Bubur Asyura,

Budaya Memasak Bubur Asyura Dalam Masyarakat Kita

Rabu, Oktober 28, 2015 Mahamahu 0 Comments

Budaya Memasak Bubur Asyura Dalam Masyarakat Kita - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap 10 Muharram kita akan sambut dengan acara memasak Bubur Asyura. Bagaikan telah jadi trend di negara kita tapi adakah penganut Islam dari negara lain juga memasak bubur Asyura setiap kali tiba tarikh tersebut.


Banyak cerita dan kisah zaman nabi di kaitkan dengan hari Asyura ini. Seperti mana kisah Nabi Musa dan juga kisah Nabi Nuh. Tapi menurut amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W pada tarikh ini adalah berpuasa sunat. Untuk tambah pahala maka kita berpuasa kalau tidak berdaya tidak mengapa.

Apa pun amalan memasak Asyura adalah budaya masyarakat kita sahaja dan tiada dalil atau hadish yang mengesahkan tentang memasak bubur Asyura ni. Kita niat melakukan aktiviti memasak bubur ini hanya untuk mengeratkan silatulrahim anda jiran dan juga tetangga. Selain itu juga memasak untuk memberi makan kepada orang ramai dengan niat menderma. Ia menjadi amalan mulia dan tidak di salah ertikan.


Apa pun suka tengok makcik2 kalau memasak bubur Asyura ramai2 dengan bawa bahan seorang sikit dan campur masak banyak2 satu periuk. Lepas tu dah masak bagi sorang sedikit dalam bekas masing2. Rasa sangat erat dan mesra masyarakat kampung kita tapi adakah kat bandar masih di amalkan budaya ini. Renung2kan lah..