Empire Damansara,

Lobbee Thai Connection @ Empire Damansara Membawa Selera Baru Hidangan Makanan Thai

Selasa, Oktober 06, 2015 Mahamahu 0 Comments

Lobbee Thai Connection @ Empire Damansara Membawa Selera Baru Hidangan Makanan Thai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut jer restoran masakan Thai mesti akan ingat Tomyam dan juga Som Tum yang begitu popular. Tapi sebenarnya masih banyak hidangan Thai ini untuk kita cuba cuma kita tak berani sebab takut rasa pelik. Tapi sebenarnya yang pelik tu lah unik dan menarik untuk di cuba. 



Sebab tu juga kali ni Maha nak bawa korang ke satu lagi restoran makanan Thai yang juga popular dan menarik. Di mana lagi kalau bukan Lobbee Thai Connection Restaurant yang teletak di level LG Empire Damansara. Kalau korang sampai kat sana restoran ni teletak di level parking dan kalau jumpa 7Eleven restoran ni berada di bahagian bawah saja. Agak tersorok tapi tempat ni menarik kerana ia tidak begitu besar dan hidangan sedap2.



Maha yang pertama kali sampai restoran ni memang first agak pelik sebab tempat yang agak tersorok tapi menu2 kat sini rupanya ada yang sedap2. Kalau korang tak cuba masuk dan tak cuba rasa mesti tak tahu sebenarnya ia sedap. Paling best kat sini Maha dapat cuba menu yang menjadi tarikan iaitu Combo Tomyum Noodles. Yang ni paling set paling besar yang Maha telah cuba iaitu Lobbee Combo yang mengandungi Lobster, King Crab, Salmon, Squid, Mussels and Soft Boil Egg. Dalam satu hidangan kuah tomyam yang korang boleh pilih untuk isi pelbagai jenis mee seperti Thai Kuay Teow, Thai Instant Noodle, Flat Noodles atau Vermicelli Noodles.

Lobbee Combo (Lobster, King Crab, Salmon, Squid, Mussels and Soft Boil Egg)

Kemudian untuk pembuka selera Maha cuba Fried Potato with Thai Salad Dressing. Yang ini sangat2 pelik kerana ia adalah kentang goreng yang di makan bersama dengan kuah thai. Paling menarik untuk membuka selera makan kalau korang lapa sangat. Juga dua menu menarik yang boleh korang cuba iaitu Thai Crab Cake dan Thai Squid Cake. Dua2 ini adalah hidangan yang ringkas dan boleh di makan untuk kanak2 juga kerana rasa ketam dan juga sotong dalamnya.

Fried Potato with Thai Salad Dressing

Thai Crab Cake

Thai Squid Cake

Kalau sapa2 nak makan nasi kat sini ada juga tau hidangan nasi goreng, mesti lah nasi goreng tomyam atau Seafood Tomyum Fried Rice. Nampak macam pedas bukan tapi tidak ia adalah dapat rasa tomyam yang enak dan juga seafood yang segar2. Last yang menarik untuk hidangan yang mesti di cuba iaitu Crispy Wanton Pad Thai dan juga Chicken Skewers

Seafood Tomyum Fried Rice

Crispy Wanton Pad Thai

Chicken Skewers

Tapi selain daripada makanan yang sedap2 sebenarnya korang kena cuba juga minuman kat sini. Kenapa kerana setiap minuman ada kelainan dan rasa yang tersendiri di cipta oleh pemilik restoran ni dan di hasilkan oleh chef2 yang pro. First minuman yang Maha nak korang cuba iaitu Iced Butterfly Peak Milk dan juga Iced Butterfly Pea Lime Juice. Dua2 minuman ni korang tengok warna pun dah nampak sedapkan kerana ia menggunakan pewarna asli dari bunga Telang. Sebab tu warna biru dan juga ada campuran susu dan satu lagi campur dengan limau nipis dan warna akan berubah.

Iced Butterfly Peak Milk

Iced Butterfly Pea Lime Juice

Tu baru dua ada lagi satu ni iaitu Red Lemon Soda yang ni korang tengok ada botol tengah2 minuman tu kan. Ia sebenarnya adalah air soda dalamnya untuk di campur agar dapat rasa soda dalam minuman ni. Kemudian korang kena cuba Lobbee Iced Tea dan Iced Thai Tea with Grass Jelly. Dua hidangan ni adalah minuman teh popular di negara Thailand. 

Red Lemon Soda

Lobbee Iced Tea

Iced Thai Tea with Grass Jelly

Blue Ruby with Coconut Ice Cream and Jack Fruit

Tu lah antara menu yang sempat Maha cuba semasa datang makan kat sini. Korang pun boleh cuba juga walau nampak macam kecil tapi sebenarnya banyak yang sedap dan menarik. Kalau korang nak rasa hidangan Thai sini antara lokasi yang juga berbaloi dengan harga. Kalau nak info lebih boleh layari laman facebook dan juga instagram mereka. Di buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. Selamat menjamu selera semua.

LOBBEE THAI CONNECTION
Alamat : LG-07, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8, 
               Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya.
Instagram : www.instagram.com/lobbeethai
Contact :  016-5277987 - Aiden (Call/Whatsapp)
                018-2967484 - Adrian (Call/Whatsapp)
                03-76294869 - Lobbee - Thai Connection Restaurant











0 Pandangan: