Garrett Popcorn Perisa Simply Strawberry Ciptaan Istimewa Meraikan Hari Ibu

Garrett Popcorn Perisa Simply Strawberry Ciptaan Istimewa Meraikan Hari IbuSalam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari Ibu dah tak lama lagi ni apa plan korang untuk meraikan ibu insan paling istimewa dalam hidup kita. Kalau nak bawa makan kat restoran2 ni agak mahal juga maklumlah bajet orang bujang ni tak banyak pun. Apa kata kita bagikan hadiah istimewa buat ibu tercinta dengan sesuatu yang sweet dan beauty.


Maha ada cadangan apa kata kita hadiahkan kat ibu dengan popcorn baru daripada Garrett Popcorn. Perisa baru ini istimewa hanya untuk menyambut hari ibu sahaja dan promosi pun terhad. Kenapa Maha kata ia sweet dan beauty kerana rasa dan rupa popcorn ini sangat sesuai dengan si ibu. Ini lah perisa baru untuk ibu2 dan kaum wanita Simply Strawberry.


Warna merah jambu tak boleh dipisahkan dengan wanita kerana sifat kelembutan itu hanya ada pada diri seorang wanita. Mereka menggunakan produk strawberi segar beku-kering untuk memberikan Garrett Popcorn nada warna merah jambu semula jadi. Aroma buah strawberi yang halus pada hidung manakala rasa muncul halus manis dan berkrim pada lelangit.


Maha dah rasa perisa baru ini dan dah hadiahkan juga pada ibu Maha yang tercinta masa balik kampung hujung minggu lepas. Maklumlah orang bujang perantau jarang dapat jumpa mak selalu bila ada masa cuti panjanglah masa nak manja2 sikit dengan mak hehehe. Hari cuti tu sempat hadiahkan popcorn yang enak ini kat emak Puan Rahmawati Abdul Ghani dan memang mak suka sangat.


Rasa tak terlalu manis dan juga warna merah jambu tu yang mak paling suka. Maha doakan mak moga lebih sihat, dipanjangkan usia dan dipercepatkan menunaikan Haji nanti. Ni jer masa ada untuk betul bersama dengan mak dan juga semua ahli keluarga sambil2 tu leh makan Garrett Popcorn ini. Semua orang suka sebenarnya sebab sapa tak kenal produk daripada Chicago, USA memang terkenal dan berkualiti.


So Maha dah bagi korang idea bagaimana nak raikan hari ibu ini dengan kadar sederhana tapi cukup bermakna korang boleh cuba kot. Garrett Popcorn ini boleh dimakan bukan sahaja untuk hari keraian sahaja bila2 masa pun boleh korang pergi bercuti ker, jalan2 dengan kawan2 ker atau mana2 sahaja janji korang enjoy makan popcorn ni.



Mesti ramai tanya mana nak dapatkan popcorn ini, kat KL ni ada banyak Kedai Garrett Popcorn untuk korang dapatkan perisa baru ini. List Maha sediakan kat bawah ni untuk mudahkan korang nak dapatkannya. Korang boleh juga pergi ke laman Facebook Kedai Garrett Popcorn untuk dapatkan segala promosi terbaru mereka. Kalau makan tu jangan lupa update kat social media dengan letak #GarrettTogether #GarrettPopcornMY. Selamat hari Ibu.

KLIA2
Lot L2 - 112, Level2
gateway @ klia2 KL International Airport,
Jalan KLIA2/1
64000 KLIA, Sepang
Isnin - Ahad
7:00pagi - 11:00malam

SURIA KLCC
Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur
Isnin - Ahad
10:00pagi – 10:00malam

ONE UTAMA
Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama ,
Petaling Jaya , Selangor
Isnin - Ahad
10:00pagi – 10:00malam

MID VALLEY
Mid Valley Level 31 Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Isnin - Ahad
10:00pagi – 10:00malam








{ 8 comments.. read them below or add one }

Maha Mahu Maha Mahu 05 May, 2016
Sedap menarik tetarik dapat rasa strawberry yang pekat dan juga popcorn yang rangup..
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 05 May, 2016
Assalamualaikum Maha.. Long time no see.. Huhu.. Memang dah tertarik dah masa Maha share gambar kat fb hari tu.. Warna dia tu buat rasa nak cuba..
Misha Omar Misha Omar 05 May, 2016
Garret popcorn memang i suka.. sedap.
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 05 May, 2016
Haishhh tergoda la pula tengok... Huaaaa! Nak nakkk
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2016
Hehehehe kena cuba lah ni sebab ia hanya untuk masa terhad lepas tu dah tak ada popcorn perisa ini.
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2016
Nica terima kasih Hafiz Rahim
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2016
Semua nak hehehe... boleh minta BF belikan wakakakak...