Tahukah Anda Taman EKO Rimba KL Adalah Hutan Simpan Paling Tua di Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. KL ni orang kata hutan bangunan kerana penuh dikelilingi bangunan yang tinggi-tinggi. Tapi tahukan kita bahawa di tengah-tengah KL ni masih ada hutan simpan paling tua di Malaysia.


Itu lah ia Taman EKO Rimba KL yang teletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Kalau senang nak cari boleh cari Bukit Nanas atau juga Menara KL. Datang naik Monoril pun boleh tau tempat ini korang turun di stesen Bukit Nanas. 


Maha pertama kali sampai sini sebab tengok kawan-kawan duk upload gambar-gambar kat sini menarik sangat. Sebab paling best kat sini ada jambatan gantung sepanjang 200meter. Kat sini masih ada pokok hutan yang tinggi-tinggi dan besar-besar. Nasihat Maha kalau datang sini jangan lah pakai kasut tumit tinggi dan juga kain kerana nak panjat jambatan gantung tu agak mencabar.




Kat sini masih dapat rasa kawasan hutan walaupun tengah-tengah KL. Korang boleh kenal pokok-pokok hutan yang masih kekal dan juga beberapa haiwan liar yang ada kat sini. Maha sempat jumpa monyet yang bergayut-gayut kat pokok-pokok ni.


Kalau datang ini untuk beriadah sambil keluarkan peluh boleh juga. Maha pertama kali datang memang berpeluh juga jalan kat sini. Kalau nak datang photoshot pun menarik tau kat sini memang kawasan hijau dan bersih.


Bila korang jalan sampai penghujung jambatan gantung tu koran boleh sampai ke kaki Menara KL. Kat kawasan kaki menara pula ada macam-macam yang menarik. Ada UpsideDown House atau rumah terbalik lah dan banyak lagi. Tu korang kena datang sendiri ok nak tahu apa lagi yang best.


Setakat yang Maha datang Taman EKO Rimba KL ni masih free tiada sebarang bayaran di kenakan. Ia dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Banyak kemudahan yang ada kat sini surau, tandas dan macam-macam lagi jadi tak perlu risau. Habiskan masa korang di sini memang menarik. 








4 comments.. read them below or add one

Kampung Anggrek Kediri Kampung Anggrek Kediri 04 November, 2016
Semoga Taman EKO Rimba KL terus tetap terjaga kelestariannya. Semoga pengunjung tak meninggalkan sampahnya disana.
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 05 November, 2016
tak pernah pergi lagi ni.. boleh la nanti aktiviti pecah peluh kat sini pulak.. hahaha
sastriahotel sastriahotel 06 November, 2016
Good Info admin..ada lagi hutan kat KL rupanya..hehe
zaza iman zaza iman 07 November, 2016
eiii..sapa yg pakai kain n skirt tu...