America,

Minuman Percuma Sempena Dengan Pembukaan Vivo Pizza @ Aeon Mall Shah Alam Jom Serbu

Jumaat, Mac 11, 2016 Mahamahu 3 Comments

Minuman Percuma Sempena Dengan Pembukaan Vivo Pizza @ Aeon Mall Shah Alam Jom Serbu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Yer hari semalam dengan rasminya bukalah Aeon Mall Shah Alam untunglah orang2 Shah Alam dapat shopping2 kat sana kan. Sama dengan itu juga bukanya cawangan baru Vivo Pizza American Pizza and Panini yang ker 17 di Malaysia.


Yahoo dapat makan pizza lagi kali ini dan korang juga boleh dapat tawaran instimewa dengan pembukaan cawangan baru ini. Nak tahu kena baca sampai habis entry ini ok. Tapi sebelum tu sapa tak tahu apa itu Vivo Pizza mai Maha cite sikit. Vivo Pizza adalah resepi masakan barat dari Amerika yang di bawa ke Malaysia. Mereka telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi.


Maha berkesempatan cuba menu2 yang ada di Vivo Pizza ini memang menarik dan sesuai untuk selera orang tempatan. Mereka menggunakan bahan2 yang di bawa khas dari luar untuk memastikan resepi tradisi mereka ini terus kekal untuk memenuhi selera kita. Jangan risau restoran ini telah mendapat pensijilan Halal JAKIM jadi tak perlu was2 untuk makan ok. Jom Maha tunjuk beberapa menu special yang sempat Maha cuba hari tu.

Around The World Pizza (RM 36.90)

Mestilah kalau sebut Vivo Pizza signature dish mereka adalah Pizza. Pizza mereka bersaiz lagi besar daripada pizza biasa dan harga masih sama. Mereka juga menggunakan Mozarilla cheese yang original sebab tu kesedapan masih kekal. Kalau korang nak order yang Maha sempat cuba ini adalah Premium Pizza namanya Around The World. Topping atas tu ada chicken bologna, cendawan, buah zaitun, capsicums dan bawang. 

Tropical BBQ Chicken Chop (RM23.50)

Creamy Mushroom Pasta (RM17.90)

Baked Fish Pasta (RM36.90)

Selain tu juga special dish yang menjadi tumpuan orang ramai bila singgah sini adalah Tropikal BBQ Chicken Chop. Ayam yang sedap disalut dengan sos BBQ yang manis bersama dengan buah nanas memang sesuai sangat mesti cuba ok. Kemudian kalau yang tak makan berat sikit leh cuba Creamy Mushroom Pasta dan Baked Fish Pasta. Dua2 ni bebeza dari segi penyediaan dan rasa pun lain.

Sweet & Cheezy Snack Pizza (RM11.50)

Cream Of Mushroom Soup (RM6.50)

Panini Crispy Chicken with Fries (RM17.50)

Kemudian untuk yang nak makan Panini iaitu ayam dalam roti boleh cuba Panini Crispy Chicken with Fries. Daging ayam rangup dan juga salad segar dalam tu lebih sihat. Kemudian side dish lain yang menjadi tumpuan ramai adalah Sweet & Cheezy Snack Pizza yang manis bersama cheese atasnya. Juga Cream Of Mushroom Soup yang memang banyak cendawan didalamnya.

Choco Brownie Mallows dan Manggo Delight (RM15.90)

Tu baru hidangan menu makanan untuk minuman pula Maha rekmen korang kena cuba Manggo Delight dan juga Choco Brownie Mallows.
Lagi special minuman ini korang boleh claim percuma apabila korang makan di cawangan Vivo Pizza @ Aeon Mall Shah Alam. Terhad untuk tempoh 4 hari ini sahaja tau dari 10 - 13 March 2016. Syaratnya korang kena tunjukkan entry blog Maha ini kepada pelayan kedai tu dan nanti korang akan dapat minuman ini secara percuma.

 


Wow apa tunggu lagi nak dapat tawaran istimewa ini untuk masa terhad sempena dengan pembukaan baru Vivo Pizza ini. Maha pun tak dapat istimewa macam korang. Lepas ni nak makan pizza lebih dan juga hidangan lebih boleh datang ke Vivo Pizza yang dah ada serata Malaysia. So tunggu apa lagi jom kita makan hujung minggu ini. Selamat menjamu selera semua.









3 ulasan:

  1. kalau pergi 6 orang, dapat 6 minuman percuma ke?

    BalasPadam