Mencari Kafe Hidangan Itali Di Kuala Lumpur Boleh Cuba Cafe Lafayette Uptown Damansara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba-tiba lak kali ni teringin nak makan makanan dari Itali mana nak cari. Rupanya kat Uptown Damansara ni ada nasib kawan rekmenkan sebab pergi makan ngan dia. Cafe Lafayette kalau nak cari boleh WAZE atau Google Maps ok. 


Biasalah sapa yang selalu datang ni satu jer masalah utama iaitu parking yang agak terhad dan juga kawasan yang sangat-sangat padat dengan kenderaan. Kalau nak senang korang park sahaja kat parking bertingkat Uptown Damansara tu bayar pun tak apa janji jangan keran tarik sudah hehehe. 



Kafe ni terletak ditingkat 2 kalau korang nak cari kena tengok signboard nanti tak jumpa pulak. Masuk-masuk jer disambut dengan dekorasi dari negara Eropah yang menarik. Buat rasa tak sabar nak cuba semua makanan kat kafe ni. 

Menu-menu special yang dihidangkan


Maha suka makanan kat sini sebab ia ada semua rasa yang best dan buat perut kenyang. Yang Maha sempat cuba hari tu adalah Smoked Chicken Risotto. Yang ni ada nampak hidangan macam nasi tapi agak lembik sikit kerana dimasak dengan cheese dan juga ada cendawan dalam tu. Sedah dan memenuhi nafsu orang kita Malaysia.

Smoked Chicken Risotto

Kemudian untuk yang nak makan protein seperti ayam atau daging korang mesti kena cuba Hawaiian Chicken dan Lamb Shoulder. Dua-dua hidangan ini disadurkan dengan sos lada hitam yang memang terasa kepedasannya. Juga dilengkapkan dengan mash potato dan juga salad. Makan tengahari sanga-sangat sesuai.

Hawaiian Chicken

Lamb Shoulder

Pada yang nak protein yang digoreng rangup diluar dan sedap di dalam boleh cuba Breaded Fish Deli dan Maryland Chicken. Yang ikan tu di goreng garing dan tengahnya diapit dengan telur dan potongan nanas dan disirami dengan sos lemon yang unik bagi Maha.

Breaded Fish Deli

Maryland Chicken

Bagi yang nak makan spaghetti makanan utama Italian korang kena order yang ini iaitu Chicken Carbonara dan Spaghetti Penne Salmon. Kedua-duanya rasa lemak dan cheese yang banyak memang menarik. Maha paling suka mestilah ada Salmon tu hehehe tak pedas pun nampak jer merah macam tu. 

Chicken Carbonara

Spaghetti Penne Salmon


Pencuci mulut daripada Itali


Tak lengkap makanan Itali kalau tak cuba Fried Mozzarella di mana penuh dengan cheese dalamnya yang digoreng rangup di luar. Last penutup mesti kena ambil pencuci mulut dan ini 2 hidangan yang Maha nak kongsi kat korang iaitu Waffle Martini dan Strawberry Stack. Paling best waffle mereka memang sedap dan rangup ok.

Fried Mozzarella

Waffle Martini

Strawberry Stack

Minuman pula specialnya di sini adalah Peanut Caramel Ice Blended dan Nutella Ice Blended. Kalau nak minuman panas korang kena cuba  Tiger Tea dan Chili- chili Bang Bang Tea. Mereka juga ada jual kopi kat sini kalau nak chill-chill dengan kawan sambil sembang-sembang ringan.

Peanut Caramel Ice Blended

Nutella Ice Blended

Tiger Tea

Chili- chili Bang Bang Tea

Cafe Lafayette ni sangat relax walaupun nampak kecil sahaja tapi kalau hari minggu akan penuh jadi Maha rekmen datang awal. Mereka juga menyediakan khidmat untuk buat majlis-majlis private seperti harijadi, keraian dan juga apa-apa yang korang nak buat. Kafe ini tak ada certificate Halal cuma pork free kat sini terpulang pada korang ok. Selamat menjamu selera.

Alamat : Cafe Lafayette
               75M, Jalan SS21/1A
               Damansara Utama,
               47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03- 74967044
Business Hour: 11am- 11pm
Email : cafelafayetteofqq@gmail.com
Website : www.cafelafayette.com.my

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3/5
Harga : 4/5






6 comments.. read them below or add one

mama tisya mama tisya 04 October, 2016
menarik nmpk menu western..air tu nmpk yummy
Maha Mahu Maha Mahu 04 October, 2016
Hehehe menarik dan unik....
Maha Mahu Maha Mahu 04 October, 2016
Yang desert nya sedap...
Maha Mahu Maha Mahu 04 November, 2016
Lawa mestinya sedapkan hehehe