Hari Raya,

Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Membeli Belah Persiapa Raya di Saat Akhir

Khamis, Julai 16, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Membeli Belah Persiapa Raya di Saat Akhir - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai yang panaskan bila tengok tajuk entry Maha kali ini. Bukan nak buat provokasi cuma nak bagitahu bahawa kita memang suka buat banyak perkara di saat2 akhir. Bukan sahaja persiapan untuk Raya malah banyak lagi seperti kalau nak bayar cukai pendapatan saat2 akhir bila tarikh dah nak tutup, time tu baru lah tahu system online hang.

Gambar dari Google

Tabiat ini memang dah lama ada dalam diri rakyat Malaysia. Tapi tak salah juga kalau mereka nak beli-belah di saat2 akhir. Mungkin mereka mempunyai perancangan persiapan yang lebih teperinci. Cuma Maha tak adalah kata siapa yang shopping saat2 akhir sebagai tidak baik. Jom kita tengok kebaikan dan keburukan yang boleh di senaraikan sekiranya kita beli belah persiapan raya di saat2 akhir ini. 

Kebaikan shopping di saat2 akhir

Mungkin akan dapat tawaran harga lebih murah. Maklumlah peniaga ini bila dah tiba malam nak raya atau pagi raya tu sibuklah nak jual semua harga runtuh. Tapi banyak juga pasaraya yang telah buat promosi jualan murah seawal bulan Ramadhan lagi. Jadi tak salah kalau shopping saat2 akhir ini.

Kemudian shopping saat2 akhir ini tak terlalu ramai orang. Terutama di kota2 besar seperti Kuala Lumpur. Sebab orang ramai dah sibuk balik kampung awal takut jem jadi malam raya tu KL agak lenganglah sikit kalau ada pun pekerja asing yang menyambut raya di Malaysia hehehe.

Bagus juga shopping saat akhir ni untuk mereka yang bekerja siang malam sibuk dengan urusan kerja. Siang asyik kat office jer kadang buka puasa pun tak sempat, malam pula sibuk beribadah buat solat terawih dan ibadah2 lain. Jadi hujung2 ni masa yang tinggal untuk buat persiapan raya.

Keburukan shopping di saat2 akhir

Paling teruk adalah kadang2 kita telupa akan banyak perkara penting. Maklumlah dah sibuk beli persiapan saat2 akhir jadi banyak perkara kita terlupa, maka tak lengkap hari Raya bila ada perkara tak sempat beli. Tak apa pakaian tahun lepas kan ada lagi masih boleh pakai hehehe.

Beli saat akhir ni kadang2 kita tak boleh bajet gaji dan pendapatan yang kita perolehi. Ye lah gaji semua dah habis bayar bil lah, sewa rumah lah, kereta lah macam2 lagi jadi bajet untuk beli keperluan raya tu dah habis tak sempat nak buat persiapan. Tu yang jadi pakai baju raya tahun lepas tu hehehehe.

Ok lah apa pun cara kita nak membuat persiapan raya tak kiralah awal atau saat2 akhir paling penting kita kena jadi pembeli yang bijak. Buat perbandingan harga dan beli di tempat yang menawarkan harga lebih rendah dan berpatutan. Jadi lah pembeli yang "Alah Membeli Menang Memakai", jagan sampai di tipu oleh peniaga lepas tu mengamuk buat rusuhan opssss tak tahu. Apa pun selamat menyambut Hari Raya Adilfitri dari Mahamahu untuk semua pembaca.