Aiskrim,

Fruttare Dari Walls Aiskrim Fruit Smoothie Dengan Buah Sebenar

Jumaat, Oktober 09, 2015 Mahamahu 0 Comments

Fruttare Dari Walls Aiskrim Fruit Smoothie Dengan Buah Sebenar - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau sebut aiskrim semua orang suka tapi nak cari aiskrim dengan rasa buah sebenar susah kerana kebanyakan hanya menggunakan perasa sahaja. Tapi kini Walls membawa satu lagi kuarga aiskrim mereka iaitu di kenali sebagai Fruttare.


Ada dua perisa baru yang menyegarkan iaitu Banana Smoothie dan juga Strawberry Smoothie. Untuk dua perasa buah ini ia adalah buah sebenar yang di kisar dalam smoothie buah-buahan beku untuk menghasilkan minuman buah-buahan sebenar. Sebab tu bila korang gigit aiskrim ini akan dapat rasa ketulan buah-buahan sebenar dalam setiap gigitan. 


Dah ada di pasaran sekarang ni dengan harga RM2.50 sebatang aiskrim. Boleh korang makan semasa santai rehat2 dan juga minum petang di pejabat seperti mana Maha buat. Memang waktu petang masa sesuai untuk makan aiskrim ini. Segar dan menyegarkan lain daripada lain rasa aiskrim ni dan korang kena cuba Fruttare dari Walls ini.