Aktiviti,

Jom Mengundi Untuk Blogger Pilihan Korang Dalam MSMW 2016

Ahad, Februari 07, 2016 Mahamahu 0 Comments

Jom Mengundi Untuk Blogger Pilihan Korang Dalam MSMW 2016 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Ini adalah tahun ke 5 Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW 2016) dianjurkan di Malaysia. Program ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pengguna media sosial sekarang mempelajari dan mendapat ilmu lebih berguna dalam mengendalikan sosial media mereka dengan lebih bekesan.
MSMW 2016 ini akan berlangsung bermula dari 7 March hingga 10 March 2016 yang betempat di sekitar Kuala Lumpur. Program ini mengetengahkan aktiviti seperti workshop, summit dan juga majlis anugerah. Kalau sapa nak sertai MSMW 2016 punya workshop atau sidang kemuncak yang dirancang boleh terus ke laman sesawang mereka di www.socialmediaweek.com.my sekarang masih dibuka.


Tapi yang lagi istimewa adalah Maha tercalon untuk MSMW 2016 Award untuk kali ke 3. Maha tak sangka juga masih lagi diterima orang ramai. Maha tercalon untuk kategori Best Foodies Blog MSMW 2016. So seperti biasa pengundian daripada pembaca blog amat2 diharapkan untuk kategori ini. Walaupun Maha tengok mereka2 yang tercalon pun cukup ramai dan hebat jadi peluang tu tak lah tinggi.


Maha cuma mohon jasa baik untuk korang mengundi Maha dalam kategori ini. Cara2 nak mengundi mudah sahaja tak susah pun jom follow langkah2 ini. 

2) Klik tab AWARDS dan klik View
3) Kemudian registerkan diri anda menggunakan id Facebook
4) Lepas tu pilih kategori Best Foodie Blog 
5) Pilih link blog www.mahamahu,com macam kat bawah ni.

6) Apa bila butang undi bertukar merah tandanya anda telah mengundi Maha

Terima kasih kepada kawan2 yang dah mengundi dan kepada yang belum sila lah undi2 blog pilihan anda. Tarikh mengundi bermula dari 2 Feb hingga 21 Feb 2016 masih ada masa lagi. So kalau sapa nak join MSMW 2016 punya aktiviti sangat2 digalakan kerana banyk ilmu dunia sosial media yang kita boleh belajar. Ini kerena panel2 presenter yang dibawa bukan calang2 ok mereka yang memang expert dalam dunia internet ini. So tunggu apa lagi selamat mengundi dan selamat ber summit.








0 Pandangan: