Rupanya 5 Makanan Ini Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya orang bujang macam Maha ni memang akan buat cara mudah untuk simpan semua barang dalam peti sejuk. Tapi sebenarnya tak semua boleh simpan dalam peti sejuk rupanya baru Maha tahu. Nak tahu bahan apa jom kita baca sini ok.


Madu

Madu paling senang nak dijaga sebenarnya hanya letak dalm bekas tutup rapat dan simpan kat rak dapur jer. Tak perlu letak dalam peti sejuk ini kerana kalau letak dalam peti ia akan mengeraskan lagi madu dengan cepat. Itu akan menyusahkan kita untuk menggunakan madu itu bila dikeluarkan dari peti.


Kopi

Kopi elok letak dalam peti untuk menyedut bau hapak dalam peti tetapi selepas itu biji kopi ini tidak boleh digunakan untuk dijadikan minuman sebab dah rasa lain. So terpaksa buang sahaja lah lepas tu.


Kentang

Buah yang tak boleh letak dalam peti adalah kentang kerana ia akan menjadikan buah tu lebih cepat lembik. Ini kerana kentang mengumpul semua kesejukan dan berubah menjadi cecair dan itu yang terdapat dalam kentang tu nanti.

 

Bawang

Bawang yang diletakkan di dalam peti ais bukan sahaja akan menjadi lembik tetapi mudah berkulat tambah-tambah yang telah dikupas atau telah digunakan separuh. Jadi kalau nak gunakan bawang pastikan guna habis sebiji jangan simpan-simpan lagi.


Avokado

Waktu beli, buah avokado ni padat dan keras. Ia memerlukan masa untuk menjadi ranum dan mempunyai rasa yang enak berlemak. Bila disimpan dalam peti, ia menghentikan proses ia menjadi ‘masak’ kerana suhu yang sejuk.



*Gambar dari Pixabay.com




4 comments.. read them below or add one

Perawat sihir Perawat sihir 27 October, 2016
Terima kasih MM. Saya pun baru tahu benda ni. Biasanya memang saya akan letak makanan atau bahan2 mentah dalam peti ais, contohnya bawang.

Jadi lepas ni tak boleh dah lah.
Maha Mahu Maha Mahu 27 October, 2016
Tu lah selalu bawang yang lebih potong tak elok sebenarnya habiskan bawang tu apabili kita potong. hehehe saya pun baru tahu...
Kisah MamaIqram Kisah MamaIqram 28 October, 2016
Kalau gitu, bawang blender eloklah nak masak baru blend...
Maha Mahu Maha Mahu 30 October, 2016
Bawang kalau dah blender dan letak dalam bekas bertutup ok masih boleh tahan lagi tapi jangan lama seminggu baru guna tak elok.