Cyberjaya,

Buat Warga Cyberjaya Telah Ada Restoran Steamboat Empire Untuk Korang

Selasa, November 24, 2015 Mahamahu 0 Comments

Buat Warga Cyberjaya Telah Ada Restoran Steamboat Empire Untuk Korang - Salam sejahtera kepad semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ehmmm selalunya nak carai steamboat mesti ramai orang tertanya2 mana tempat yang harga murah tapi makanan banyak. Maha ada satu restoran steamboat yang baru sahaja di buka dan terletak di Cyberjaya. Jadi orang2 yang duduk kat sana tak perlu lah pergi jauh2 nak makan steamboatkan kini dah ada kat kejiranan mereka.


Restoran Steamboat Empire yang terletak di Gem In Mall Mutiara Ville iaitu shopping komplek yang baru di Cyberjaya, kalau korang nak mudah ia berdekatan dengan MMU. Maha pun firstime tahu ada shopping komplek ini jadi ia memang selesa dan parking juga banyak lagi. Ok kita tengok pula menu2 yang ada dalam restoran ini. Buat masa ni masih tidak sebanyak restoran lain tapi masih boleh buat korang kenyang kalau makan. 


Terdapat pelbagai pilihan makanan laut itu semestinya kalau dah sebut steamboatkan. Ada ketam, udanga juga besar yer bukan udang kecik2, ada kekapis, ada Pepahat dan banyak lagi lah kalau nak sebut. Kemudian ada juga bebola dari pelbagai jenis yang menarik dan pelbagai rasa. Ini sesuai untuk kanak2 kalau mana yang datang bawa family. Mereka menyediakan dua jenis sos untuk menambah rasa lagi iaitu sos yang kurang pedas dan yang pedas.






Kat sini buat masa ni hanya ada steamboat sahaja tak ada grill lagi yer. Paling menarik adalah kat sini untuk periuk steamboat di sediakan seorang satu jadi tak perlu berkongsi. Tengok atas meja tu pun dah ada dapur elektrik yang mudah untuk di kendalikan. Jadi tak bahaya buat family yang bawa kanak2 cuma jangan celup tangan dalam periuk sudahlah hehehe. Bagi sup steamboat pula ada dua pilihan juga iaitu sup ayam dan juga Tomyam, bagi Maha sup Tomyam lebih menyengat dan sedap.






Selain seafood untuk steamboat ada juga makan sampingan lain yang di sediakan seperti Char Kuey Teow goreng, ayam goreng dan juga sotang goreng rangup. Tengok memang menarik rasa pun tak kurang sedapnya. Selain tu juga ada pau, pulut manis dan juga dim sum ni semua termasuk dalam harga yang korang bayar sekali.






Cuma korang kena tambah harga lain untuk beberapa juadah lain seperti ikan bakar, chicken wing dan juga otak-otak. Paling Maha suka adalah chicken wing memang menarik dan rasa pun sedap tak pedas. Lagi apa ada kat sini ohh yer lupa kat sini juga ada sushi, juga salad2 untuk mereka yang nak seimbangkan makanan sihat ehhhhh hehehehe.





Las kita pergi pada pencuci mulut lak kat sini tak kurang juga terdapat kuih muih tradisional untuk korang pilih. Selain itu ada juga aiskrim dengan dua perisa yang terbaik iaitu vanila dan durian. Maha tetap suka aiskrim durin ok memang menawan rasanya. Juga ada puding dengan pelbagai warna dan rasa buat korang nak legakan perut lepas makan steamboat.



Ok mesti ramai tanya pasal hargakan, kat sini untuk makan tengahari punya harga hanya RM22.90 hari biasa manakala RM25.90 untuk hari Sabtu dan Ahad. Bermula dari pukul 11.30pagi hingga 3.00petang sahaja. Lepas pukul 3.00ptg - 6.30ptg tu pula untuk ala-carte punya menu dengan harga hanya RM 15.90 sahaja seorang. Manakala untuk makan malam pula dari pukul 6.30ptg - 10.00malam pada harga RM 25.90 sahaja. Jadi korang kena tengok betul2 tau masa dan harga ia tidak sama.




Ok apa lagi korang nak tahu pasal Restoran Steamboat Empire ni, ohh lupa konsep dalam restoran ini adalah seperti dalam sebuah kapal laut dimana dekorasi terdapat roda kemudi kapal pada dinding dan juga buih2 air. Tapi tempat ni memang cukup luas dan besar sangat boleh buat majlis hehehe. Cuma jangan terkejut bila makan dengan bunyi dentam-dentum dari atas sebab kat atas restoran ni adalah gym hehehehe. So selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

STEAMBOAT EMPIRE 
Alamat : Gem In Mall, Mutiara Ville, Persiaran Sepang, Cyber 11, 63300 Cyberjaya
Tempahan : 03-8320 9881
Email : steamboatempire@gmail.com









0 Pandangan: