Sushi King Sediakan Yee Sang Dan Sushi Special Sempena Tahun Baru Cina

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah tak lama jer lagi nak meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina 2017. Pastinya kita kat Malaysia meraikan semua sambutan ini tanpa mengira kaum. Begitu juga di Sushi King seluruh Malaysia menyediakan hidangna special bagi meraikan tahun Ayam Emas kali ini.



Maha ni memang suka makan Sushi jadi kali ni lain sikit yang dapat Maha makan kat sini iatu Prosperity Yee Sang yang boleh dinikmati 4-6 orang. Jadi kalau datang ramai-ramai satu keluarga atau dengan kawan-kawan office boleh order special menu ini. Terhad untuk sambutan Tahun Baru Cina sahaja iaitu sehingga 28 Februari 2017 tau.

Prosperity Yee Sang dengan Wasabi Mix Sauce dan Tangy Plum Sauce


Yee Sang kali ini istimewa sikit sebab banyak menampilkan daging Ikan Salmon daripada perairan Norway. Juga datang dengan dua sos istimewa iaitu Wasabi Mix Sauce dan juga Tangy Plum Sauce. Dalam Yee Sang ni macam biasa sayur-sayuran segar juga keriuk-keriuk yang merangupkan setiap hidangan.


Kalau dah nama Sushi King tak sah kalau tak ada sushi istimewa sempena tahun baru kali ini. Mereka menampilkan Spicy Salmon Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi dan Fried Salmon Sushi. Jadi semua konsep kali ni mesti salmon terbaik, semua ni kegemaran Maha. 

Spicy Salmon Teriyaki Sushi

Salmon Teriyaki Sushi

Fried Salmon Sushi

Tapi kalau nak cuba yang lagi best kena try hidangan nasi mereka kali ni pun lain dari yang lain. Ada Salmon Don, Ontama Salmon Don, Seafood Bento dan CNY Bento. Semua ni hidangan nasi yang pasti akan memberi kekenyangan pada korang, Maha paling suka mestilah yang ada salmon hehehe. Rugi sapa yang tak makan ikan salmon ni memang melepas promosi kali ni.

Salmon Don

CNY Bento

Ontama Salmon Don

Seafood Bento

Sushi King tak akan membiarkan korang pulang dengan tangan kosong setelah puas makan. Mereka  menggandakan lagi kegembiraan dan kemakmuran semua pelanggan yang membelanjakan RM68 dan ke atas dalam satu resit.


Korang layak menerima satu set eksklusif Sushi King Daruma Ang Pow dan juga berpeluang untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Tokyo. Jadi tunggu apa lagi jom serbu Sushi King sekarang juga.

Maklumat lanjut dan promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




2 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 24 January, 2017
Sedap sangat dapat makan sushi dan bento menarik lah..