cantik. 


Apa lagi yang korang tengok kalau nak cari phone baru. Yang paling ramai orang tengok adalah kamera phone. Tapi bagi Maha untuk model telephone ni agak kurang memuaskan kerana ia hanya 8MP untuk kamera belakang dan 5MP kamera depan. Kalau ambil gambar dalam keadaan yang cerah bercahaya banyak ok tapi kalau malam akan kurang.


Namun yang bestnya phone ini adalah ia ada dual sim card yang boleh dimasukkan. Kemudian pula charger baterinya juga agak memuaskan iaitu ia lebih pantas hanya 15 minit sahaja untuk cas 35%. Jadi mungkin phone ini boleh jadi antara list korang kalau nak beli phone baharu nanti. Dah mula masuk ke Malaysia dan nanti akan masuk pula smart watch yang special bagi phone ni nantikan ok.

Spesifikasi lain GT Mobile


Model : GT 888
Color : Metal Grey / Silk White
Dimensions : 158.9 x 77 x 8.6mm
Weight : 160g
Operating System : Pre-install Android 5.1 Lollipop
CPU : 64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0Hz CPU
GPU : Mali T720-Mp1 600Mhz
RAM : 2GB / 1 GB
ROM : 16GB
Display : 5.5 " 720 x 1280 Pixels
Battery : 2550mAh
Charger : Quick Charging
Camera : Rear - 8.0 MP & Front - 5.0 MP
SIM Card : Dual SIM ( SIM + MicroSIM )
Video :  1080P, 2K, 4K
Bluetooth : Bluetooth 4.0

Material : Corning Gorilla Glass 3
Wi-Fi : Wifi 802.11 a/b/g/n Support Dual-band Wifi ( 2.4GHz/5Ghz )
Positioning : GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor

 

Kalau korang tanya harga yang Maha dapat info setakat ni harga untuk phone ini yang dijual di Malaysia adalah lebih kurang RM1600. Jadi korang boleh buat servay lah untuk beli phoen baharu kerana sekarang dah banyak model yang menarik dengan tawaran hebat. Kalau dah beli phone GT Mobile kena download satu applikasi phone yang menarik iaitu GT Dollar.


GT Dollar adalah satu gaya hidup yang baru untuk anda yang sibuk dan ingin meringankan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Dalam ni ada sistem bersepadu e-commence, virtual wallet dan go-to marketplace yang memberi tawaran hebat untuk anda.


Selain kegunaan untuk pengguna phoen ia juga membantu PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) untuk mengembangkan perniagaan mereka dan memperoleh pengguna baru. Menggunakan platform ini, PKS boleh berkembang dengan pesat dengan mendedahkan produk dan perkhidmatan mereka di Internet dan platform mudah alih ini.


Pada platform kami, pengguna boleh menerima dan menggunakan kredit maya dan bukan wang sebenar untuk pembelian mereka, mendapat akses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan, dan mendapat manfaat daripada diskaun besar dan tawaran bila-bila masa, di mana sahaja. GT Dollar membolehkan komunikasi mudah dan sambungan antara peniaga dan pengguna melalui GPS dan sistem tempahan user-friendly.


GT Dollar membantu PKS dan pengguna menjimatkan masa dan wang tanpa yuran pendaftaran, tanpa yuran keahlian, dan tiada iklan. Maha dah guna dan dah try beli beberapa service yang ada dalam tu seperti hotel. Nantikan ok selamat mencuba semua.






0 Pandangan: